Susah Ke Nak Buat Pelanggan Setia Dengan Bisnes Kita?

Ramai orang terlepas pandang tentang pelanggan. Pelangganlah individu dan penyumbang terbesar dalam perniagaan anda. Tanpa mereka, bisnes anda tak mungkin maju dan berkembang.

Jadi, cuba anda fikirkan balik adakah anda betul-betul hargai pelanggan anda? Atau anda meletakkan jurang antara mereka? Hanya sekadar pembeli dan penjual? Berapa ramai antara anda yang ingat nama customer anda? Dan ingat apa contribution anda kepada mereka?

Feedback pelanggan adalah informasi dari pengalaman yang dirasai oleh pelanggan terhadap produk atau servis bisnes anda sama ada mereka berpuas hati atau mereka tidak berpuas hati. Feedback jugalah yang membantu anda untuk buat perubahan lebih baik pada bisnes anda.

Dah tentu anda nakkan pelanggan yang setia dengan anda. Ini ada 4 cara nak buat pelanggan anda repeat order dan berikan feedback yang baik untuk bisnes anda.

1. Fast response dan wujudkan engagement

Ini adalah titik permulaan untuk create kepercayaan pelanggan anda. Ada banyak peniaga yang jual produk macam anda, tapi pelanggan akan tertarik kepada peniaga yang reponse dengan lebih cepat. Faham ke faham?

Cuba bayangkan anda teruja berhubung dengan peniaga bisnes online untuk bertanya harga, tapi mereka berikan respon yang lambat. Apa agaknya perasaan anda masa tu? Mesti rasa nak marah dan rasa macam dah tak nak berurusan lagi dengan peniaga seperti ini. Jadi anda sepatutnya bukan sekadar memberikan respon yang pantas, tapi anda juga perlu beri pengalaman yang terbaik dan wujudkan engagement dengan mereka.

2. Jangan jadi penjual tapi jadi ‘problem solver’

Anda mesti dah dengar ‘di mana ada masalah, di situ ada peluang’ banyak kali. Inilah yang dinamakan ‘problem solver’. Anda mesti beri tanggapan pada mereka yang anda boleh selesaikan isu dan masalah mereka melalui produk atau servis yang anda tawarkan. Cara nilah yang paling berkesan untuk dapatkan pelanggan yang setia!

3. Jangan paksa pelanggan

Ehhhhh! Jangan paksa orang kalau dia tak nak, nanti dia lari! Inilah cara yang patut anda elakkan sebaik-baiknya. Lagi-lagi bila menjual sesuatu. Bila anda terlalu tekankan pada produk, pelanggan anda mungkin akan lari dan terus jadi ‘turn off’ dengan bisnes anda. Pasti anda tak nak pelanggan anda ada experience macam ni kan?

4. Kuasa feedback dan influence

YES! Pelanggan dah beli produk dan mula percayakan servis anda! Apa yang anda patut buat lepas mereka dah mula percayakan bisnes anda? Inilah masanya untuk anda minta feedback daripada mereka.

Cara ni yang paling terbaik untuk membantu anda menambahbaik mengikut cadangan dan keperluan pelanggan. Bila pelanggan berpuas hati, dah tentu mereka akan recommend bisnes anda kepada orang lain dan sebarkan brand anda.

Macam mana? Dah tentu anda dah dapat sesuatu yang lebih lagi daripada artikel ni. Nak pelanggan setia dengan anda, ingat kata-kata ni: ‘A satisfied customer will stay with you, an unhappy customer will eventually leave you’

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Join the Conversation

5 Comments

  1. 4 cara yang padu untuk dipelajari.
    Terima kasih pada Richworks yang sudi kongsi cara menarik pelangan dalam buat bisnes. Insyallah sya akan merubah buat cara yang betul.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Kenapa Orang Tak Nampak Bisnes Anda

Kenapa Orang Tak Nampak Bisnes Anda

Melalui marketing, dapat buatkan daripada tak nampak bisnes anda kepada dapat membuatkan orang nampak dengan bisnes dan produk atau perkhidmatan yang ada. Namun terdapat usahawan

Kuasai Minda Anda Cara Jutawan

Ramai orang mudah lupa. Lupa yang hidupnya mula berubah bila mereka mula ada peningkatan ilmu dan konsisten bertindak. Ilmu merubah hidup manusia. Banyak disebut atau

Rutin Harian Orang Terkaya Di Dunia

Nak tahu satu perkara ini yang menjadi ‘essential’ atau keperluan yang dilakukan orang terkaya di dunia ialah bersenam. Ya, anda tak salah baca – bersenam.

Bagaimana Nak Improve Teamwork?

Bagaimana Nak Improve Teamwork?

Bagaimana nak improve teamwork dan capai hasil yang kita nak? Jika anda lalui pelbagai cabaran, ujian, dugaan dan banyak kali sebenarnya ia berkaitan dengan emosi