Sindrom Kalau Aku Tahu

Sindrom Kalau Aku Tahu

Pernah tak anda alami sindrom, “Kalau aku tahu?”.

Yalah contohnya kita buat sesuatu tetapi berlaku kesilapan atau gagal, selepas setahun baru dapat informasi atau ilmu tentang kesilapan tersebut lalu kita pun cakap “Kalau aku tahu….”.

Tapi, bila sesuatu telah berlaku, maka ia dinamakan takdir atau Qada’ dan Qadar Nya. Kita tidak boleh menyesal atau menyalahkan sesiapa sebenarnya tetapi percaya, kita boleh belajar dan ambil pengajaran tentang punca sebenar kenapa ianya berlaku bukan?

MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman dapati sepanjang perjalanan hidup, proses beliau membina kehidupan, kewangan dan perniagaan selalu “terjebak” di dalam keadaan “Kalau aku tahu!” ini.

Dan ianya berlaku terutamanya apabila membuat sesuatu perkara atau keputusan dengan tiada persediaan ilmu.

Banyak kali berlaku di mana bila dulunya beliau melakukan sesuatu perkara tanpa ilmu dan tanpa memahami tentang kesan sesuatu keputusan tersebut, maka ianya membawa kepada damages ataupun kerugian yang besar sama ada dari segi masa, tenaga atau kewangan.

Semua orang berharap kita ada magik dan boleh mengetahui apa yang bakal berlaku di masa hadapan dan suka saya katakan ianya adalah hampir-hampir mustahil.

Kita tidak ada bola kristal yang boleh meramal masa hadapan tetapi lesson apa yang saya belajar selama ini ialah, kita boleh lebih bersedia dengan masa hadapan apabila kita mempunyai ilmu atau akses kepada maklumat tentang apa kemungkinan berlaku di masa hadapan.

Kalau aku tahu : ekonomi dan kewangan dunia

Sistem ekonomi dan kewangan dunia menunjukkan petunjuk-petunjuk krisis ekonomi atau sekurang-kurangnya kadar inflasi kenaikan harga barang yang meningkat over beberapa tahun ini.

Sumber jurnal-jurnal ekonomi dan kewangan semuanya menunjukkan tekanan ekonomi dan kewangan yang semakin meningkat.

Tidak ada sesiapa pun yang akan suka keadaan ini. Dan kita boleh terus berfikiran positif yang ianya tidak berlaku tetapi jika anda biasa dengan perniagaan dan pelaburan, anda pasti tahu yang ianya sedang berlaku.

Apa yang anda akan lakukan andainya “Kalau anda tahu” yang ianya sedang berlaku?

Apakah persediaan anda?

Anda bekerja? Gaji anda akan mengecil nilainya.

Anda berniaga? Kuasa membeli orang ramai akan berkurangan.

Di dalam cabaran ekonomi, pasti akan ada yang “terluka” tetapi pasti akan ada mereka yang melaluinya dengan gembira terutamanya mereka yang tahu potensi kewangan dan kejayaan yang mereka boleh capai ketika krisis kewangan.

Pernah dengar di mana ada masalah, di situ ada peluang? Tetapi ia hanya akan menguntungkan mereka yang mempunyai ILMU. Sebab itu pentingnya “Kalaulah aku tahu!”.

Tapi sebenarnya tanpa semua isu ini selama ini pun, adakah anda benar-benar hidup dengan potensi diri, potensi kewangan dan potensi kejayaan yang sebenar.

Adakah anda mempunyai ilmu yang diperlukan untuk anda ubah dan tingkatkan potensi kehidupan dan kewangan anda sama ada untuk kualiti hidup yang lebih baik serta mampu memberikan zakat, sedekah yang lebih banyak? Atau anda hidup hanya sekadar hidup?

Bak kata Prof Hamka, kalau hidup sekadar hidup, kera di hutan pun hidup bukan?

Artikel terbaru

Leave a Reply