Bisnes Tanpa Risiko Dengan Menjadi Dropshipper

Bisnes Tanpa Risiko Dengan Menjadi Dropshipper

Sebagai dropshipper, anda tidak perlu menyimpan stok barangan. Anda boleh memasarkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan bisnes yang disertai dan bila mendapat jualan, pihak pengeluar sendiri akan menghantarkannya bagi pihak dropshipper.

Boleh dikatakan tanpa risiko, tapi sebenarnya masih ada risiko dari segi masa yang anda laburkan, buat pemasaran dan mungkin ‘tebalkan’ muka untuk ajak kawan-kawan.

Anda hanya perlu mengisi tempahan mengikut langkah-langkah yang ditetapkan pihak pengeluar agar mereka dapat membuat penghantaran kepada pembeli berkenaan.

Cara ‘dropshipping’ ini dilihat menarik dan dapat membantu meminimumkan risiko walaupun menawarkan harga barangan atau perkhidmatan yang berpatutan.

Sebab itu, ia sangat bagus bagi mereka yang baru nak mula berniaga, tiada pengalaman dan tiada modal untuk terus mula berniaga. Mereka dapat belajar dan mendapatkan pengalaman untuk menjalankan bisnes berkenaan.

4 kelebihan dropshipper bagi anda :

  1. Meminimumkan risiko modal permulaan

Anda tak perlu membayar bagi mendapatkan produk yang ditempah pelanggan terlebih dulu. Anda hanya keluar dapat bagi membuat marketing bagi bisnes berkenaan.

  1. Merendahkan kos produk

Produk baru yang mungkin anda keluarkan tidak mahal sangat kerana tidak memerlukan pelaburan sebelum boleh dijual.

  1. Kurang kerja bagi dropshipper

Mereka tak perlu sibuk dan pening tentang pembungkusan dan penghantaran kepada pelanggan-pelanggan.

  1. Kos logistik dan tempat simpanan lebih rendah

Anda tak perlu mempunyai gudang atau tempat simpanan stok mahupun kedai. Hanya memerlukan laman web atau marketplace seperti Lazada, Shopee atau gunakan platform media sosial saja.

Kini, banyak peluang untuk mereka nak mula berniaga untuk menjadi dropshipper kepada banyak usahawan berjaya di luar sana. Pilihan anda.

Artikel terbaru

6 Comments

Leave a Reply