Perkara Penting Peniaga Perlu Tahu Tentang Pemasaran
Pemasaran atau ‘marketing’ merupakan nyawa kepada sesebuah perniagaan. Tanpa adanya pemasaran, bagaimana sesebuah perniagaan itu nak dapat keuntungan dari pelanggan? Produk pun tidak akan laku jika peniaga tidak kuasai pemasaran dengan betul.
“Business has only two functions, marketing and innovation.” – Milan Kundera.
Apa itu pemasaran?
Maksud pemasaran adalah satu aktiviti yang berlaku melibatkan pelbagai proses dari segi idea, perbincangan, tindakan dan maklum balas. Atau dengan lebih mudah lagi, pemasaran merupakan faktor penarik untuk sesebuah perniagaan mendapatkan perhatian pelanggan, rakan kongsi dan masyarakat di luar sana.
Lagi gempak pemasaran yang dibuat, lagi padu keberkesanannya untuk orang lebih kenali brand dan perniagaan anda. Oleh sebab itu lah di dalam sesebuah perniagaan wujudnya kakitangan yang khusus untuk menjalankan tugas pemasaran.
Ini antara perkongsian kami berkenaan “Pemasaran”:
Kandungan Artikel
Bak kata penulis barat Milan Kundera, bisnes cuma ada dua fungsi iaitu pemasaran dan inovasi. Jika tidak ada pemasaran, maka sia-sia sahaja lah bisnes yang anda usahakan itu.
1. Kepentingan Pemasaran
Pemasaran sangat penting untuk perniagaan anda kerana dari situ anda dapat kenal dan tahu siapakah yang berminat dengan produk anda. Jadi, bolehlah anda membuat kajian dengan lebih mendalam terhadap mereka dan mula lakukan pemasaran yang sesuai untuk target audience dan customer.
Kuncinya adalah dengan ‘mulakan’ sahaja dulu untuk lihat maklum balas mereka terhadap perniagaan anda. jika anda tidak mulakan, sampai bila-bilalah anda tidak ada target dan perniagaan susah untuk berkembang.
Jika anda membuat pemasaran dengan sebaiknya, orang akan berminat untuk mendapatkan produk dan servis daripada perniagaan anda. Jika perniagaan anda sudah semakin maju, apa salahnya laburkan sedikit wang untuk dapatkan khidmat pemasaran yang baik ataupun hire pekerja yang pakar.
2. Strategi Pemasaran
Sudah pastinya ramai peniaga di luar sana menggunakan strategi pemasaran yang murah bagi mengelakkan kerugiaan jika ianya tidak berkesan. Kini, bermacam-macam cara boleh anda lakukan untuk pasarkan perniagaan bergantung kepada modal yang dikeluarkan.
Yang menjadi pertanyaan, berbaloikah duit yang diperuntukkan dengan hasilnya nanti?
Untuk anda yang baru mulakan perniagaan dan masih tercari-cari apakah strategi yang berkesan bagi memasarkan produk, ada beberapa cara yang boleh anda cuba antaranya:
- Hasilkan Produk yang Berkualiti.
Produk yang berkualiti mampu memudahkan kerja anda untuk pemasaran. Oleh sebab itu, berikan perhatian dengan mencari atau menghasilkan produk yang boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna.
Tidak kira apa pun produk atau servis yang anda mahu pasarkan, pengguna akan tetap membeli dan mendapatkan khidmat anda jika ianya memuaskan hati mereka. Pengguna tidak akan berkira untuk belanjakan wang mereka bagi mendapatkannya.
Oleh sebab itu, anda sebagai pengasas atau pemilik perniagaan perlu sentiasa mengekalkan kualiti produk anda supaya dapat meningkatkan kepercayaan pengguna.
- Hasilkan Bungkusan Produk yang Menarik.
