Beri Pertunjukan Percuma. 3 Cara Boleh Anda Buat

pertunjukan percuma

Pentingnya pertunjukan percuma. Bila kita beli sesuatu barang, kadang-kadang bukan kita tahu guna pun. Masa nak guna barang tersebut, kita akan belek balik pembungkus tadi dan tengok cara-cara penggunaannya.

Bila kita baca ni, ada masa kita tak faham dan konfius. Tapi, kalau ada peniaga yang beri pertunjukkan percuma cara-cara yang betul nak guna, lagi bagus.

Contohnya anda beli shawl, kalau anda tahu lilit dengan guna satu cara je, cara tu yang anda pakai sampai bila-bila. Betul?

Sekiranya ada yang tunjuk dan ajar lilit guna pelbagai cara, barulah anda pandai buat lilitan yang pelbagai.

Kami akan kongsikan dengan anda 3 cara nak beri pertunjukan percuma:

  1. Live di media sosial

Sekarang ni semua benda nak buat live. Anda boleh tengok, hari-hari, ada je rakan media sosial anda yang live di media sosial seperti Facebook. Betul ke betul?

Kalau anda berniaga, tak buat live video di media sosial, memang rugi sangat. Dengan live video, banyak perkara yang anda boleh kongsikan dengan penonton anda.

Anda juga boleh berikan pertunjukkan percuma kepada penonton.

Contohnya anda ada restoren dan ingin berkongsi resepi dengan penonton. Jadi anda boleh buat live video. Sebelum tu, anda boleh beritahu mereka lebih awal bila anda akan live di Facebook.

Nanti, penonton boleh mark masa mereka supaya tak terlepas. Bila anda live, kena tetapkan masa yang akan anda live supaya ia tak mengambil masa yang agak lama dan terlalu pendek.

  1. Gunakan video tutorial

Bila anda buat video tutorial, anda tak semestinya perlu live di media sosial. Anda boleh record dan jadualkan bila waktu yang sesuai untuk anda siarkannya.

Bila record, anda boleh edit video tersebut dengan masukkan audio dan video yang lebih jelas supaya penonton dapat tonton dengan baik.

Anda boleh buat pelbagai video tutorial seperti video tutorial masakan, photoshop, kraftangan, mekap dan sebagainya. Anda boleh tunjukkan cara nak buat start dari mula hingga habis.

  1. Buat event

Kalau anda nak beri pertunjukan percuma kepada pelanggan secara langsung face to face, anda boleh buka booth di mall, pasaraya atau pasar malam.

Pernahkan anda lihat peniaga yang nak promo barang mereka buat pertunjukkan atau demo secara live.

Contohnya mereka jual set pisau masakan. Mereka akan buat demo potong sayur, buah, daging atau buat ukiran buah-buahan menggunakan pisau tersebut.

Bila anda buat pertunjukkan percuma, anda bukan sahaja boleh promosi barangan anda, tapi anda boleh tunjuk kepada pelanggan cara yang betul nak guna barang tersebut.

Jadi, pelanggan akan lebih faham dan tahu pelbagai jenis cara lain yang mereka boleh gunakan.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply