Google My Business : Penting Keberadaan Bisnes Dalam Peta Digital. 4 Manfaat Kepada Usahawan

Google My Business : Penting Keberadaan Bisnes Dalam Peta Digital. 4 Manfaat Kepada Usahawan

Google My Business merupakan antara alat penting yang dapat membantu usahawan untuk meningkatkan beradaan bisnes anda secara online dalam peta digital.

Orang ramai lebih mudah mencari maklumat bisnes yang kita jalankan termasuk lokasi kedai, websites, waktu pengoperasian dan lain-lain.

Justeru itu, mereka lebih mudah ‘nampak’ bisnes yang dijalankan disamping mendapatkan maklumat berkaitan yang disediakan oleh usahawan malah juga feedback pelanggan lain.

“Marketing ialah buat orang nampak bisnes kau.”

Datuk Wira Dr Azizan Osman

Melalui Google My Business, anda akan buatkan ramai orang dapat nampak bisnes yang dijalankan secara online selain daripada platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.

Apakah itu Google My Business?

Ia merupakan tool yang percuma dan mudah digunakan oleh sesebuah bisnes atau organisasi untuk menguruskan keberadaan online mereka di Google termasuk Google Search dan Peta.

Sehubungan itu, pelanggan-pelanggan dapat mencari bisnes anda dengan maklumat yang disediakan.

4 Manfaat Google My Business Buat Usahawan

  1. Pelanggan mudah untuk dapatkan maklumat penting bisnes

Pelanggan atau bakal pelanggan anda mudah untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang dicari seperti waktu operasi agar pastikan bisnes buka atau tutup, nombor telefon, laman web dan alamat kedai.

Usahawan boleh menyediakan maklumat-maklumat penting itu yang akan keluar apabila orang membuat carian bisnes anda di Google Maps dan carian Google.

  1. Berinteraksi bersama pelanggan

Usahawan juga boleh memberikan respons kepada perkongsian gambar malah feedback yang dikongsikan pelanggan anda. Engagement dapat berlaku dan dapat membantu bakal pelanggan anda juga.

Menurut Google, bisnes yang memasukkan gambar profil bisnes mereka akan menerima lebih 42% permintaan bagi carian lokasi dalam Google Maps dan 35% lebih klik ke laman web bisnes itu.

  1. Dapatkan insight (pemahaman) pelanggan

Usahawan melalui Google My Business boleh mendapatkan insight bagaimana pelanggan anda membuat carian bisnes anda dan dari mana mereka datang.

Anda juga boleh dapatkan maklumat seperti berapa ramai menelefon anda menggunakan nombor telefon yang disediakan pada carian dan peta.

Bukan itu saja, usahawan boleh mewujudkan dan track kempen Smart mengenai tawaran yang dibuat.

  1. Bina kepercayaan bakal pelanggan

Kepercayaan bakal pelanggan anda kepada bisnes yang dijalankan akan lebih baik. Ditambah testimoni pelanggan-pelanggan yang diberikan akan meyakinkan mereka untuk berurusan dengan anda. Anda boleh baca di sini mengenai soal pelanggan yang penting untuk usahawan.

Situasi semasa

Lebih-lebih lagi ketika kes pandemik COVID-19 yang masih tinggi dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasa di seluruh negara kecuali Sarawak.

Ramai orang berada di rumah, penggunaan internet pastinya meningkat malah tabiat orang sudah mula beralih daripada pembelian fizikal kepada pembelian online.

Sebab itu, keberadaan sesebuah bisnes secara digital dan online sangat penting untuk pelanggan-pelanggan mendapatkan maklumat bisnes dan menyakinkan mereka untuk berurusan dengan anda.

Jangan terus ketinggalan dengan teknologi dan inovasi yang pesat berkembang dan digunakan orang ramai ketika ini.

Artikel terbaru

Leave a Reply