Tidak dinafikan ada sesetengah pengguna di luar sana tertarik dengan sesuatu produk apabila melihat dari pembungkusannya sahaja. Ada pepatah mengatakan “jangan menilai sesuatu berdasarkan luaran”, namun di dalam perniagaan faktor pembungkusan adalah satu perkara penting.
Untuk menghasilkan pemasaran produk yang baik, banyak aspek perlu diberi perhatian. Tidak terkecuali juga pembungkusan produk yang bakal dijual. Banyak contoh usahawan berjaya di luar sana menggunakan strategi ini.
Seperti kita perhatikan, ada pelanggan yang sanggup mengumpul setiap koleksi keluaran brand tertentu hanya kerana mahu mengumpul bungkusan brand tersebut. Ini merupakan satu taktik yang amat berkesan dan berjaya. Namun, harus disusuli juga dengan produk yang berkualiti agar berbaloi dengan duit yang dikeluarkan oleh pembeli.
Dengan menghasilkan pembungkusan yang menarik, pengguna dan orang ramai di luar sana lebih mudah untuk mengingati brand anda.
- Promosi
Sudah tentu sukar untuk mendapatkan pelanggan apabila anda baru mulakan perniagaan. Ada peniaga cuma mengharapkan kenalan rapat serta keluarga sahaja yang membeli jualan mereka. Jadinya, mereka tidak dapat mencapai jumlah jualan tinggi dan pelanggan yang ramai.
Kami syorkan anda membuat promosi yang bersesuaian untuk menarik perhatian orang membeli produk anda. Biar mereka beli dengan harga yang murah dan rasai sendiri qualiti produk anda, sudah pasti mereka akan syorkan kepada kenalan mereka pula jika mereka berpuas hati.
Dari situlah berlakunya mouth to mouth marketing asbab produk anda yang berkualiti.
Selepas itu, bolehlah anda meletakkan harga asal kembali.
Konsepnya disini, biar orang kenal brand dan produk anda dahulu. Pelanggan pertama selalunya menilai sesebuah perniagaan itu melalui pelbagai aspek termasuk harga. Oleh sebab itu, promosi adalah cara yang sesuai untuk mendapatkan pelanggan jika anda baru mulakan perniagaan.
- Medium Media Sosial.
Sekarang ini dunia hanya di hujung jari. Jadi, pemasaran melalui atas talian sangat disyorkan untuk anda. Paling penting, ianya percuma. Lebih mudah jika anda mahir menggunakan media sosial dengan baik.
Banyak platform yang anda boleh gunakan melalui media sosial untuk pemasaran antaranya Facebook page, Instagram, Twitter dan lain lain.
Jika anda menggunakannya dengan betul secara konsisten, lebih mudah dan cepat orang kenali anda. tidak kira sama anda perniagaan anda itu dijalankan secara online atau offline, cara ini terbukti berkesan.
Cara-cara di atas dapat anda praktikkan sebagai strategi pemasaran bagi produk yang anda jual. Apa yang penting, buat secara konsisten sehingga orang kenal brand anda. Banyak lagi kaedah-kaedah berkesan yang boleh anda gunakan untuk memasarkan produk anda.
3. Rancangan Pemasaran
Bagi mereka yang pernah mempelajari ilmu pemasaran pasti tidak asing lagi dengan pemasaran perniagaan 4P. Konsep ini diperkenalkan oleh E Jerome McCarthy yang merangkumi elemen PRODUCT, PRICE, PROMOTION dan PLACE.
Secara asasnya, 4P ini menjelaskan bagaimana pemasaran berinteraksi antara setiap peringkat perniagaan yang dilakukan. Ia sangat penting dan sering digunakan untuk memperkembangkan pasaran produk anda supaya mencapai target.
Product (Produk).
Produk yang dihasilkan merupakan nadi kepada perniagaan dan pemasaran anda. Anda perlu faham, produk bukanlah semata-mata entiti fizikal. Malah ia merangkumi segenap aspek lain antaranya perkhidmatan, organisasi, keperibadian dan lain-lain yang melibatkan perniagaan anda.
