“Dulu bisnes tanpa ilmu, selalu fikir nak bisnes mesti ada kedai” – Puan Nurul ‘Izzati

“Dulu bisnes tanpa ilmu, selalu fikir nak bisnes mesti ada kedai” - Puan Nurul ‘Izzati

Begitulah apa yang berlaku dan difikirkan sebelum ini bila tidak ada ilmu oleh usahawan muda, Puan Nurul ‘Izzati Abdul Halim yang menjalankan bisnes kacang Wanys sekitar 2 tahun lalu.

Beliau mula berniaga selepas mencuba kacang yang diperkenalkan mak ciknya ketika pulang ke kampung. Terbuka hatinya untuk cuba menjual kacang Wanys selepas diri sendiri cuba dan merasa betapa sedapnya kacang itu.

Bagaimanapun, cabaran tetap ada sebagai seorang usahawan apatah lagi beliau terus mula berniaga selepas habis pengajian. Ada keluarga yang tak bersetuju dan kecam beliau namun semua berubah selepas dibuktikan dengan perubahan positif dalam diri malah bisnesnya.

Cabaran ketika PKP 1.0

Sebelum pandemik dan PKP 1.0 tahun lalu, bisnesnya hanya menumpukan secara ‘offline’. Kami mengadakan Kempen Terjah Rasa dengan bertemu orang ramai dan bakal pelanggan dekat stesen minyak, pusat beli-belah dan tempat tumpuan orang ramai.

Tapi semuanya berubah apabila pandemik dengan PKP dikuatkuasakan. Pada mulanya memang berasa macam tersekat, namun nasib sudah dan sedang mendapatkan ilmu serta bimbingan bersama RichWorks.

Seperti kata MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman bahawa bila 1 jalan ditutup mesti adalah jalan lain yang terbuka. Allah sebenarnya bagi peluang untuk kita dengan jalan lain yang belum diterokai.

Puan Nurul ‘Izzati dan pasukannya beralih kepada online. Alhamdulillah, walaupun ketika PKP, mereka dapat mengatasi cabaran itu. Masalah yang pada mulanya sudah menjadi suatu peluang kepada bisnesnya.

“Dulu bila offline, kita boleh jumpa berapa orang saja dengan masa terhad. Tapi bila onlne, kita boleh capai lebih ramai orang lagi.

Kawan-kawan kita dekat negeri lain pun boleh kita berinteraksi dan perkenalkan produk ini. Jadi sebenarnya tak ada masalah pun, cuma kita kena berubahlah,” katanya dalam sesi Result Matters sebelum ini.

Tambah beliau, paling jauh produk yang dijual itu sudah sampai hingga ke Singapura.

Malah kini, pelanggannya boleh berada di seluruh Malaysia dengan penghantaran boleh diilakukan disebabkan peralihan kepada online ini.

Puan Nurul ‘Izzati juga melakukan suatu inisiatif luar biasa dengan membuat kempen rasa percuma secara online. Secara online pun masih dapat beri bakal pelanggan rasa kacang wanys secara percuma.

“Tak sangka dalam masa 2 minggu macam itu sudah ada 100 orang yang nak cuba dan kami telah pos kepada mereka,” ujarnya.

Ramai orang sudah jual kacang?

Memang betul ramai saja orang jual kacang Wanys, beribu ejen di seluruh negara. Namun bila kita ada ilmu, pandangan kita akan berubah.

Orang membeli daripada kita disebabkan diri kita sendiri. Jadi perlunya ‘personal branding’ bagi seseorang usahawan itu. Bila bakal pelanggan itu percaya dan kenal dengan kita berikan nilai tambah kepada pelanggan, maka mereka akan membeli dengan kita.

“Saya buat personal branding, ikut apa yang Datuk Wira ajar. Saya jadi diri sendiri, buat orang nampak dan mereka akan nak rasa dan membeli dengan kita.

“Saya tak guna semua pun media sosial, ada banyak jadi kita pilih mana yang nak fokus. Saya fokus Facebook dulu,” jelasnya.

Kini beliau telah berada dalam program mentoring EliteX dan banyak ilmu sebenarnya diberikan oleh RichWorks. Beliau ambil masa beberapa bulan untuk menyesuaikan diri dengan kelas-kelas yang disediakan.

Pesan beliau kepada mereka di luar sana yang nak mula berniaga agar mendapatkan ilmu. Tidak rugi dengan adanya ilmu kerana ia dapat bantu untuk menjalankan bisnes ini dengan lebih baik lagi.

Tanpa ilmu dan bimbingan akan buatkan kita lebih banyak buat kesilapan yang sepatutnya boleh dielakkan.

Beliau juga dulunya hanya fokus untuk buat duit dalam bisnes namun sedar sebenarnya bisnes lebih daripada itu. Sebenarnya fokus utama adalah untuk membantu orang lain.

Alhamdulillah peningkatan jualan berlaku meskipun PKP dan hanya menjual produk orang lain, Puan Nurul ‘Izzati sudah mempunyai kedai sendiri dengan team yang semakin berkembang walaupun ketika pandemik ini.

Sebenarnya pilihan anda sendiri untuk memastikan bisnes dijalankan dapat berkembang dengan cepat atau sebaliknya.

Artikel terbaru

8 Comments

  • Roslin Binti Mohd Talib

    Create own branding. Marketing bg org kenal kita nak beli dgn kita. Tq Doc byk ilmu yg manfaat yg blh di jadikan panduan

    • Team RichWorks

      Awesome! Moga segala Doa dan Harapan Tuan dimakbulkan dan dipermudahkan. Moga bisnes semua terus maju. Keep it up !

  • bagaimana tuan mula kan dengan branding tuan sendiri… apakah persediaan untuk menghasilkan branding sendiri?? boleh tuan jelas kan langkah langkah untuk menghasilkan product & braNding sendiri?

    • Team RichWorks

      Semuanya bermula dengan Mentor, ilmu dan strategi yang betul. Tuan ada join Telegram rasmi AzizanOsmanOfficial kan?

  • Rohani

    Sya da ikuti klas da belajar copy writting da hntar guna copy writing yg sya belajar tapi maseh xde customer yg bagi komen nak nk dpt like 5 org pon ssh mmg sya skg tengah rase down apa lagi perlu sya buat lagi

    • Team RichWorks

      Cik Puan sudah mula buat Live? Ada join Telegram rasmi AzizanOsmanOfficial kan?

  • Terbaek mem beri inspirasi,
    Naiwaitu saya untukbantj semua orang
    mengamalkn hidup sihat, juga dapat bantu Syarikat mengurangkan kos medical.

    • Team RichWorks

      Aamin Ya Rabb. Moga segala Doa dan Harapan anda dimakbulkan dan dipermudahkan : )