Dropship – Panduan Lengkap Menjadi Dropship

richworks dropship

Dropship adalah satu model bisnes online yang sangat mudah. Secara umumnya, model bisnes dropship ini hanya memerlukan tiga pihak iaitu penjual, pembekal dan pembeli.

Seiring dengan peningkatan penggunaan online, model bisnes ini menjadi semakin popular di kalangan penjual, pembeli dan pembekal sendiri. Banyak platform digital telah didirikan untuk memudahkan urusan jual beli sekaligus membuatkan perniagaan ini terus mendapat permintaan yang tinggi.

Sebelum menceburi bidang ini, anda harus memahami beberapa perkara penting tentang dropship sebagai persediaan. Dalam bisnes, persediaan menyumbang 80% pada kejayaan. Kami senaraikan untuk anda panduan supaya anda lebih yakin untuk menjana pendapatan menjadi dropship.

Kandungan Artikel

1. Kelebihan Dropship

Mungkin ramai yang menyedari model niaga ini semakin menjadi pilihan. Ini kerana terlalu banyak kelebihan yang memberi manfaat pada peniaga terutama jika mereka baru ingin bermula dropship. Antaranya adalah:

Kos
Anda tidak perlu menyediakan kos pembuatan, penghantaran dan juga simpanan. Selalunya, tugas anda hanya mendapatkan pesanan dan selebihnya diuruskan oleh pembekal sendiri.

Masa
Ramai dropship adalah di kalangan mereka bekerja. Ini kerana mereka menceburi dropship untuk jana pendapatan tambahan semata-mata. Malah, selalunya mereka mampu membahagikan masa kerana dropship tidak memerlukan komitmen yang tinggi untuk urusan penghantaran dan juga penyimpanan.

Bimbingan/ilmu
Pembekal yang baik akan menghargai dropship malah akan memberi bimbingan untuk kelangsungan jualan. Ini akan memberikan anda ilmu yang tepat dalam bidang pemasaran.

Risiko kerugian
Tanpa mengeluarkan modal dan komitmen lain, pastinya anda tidak berdepan dengan risiko. Malah risiko ini hanya untuk pembekal.

2. Keperluan Asas Untuk Menjadi Dropship

Anda hanya perlu menyediakan keperluan minimal untuk menjadi dropship. Ini kerana, dropship bergerak sendirian dan tidak memerlukan tempat dan staf pengurusan. Cukup dengan mempunyai rangkaian internet dan komputer atau telefon, anda sudah boleh menjadi dropship.

Seperti mana penggunaan internet, urusan jual beli juga boleh dilakukan di mana-mana walaupun di rumah anda sendiri. Jadi, pastikan pencapaian internet anda laju, ya?

3. Kemahiran Asas Sebagai Dropship

Sudah pasti sebagai dropship, anda memerlukan kemahiran tertentu untuk mencapai pelanggan. Namun, kemahiran ini tidak sesulit menjadi pembekal. Dengan bimbingan dan pendedahan yang betul, kemahiran ini pasti mampu di bina.

Online dan digital
Semua urusan jual beli produk dropship memerlukan kemahiran online dan digital. Tanpa kemahiran ini, setiap informasi produk anda tidak akan sampai pada pelanggan. Pembekal juga selalunya memilih untuk berurusan dengan anda melalui sistem digital.

Copywriting di sosial media
Anda perlu tahu menarik pelanggan menerusi cara penulisan anda di sosial media dan di digital platform lain. Namun sekarang ini, ada pembekal yang memberi khidmat ini secara percuma. Jika anda inginkan kelainan dan ada kemahiran ini, tidak salah anda mencubanya sendiri. Dengan itu, pasti pelanggan lebih nampak produk anda dari tarikan penulisan anda.

Kemahiran Khidmat Pelanggan
Sebagai orang yang berurusan dengan pelanggan, sudah pasti anda perlu tahu cara mengambil hati mereka. Ketahui bagaimana memberi tawaran dan komunikasi yang betul agar mereka lebih percaya pada anda.

Pengurusan
Iya, walaupun anda tidak menguruskan pengeluaran produk, penyimpanan dan juga penghantaran, ini tidak bermakna anda tidak memerlukan kemahiran pengurusan. Sebaliknya, pengurusan penting bagi dropship terutama bagaimana cara merekodkan data base pelanggan dan juga memastikan tiada tempahan pelanggan yang anda terlupa. Anda juga adalah orang yang memastikan bayaran berjalan lancar baik dari segi bayaran pelanggan pada anda dan juga dari pembekal. Jadi pastikan anda tahu menguruskan pesanan pelanggan dan juga kewangan.

