5 Cabaran Besar Dalam Marketing

5 Cabaran Besar Dalam Marketing

Ini antara apa yang kami dapati akan berlaku kepada anda usahawan yang tidak ada ilmu.

Marketing atau pemasaran adalah sangat penting di dalam perniagaan sehinggakan usahawan yang tidak memberikan fokus yang tinggi kepada pemasaran akan mudah jatuh merudum dalam bisnes masing-masing.

MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata – “Marketing adalah Oksigen kepada sesebuah bisnes – tak ada oksigen anda akan sesak nafas, lemas, dan mati.”

Jadi anda boleh bayangkan apa akan jadi kepada bisnes anda bila tak ada marketing. Tapi semakin hari membuat aktiviti pemasaran telah menjadi satu benda yang ‘membebankan’ dan marketing tiada penambahbaikan, yang akhirnya akan membuatkan anda gagal menjalankan bisnes dengan baik.

Berikut 5 cabaran besar yang dilihat berlaku dalam marketing :

Gagal Mengadakan Kempen Pemasaran Yang Lebih Berkesan

Ini adalah cabaran utama yang ramai usahawan seperti anda sedang hadapi. Ramai orang cuba nak buat kempen pemasaran.

Tapi sebenarnya mereka tak tahu banyak perkara dan macam mana nak melancarkan kempen pemasaran yang mendapat sambutan.

Mereka tak tahu langkah demi langkah dan persediaan yang perlu dibuat. Mereka buat ikut suka atau tiru orang lain buat tanpa faham apa objektif setiap langkah yang perlu diambil.

Bila nak lancarkan kempen pemasaran apa yang anda perlu cipta ialah rasa tak sabar atau ‘hype’ yang membuatkan mereka ternanti-nanti pelancaran anda dan tertunggu-tunggu apa tawaran yang anda nak berikan.

Menjaga Pelanggan Sedia Ada Sambil Menarik Pelanggan Baru

Cabaran yang ramai usahawan hadapi ialah bila mereka tak tahu bahawa mereka kena jaga dan ‘nurture’ pelanggan yang sedia ada dan dalam masa yang sama terus berusaha untuk mencari pelanggan baru.

Ramai usahawan, tak endahkan pelanggan sedia ada. Mereka hanya fokus nak cari pelanggan baru setiap hari sedangkan mereka tak sedar lagi mudah untuk jaga pelanggan lama yang telah ada pengalaman berurusniaga dengan anda.

Jika anda ada ilmu marketing, anda akan tahu apa teknik yang perlu dibuat untuk pikat dan tarik pelanggan baru dan ikat pelanggan lama untuk terus setia bersama anda.

Apa yang boleh buatkan mereka beli lebih banyak?

Satu cara untuk meningkatkan jualan ialah bila pelanggan beli dari peniaga dalam kuantiti yang lebih banyak.

Masalahnya, ramai usahawan tak tahu apa nak buat untuk jadikan pelanggan beli dengan banyak. Bila buat promosi jualan murah, hasilnya masih tak seperti yang anda inginkan.

Masih ada kekurangan dan tak capai pun target sales yang kita nak. Agak-agaknya kenapa? Kerana anda tak lancarkan marketing campaign khas untuk push pelanggan anda beli lebih banyak.

Banyak sangat gangguan, bagaimana nak ‘engage’ dengan mereka?

Kalau anda nak tahu, pelanggan mudah distracted atau terganggu dengan iklan-iklan dan gambar-gambar produk.

Dan dah tentu mereka akan buat perbandingan harga, perbandingan kualiti, perbandingan dari segi tawaran dan juga perbandingan dari segi perkhidmatan yang peniaga berikan sebelum buat keputusan untuk membeli dan membuat bayaran.

Isunya, macam mana anda nak menang dan mendapat perhatian dari pelanggan yang ramai di luar sana? Apa yang buatkan mereka akan tertarik dan sentiasa lekat dengan anda?

Jawapannya hanyalah dengan ‘engagement’. Bila anda dah ikat hati mereka dengan berkomunikasi setiap hari, dengan menampakkan diri anda di mata mereka setiap hari, mereka akan ingat anda sahaja.

Tampil lebih menyerlah berbanding bisnes lain.

Setiap hari, menurut kajian pelanggan akan nampak dan dengar lebih dari 300 imej dan jenama sehari. Anda bayangkan, berapa kali mereka nampak dan dengar jenama/bisnes anda?

Makin kerap mereka dengar dan makin kerap mereka nampak anda, makin mudah mereka ingat anda. Cabarannya adalah untuk menjadikan anda mudah didengar dan dilihat oleh mereka.

Hanya dengan ilmu marketing dan ‘marketing campaign’ dengan formula Power To ATTRACT akan bantu anda berjaya tarik mereka untuk lebih nampak dan kenal anda.

Semua cabaran ini berbeza-beza mengikut industri tetapi cara untuk mengatasinya adalah sama – iaitu menggunakan teknik marketing yang betul, yang bantu anda menguasai pemasaran dengan menggunakan formula marketing tanpa kos dan juga membuatkan anda dapat menarik pelanggan untuk lekat dengan bisnes anda bukan setakat sekali, tapi berkali-kali.

Artikel terbaru

Leave a Reply