Baru Mula Dropship, Tak Tahu Cari Pelanggan. 3 Tips Pemasaran Yang Mudah

Anda berniaga, jadi dropship? Ada ke orang nak beli produk yang anda jual tu? Anda tahu, tanpa pelanggan barang yang anda jual tak akan laku. Jadi, jika nak suruh barang anda terjual, anda kena cari pelanggan.

Macam mana anda nak cari pelanggan tu? Anda boleh cari pelanggan dengan menggunakan cara pemasaran yang betul.

Di sini, kami akan kongsikan dengan anda cara nak cari pelanggan untuk bisnes dropship anda.

  1. Media sosial

Cara terbaik nak cari pelanggan anda adalah dengan gunakan media sosial. Promosikan barangan, produk atau servis anda di media sosial.

Anda boleh gunakan media sosial yang sedia ada seperti Facebook, Instagram, Blog, YouTube dan sebagainya. Buat copywriting yang menarik untuk setiap produk yang anda pasarkan.

Masukkan juga call to action yang boleh mencuri hati pelanggan bila mereka membacanya. Jika anda tak ada followers, anda boleh mulakan dengan follow target pembeli anda. Pasti akan ada yang follow anda balik. Mudah kan?

  1. Orang disekitar anda

Jika anda baru mulakan bisnes, anda boleh promosikan pada orang disekeliling anda seperti famili terdekat, rakan-rakan sekerja atau rakan-rakan sekolah anda.

Anda boleh cuba buat tester atau bagi sample produk untuk mereka cuba guna atau pakai. Bila dah guna, minta feedback dari mereka.

Tanya mereka apa yang patut anda ubah untuk tingkatkan lagi kualiti produk anda. Adakah mereka berpuas hati dengan servis dan produk yang anda berikan kepada mereka?

  1. Melalui kenalan anda

Anda boleh minta keluarga atau kenalan anda perkenalkan barangan anda kepada rakan-rakan mereka. Jadikan ia sebagai promosi dari mulut ke mulut.

Jika produk anda bagus dan boleh beri kelainan dari produk yang dah ada di pasaran, pasti ia akan cepat tersebar.

Cipta keunikan dalam produk anda. Jika anda nak bersaing dengan peniaga lain di luar sana, cipta kelainan dan cari identiti anda sendiri. Bukan follow barang yang dah sedia anda.

Amacam? Anda rasa ia berguna untuk bisnes anda?

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Baru Mula Dropship, Tak Tahu Cari Pelanggan. 3 Tips Pemasaran Yang Mudah” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



One-on-one business check-up for free today

Sesi Eksklusif bersama Team RichWorks secara Percuma

Leave a Reply