Jadi, anda bukan hanya mempamerkan produk pada mata umum. Anda juga mempamerkan diri anda sebagai pemilik dan kakitangan.
Tanpa produk, anda tidak boleh meletakkan harga, tidak boleh melakukan promosi dan tidak boleh ada perniagaan. Oleh sebab itu, dari semua 4 P, Produk adalah P yang paling asas. Apa produk anda?
Price (Harga).
Harga merupkan faktor penting yang akan menggerakkan perniagaan anda. Oleh sebab itu, harga yang anda letakkan pada produk itu perlulah bersesuaian dengan sasaran pelanggan anda. Bukan itu sahaja, pastikan pembeli juga berpuas hati dengan perkhidmatan anda. Tidak ada gunanya kalau produk berkualiti tetapi servis tak bagus.
Promotion (Promosi).
P ini mungkin yang buat anda tertunggu-tunggu dari awal. Promosi merangkumi sebarang iklan, media cetak, atau dalam talian yang dibuat oleh pasukan pemasaran anda atau anda sendiri untuk meningkatkan kesedaran dan minat pelanggan terhadap produk anda.
Akhirnya, anda dapat menghasilkan lebih banyak jualan. Selama peringkat ini, anda mungkin akan melihat kaedah seperti kempen perhubungan awam, iklan, atau promosi media sosial giat dijalankan.
Place (Lokasi).
Penting untuk anda dan kakitangan syarikat menggunakan pemahaman dan analisis mereka terhadap pengguna perniagaan anda untuk memberikan cadangan ‘bagaimana’ dan ‘di mana’ mereka mahu anda menjual produk anda.
Mungkin mereka percaya laman web atau media sosial berfungsi lebih baik daripada lokasi premis runcit, atau sebaliknya. Mungkin mereka dapat memberikan gambaran mengenai lokasi mana yang paling sesuai untuk menjual produk anda, sama ada di peringkat permulaan, nasional dan antarabangsa bagi mereka yang bergelar usahawan.
Semoga definisi pemasaran 4P ini boleh membantu anda memahami tujuan pemasaran dan cara melakukannya.
4. Pemasaran Perniagaan
Terdapat dua jenis konsep perniagaan yang boleh anda gunakan pada masa kini. Ini bagi memudahkan anda menarik perhatian pelanggan dari segenap peringkat umur. Anda juga perlu memberikan perhatian terhadap pengguna yang berumur kerana ada sesetengah dari mereka tidak menggunakan peranti elektronik secara meluas dalam kehidupan seharian.
Antara konsep pemasaran tersebut adalah:
Digital.
Bonus untuk mereka yang bijak manfaatkan teknologi untuk memasarkan perniagaan. Banyak peluang Tapi, anda harus ingat bahawa pemasaran digital tidak hanya terletak kepada kepintaran anda menulis caption dan kepakaran anda menyunting video yang menarik di sosial media. Banyak aspek lain yang mendokong kejayaan sebuah posting.
Justeru, anda perlu belajar dengan mereka yang telah berjaya. Gunakan kuasa internet sebaik mungkin.
Tradisional.
Jenis pemasaran tradisonal sudah tidak asing lagi di dalam trend pemasaran perniagaan. Tidak kira sama ada perniagaan itu kecil atau besar, ia masih relevan untuk digunakan.
Walaupun anda memberikan fokus utama kepada pemasaran digital, anda tidak boleh lepas tangan pada kaedah tradisional ini. boleh dikatakan hampir setiap hari dan masa anda melihat jenis-jenis iklan tradisional. Antara yang anda sering lihat adalah:
- Cetak: Surat khabar, flyers, majalah iklan, kad perniagaan dan surat.
- Telefon: SMS.
- Outdoor: Billboard.
- Broadcast: Radio dan televisyen.
Pemasaran tradisional lebih mudah menyampaikan info kepada pengguna dan orang ramai, tetapi anda perlu mengeluarkan kos yang tinggi.