4. Kesilapan Lazim Dropship

Walaupun menjadi dropship ini mudah namun tidak bermakna anda tidak melakukan kesilapan. Malah ramai dropship tidak tahu bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah dan seterusnya akan menjadi sabotaj pada perniagaan mereka.

Menjual terlalu banyak produk
Jangan gelap mata. Memang benar kerjaya ini mudah namun jangan sekali menjual terlalu banyak produk dari pembekal berbeza. Sebaliknya pilihlah produk yang paling dekat dengan anda dan fokuslah pada produk tersebut.

Tidak yakin pada produk yang dijual
Memang benar anda boleh menjual apa saja namun anda perlu turut yakin pada produk itu. Jika anda tidak percaya, pasti anda akan gagal meyakinkan sasaran. Malah anda juga perlu mahir dengan kegunaan dan manfaat produk agar anda tidak tersilap informasi pada mereka.

Tidak memilih pembekal/founder yang betul
Hubungan pembekal dan dropship sangat penting. Jika ada salah faham, pasti ini akan menyukarkan sebarang urusan akan datang. Malah anda perlu berhati-hati jangan tersilap memilih pembekal. Ada banyak kejadian di mana barang yang sudah dipesan tidak dihantar kepada pelanggan. Ini akan menyebabkan dropship hilang kepercayaan dari pelanggannya sendiri.

5. Senarai Founder Untuk Dropship

Dalam keadaan sekarang, bisnes yang paling menguntungkan adalah menjadi dropship. Namun masalah yang timbul dalam kerjaya dropship adalah soal kepercayaan dan bimbingan. Jangan bazirkan masa anda pada pembekal yang tidak pasti mampu memberi anda kejayaan sebaliknya kami senaraikan di sini founder dan usahawan yang menjamin anda untuk menjana pendapatan sehingga berjaya.

1/ Faith Fleur – Penjagaan rambut
2/ Bajanas -Baja organik
3/ Sabella- Fesyen
4/ Eskayvie- Kesihatan
5/ Mutyara- Kesihatan
6/ One Cookies- Makanan
7/ Hedy’s – Makanan
8/ Jamumall- Kecantikan
9/ Empayar Alya Qairy- Fesyen/ Kecantikan
10/ Anggun Collection- Fesyen
11/ BeautySpells- Kecantikan
12/ Hasnuri – Fesyen
13/ Rempah Mak Siti – Makanan
14/ Das Abdul – Kelengkapan rumah
14/ Irah Sukri- Fesyen
15/ Che’Nor Food Solution – Makanan
16/ Hayda Scarf – Fesyen
17/ Sambal Goreng Che’Nor- Makanan
18/ LLH legacy – Makanan
19/ FatynnColection- Fesyen
20/ Lega Health- Kesihatan
21/ Loving Hijab Everyday- Fesyen
22/ Paru Rangup Aunty Rock- Makanan
23/ Pekasam Daging Hakak Maneh- Makanan
24/ Baju Kurung Byreefa- Fesyen
25/ Kacang Wanys- Makanan
26/ Najmar- Fesyen
27/ Noir- Kecantikan
28/ Nurraysa- Kosmetik
29/ Fesyen Nor Idaman- Fesyen
30/ Carmelita – Fesyen
31/ Galery Bawal- Fesyen
32/ Oli Collection – Kelengkapan rumah
33/ FTR Smart Colection – Buku / Pendidikan
34/ Seri Lady Empire – Kesihatan
35/ Noor Arfa Batik – Fesyen
36/ VSL Beauty Care- Kecantikan
37/ Butik Emas Songket Dan Batik – Fesyen
38/ Acumi Kerepek – Makanan
39/ Sugarsista- Fesyen
40/ Engs Popcorn – Makanan
41/ Khaizan Collection- Fesyen
42/ Cikgu Manis – Perlesenan
43/ Hermosa Wear -Pakaian
44/ Hipster Pomade – Penjagaan rambut
45/ Forca Energy Drink -Kesihatan
46/ Himayya – Fesyen kanak-kanak
47/ Izliyah Kitchen Baby Food- Makanan bayi
48/ Najah Najeehah- Aromatherapy/ Kesihatan
49/ Razowa – Kecantikan
50/ KalaiG Love Me- Kecantikan

*** Di RichWorks, kami membimbing para peniaga yang terdiri dari ejen, dropship dan pembekal di mana ia merangkumi kemahiran pengurusan, media sosial dan bina diri. Pastikan anda mendapat ilmu yang betul agar perniagaan anda dapat bertahan dan berkembang.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Dropship – Panduan Lengkap Menjadi Dropship” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️

2 Comments

Leave a Reply

Artikel Berkaitan Dropship

2 Comments

Leave a Reply