3 Kelebihan Mendapat Blue Tick Di Instagram

3 Kelebihan Mendapat Blue Tick Di Instagram

Jika anda mempunyai akaun Instagram, anda mungkin pernah berangan untuk mempunyai tanda semak biru (blue tick) di sebelah nama anda. Terdapat sesuatu tentangnya yang begitu istimewa dan ia seperti memberitahu orang ramai bahawa anda seorang individu penting.

Baru-baru ini seorang penulis Entrepreneur, Dejon Brooks telah mendapat blue tick di Instagram dan menurut pengakuan jujurnya itu ia lebih menarik.

Tetapi sejak empat minggu lalu, beliau telah melihat beberapa faedah yang menakjubkan daripada Instagram yang tidak pernah dijangkakan.

Berikut adalah tiga faedah yang telah diterima setelah akaunnya disahkan Instagram.

Faedah #1: Ia memudahkan untuk menahan/menaikkan harga

“Saya sentiasa menggalakkan prospek perniagaan untuk mengikuti saya di media sosial dalam proses jualan. Saya secara khusus suka menghantar pautan link ke LinkedIn dan Instagram kerana penjenamaan peribadi merupakan sebahagian daripada diri saya.

“Prospek yang lebih berminat untuk membeli menjadikannya lebih mudah untuk saya menaikkan harga dan mengenakan bayaran tepat buat nilai yang ditawarkan.

“Saya masih boleh melakukan ini tanpa blue tick. Namun, lencana biru di sebelah nama membuatkan saya berasa lebih yakin untuk bertanya tentang nilai saya” ujarnya.

Faedah #2: Akaun berprofil tinggi mengikuti anda kembali

“Saya mengikuti beberapa orang tokoh terkenal di media sosial. Ini termasuklah atlet, usahawan, wartawan dan lain-lain lagi. Saya suka membaca atau menonton hantaran yang dikongsikan mereka. Apabila akaun yang disahkan menyukai hantaran seseorang, akaun itu akan menonjol dengan ketara.

“Ini sudah cukup untuk membuatkan akaun berprofil tinggi yang diikuti menyemak halaman saya dan akhirnya mengikuti saya kembali.

“Saya menyedari manfaat ini secara tidak sengaja selepas empat akaun disahkan berprofil tinggi mengikuti saya kembali secara tiba-tiba dalam tempoh seminggu,” jelasnya.

Faedah #3: Meningkatkan kredibiliti dan kuasa

“Saya sudah mempunyai kredibiliti yang tinggi pada akaun Instagram saya tanpa tanda semak biru di sebelah nama.

“Saya membina kredibiliti ini melalui siaran akhbar terkumpul, mempamerkan pencapaian dan kajian kes pelanggan.

“Walau bagaimanapun, mempunyai tanda biru di sebelah nama saya adalah ibarat aising pada kek dan ia membantu menyusun segala-galanya. Tanda biru itu menyebabkan orang lain menganggap anda sebagai seseorang yang mempunyai kredibiliti dan kuasa,” tambahnya.

Setiap aplikasi sosial media ada kelebihan dan keunikan tersendiri, Tak salah sebagai usahawan untuk kita sentiasa update dan mahir dengan setiap aplikasi tersebut.

Lebih penting untuk mengetahui berapa ramai pelanggan pada apps itu yang akan menguntungkan anda.

Artikel terbaru

Leave a Reply