Banyak kelebihan Pemasaran Digital dan Tradisional ini, jika anda bijak lakukannya dengan ilmu yang tepat.
5. Pemasaran Produk dan Servis
Pemasaran digital yang berjaya semestinya melalui proses-proses yang kompleks, dengan strategi yang berbeza diperlukan untuk membantu meningkatkan lebih banyak petunjuk petunjuk, meningkatkan penjualan, dan mempromosikan brand anda.
Titik permulaan untuk berjaya adalah dengan memahami perbezaan antara pemasaran produk dan pemasaran perkhidmatan. Perbezaan yang jelas antara pemasaran produk dan perkhidmatan adalah bahawa produk itu nyata, dan perkhidmatan tidak ketara.
Mari kita lihat apakah perbezaannya.
Produk.
Produk ketara sering dianggap lebih mudah untuk dipasarkan kerana ia dapat ditunjukkan, disentuh, dipamerkan dan lebih mudah difahami oleh orang ramai. Mereka dapat lihat produk anda dari segi nilai dan keperluan mereka.
Servis.
Perniagaan jenis perkhidmatan merupakan perniagaan yang tidak ketara dari segi fizikal, lebih sukar untuk anda menunjukkan nilai. Orang tidak dapat melihat atau menyentuh perkhidmatan.
Oleh itu, tujuan perkhidmatan pemasaran adalah untuk menjalin hubungan baik dengan khalayak sasaran anda. dari situ anda dapat membangun dan membina kepercayaan hasil dari kualiti servis yang anda berikan kepada mereka.
Baca di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara untuk memasarkan produk dan servis.
Jadi, penting anda memahami cara menggunakan pemasaran untuk meningkatkan kecekapan dan kejayaan perniagaan anda. Supaya anda dapat meneroka lebih banyak peluang untuk memasarkan perniagaan anda melalui perkongsian yang kami kongsikan.
Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Pemasaran – Panduan Pemasaran & Digital Untuk Bisnes Dalam Pandemik” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.
Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah.
1 Comment
Leave a Reply Cancel reply
Artikel Berkaitan Pemasaran
Perniagaan Digital, Signifikan Antara Promosi, Jenama Dan Komunikasi. 3 Perkara Perlu Beri Perhatian!
Perniagaan menerusi internet membolehkan pelbagai bentuk pemasaran dilakukan secara digital dan merupakan platform popular dewasa ini terutama pada saat pandemik COVID-19. Perusahaan Kecil dan Sederhana
Pernah Dapat Gift Cards? 6 Strategi Efektif Buat Anda
Anda pernah guna kad ‘Touch n Go’? Tahu kan, bila anda nak guna kad ‘Touch n Go’ ni, anda kena topup dulu duit ke dalamnya,
Kejayaan Francaisor Dalam Pembangunan Francais
Perniagaan francais bukan baru di Malaysia. Sejak 1940-an, beberapa konsep perniagaan seperti stesen minyak, mesin jahit, pengedaran minuman dan kenderaan adalah perniagaan francais yang lebih
Tambah Baik Pengalaman Perkhidmatan Pelanggan, 3 Cara Memanfaatkan Teknologi
Teknologi membolehkan perniagaan kecil memanfaatkan inovasi untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan mereka dan mengatasi pesaing dengan membina kesetiaan pelanggan. Perkhidmatan pelanggan sentiasa menjadi bahagian penting dalam
Tips Urus Bisnes Fesyen Untuk Melonjakkan Perniagaan Anda!
Tahukah anda Versace merupakan sebuah jenama ikonik yang berada dalam kelasnya tersendiri. Dengan ikon Medusa yang diperincikan dalam setiap rekaan fesyen. Jenama mewah ini yang
Transformasi Pemasaran, 5 Teras Bawa Kejayaan Bisnes
Dunia pemasaran kini tidak lagi sama seperti tahun-tahun sebelumnya, transformasi pemasaran berlaku mengubah wajah pemasaran masa hadapan. Untuk membantu anda mencipta paradigma pemasaran baharu ini,
Pastikan Asas Pemasaran Yang Betul
Bila anda ada bisnes, dah tentu anda nak orang beli dan guna produk anda, betul? Tapi, sekiranya anda ada bisnes, tapi tak tahu cara nak
Ayat Pemasaran Tak Dapat Tarik Pelanggan? Ketahui 6 Tips Buat Ayat Pemasaran Power
“Tak ada orang baca dan like pun posting saya, apa lagi nak komen…” Lepas tak ada orang like, kita pun terus merajuk dan tak buat
6 perkara perlu anda tahu tentang bunting
Hari ini, pemasaran digital memang penting. Tapi pada masa sama, pemasaran tradisional ada yang masih relevan untuk digunakan. Bunting memainkan peranan penting untuk membuatkan orang
Tiada Modal Pemasaran? 6 Tip Pemasaran Baru Nak Mula Bisnes
Bisnes, apabila kebanyakan usahawan memulakan syarikat mereka, memang tiada bajet untuk apa-apa apatah lagi pemasaran. Belum ada peruntukan memasarkan produk atau perkhidmatan untuk media berbayar,
4 Strategi Pemasaran Barbie
Patung Barbie yang popular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja perempuan kini berusia 63 tahun, sejak ia ‘dilahirkan’ di Pesta Barang Mainan Amerika Syarikat di New
Marketing Adalah Oksigen Untuk Bisnes
Datuk Wira Dr. Azizan Osman selalu kata, “Marketing adalah oksigen untuk bisnes, takde oksigen bisnes pun boleh meninggal.” Tapi, ramai orang ada fikiran yang salah
4 Cara Guna TikTok Untuk Promosi Perniagaan
Wujud sejak 2018, hari ini TikTok platform media sosial yang sedang rancak dan semakin popular. Selain Facebook, Twitter dan Instagram, TikTok turut menjadi medium pelbagai
Nak Tulis Buku Bagi Branding Anda? 5 Tip Menulis Buku
Ramai orang tak tahu, sebagai peniaga bagus jika anda ada buku sendiri. Tak kiralah samaada buku yang dijadikan e-book, buku diterbitkan sendiri atau penerbit. Kata
Buat Survei Segera
Sebelum libatkan diri dalam kerjaya perniagaan, ramai yang terlepas pandang untuk lakukan survei. Anda tahu, survei boleh jadikan anda lebih tahu untuk jual apa, kepada
Tips Mula Pemasaran Di Instagram
Tahu tak, anda boleh berniaga di Instagram? Kalau dah tahu, bagus. Tapi betul ke ,cara yang anda gunakan? Bagi orang yang suka mengambil gambar dan
Bina Database Pelanggan Yang Baik
“Database is king” Bila anda dapat maklumat pelanggan seperti nama, emel dan sebagainya, adakah anda simpan atau anda buang begitu je? Anda tahu database pelanggan
5 Kesilapan Biasa Pengamal Perhubungan Awam
Perhubungan awam atau dikenali sebagai PR (Public Relations) adalah antara elemen terpenting bagi sesebuah organisasi. Imej dan reputasi untuk sesebuah syarikat berkait rapat dengan peranan
Digital Brand Excellence Bawa Jenama Melalui Online Platform
Malaysia adalah negara yang sedang membangun, kerajaan sangat menggalakkan usahawan memulakan perniagaan dengan memilih platform e-dagang ataupun digital. Ini kerana ekonomi digital masa kini sangat
Jangan Kedekut Keluar Bajet! 3 Strategi Pemasaran Berkesan
Syarikat produksi disaran memperuntukkan sejumlah bajet bagi tujuan pengiklanan dan promosi filem, selain tidak terlalu bergantung dana pemasaran yang disediakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Assalamualaikum. Saya berminat nak hantar team utk join kelas Tn Najib. Boleh email saya detail package dan content kelas. Terimakasih