Pemasaran didefinisikan sebagai tindakan sesebuah perniagaan dalam mempromosikan dan menjual produk atau perkhidmatan, termasuk penyelidikan pasaran dan iklan.
Banyak platform digunakan oleh para peniaga dan usahawan untuk memasarkan produk mereka. Semua itu bergantung kepada bajet yang dibelanjakan. Antara platform yang menjadi pilihan mereka adalah media sosial, radio, televisyen, media cetak dan lain-lain.
Tujuan pemasaran adalah untuk meneliti dan menganalisis pengguna anda sepanjang masa, mengirim tinjauan, mempelajari kebiasaan membeli-belah dalam talian, dan mengajukan beberapa soalan sebagai survey. Contohnya:
“Di manakah anda….? , bilakah anda….?, dan bagaimana pengguna ingin berkomunikasi dengan perniagaan kita? Sama ada di direct message Facebook, Telegram atau Whatsapp. “
Pemasaran adalah proses untuk menarik minat orang terhadap produk atau perkhidmatan syarikat. Ini berlaku melalui penyelidikan pasaran, analisis, dan memahami minat pelanggan ideal anda. Pemasaran akan melibatkan pelbagai proses perniagaan anda, termasuk idea produk, perkembangan produk, kaedah pengedaran, penjualan, dan iklan.
Para usahawan dan peniaga perlu mahir dalam menguasai konsep pemasaran 4P kerana ia bakal membantu anda untuk menyediakan produk serta bahan pemasaran yang berkualiti untuk tatapan orang di luar sana.
Konsep ini dikenali sebagai ‘Marketing Mix’, campuran pernigaan ini akan bantu anda untuk mengkaji sebahagian besar pengguna di luar sana melalui elemen product (produk), price (harga), place (lokasi) dan promotion (Promosi).
Bagaimana Konsep Pemasaran 4P berfungsi?
Asasnya, konsep 4P ini akan menjelaskan dengan lebih teliti bagaimana pemasaran berinteraksi dengan setiap peringkat perniagaan tersebut. Setiap P ada kaitannya antara satu sama lain yang kemudian akan memudahkan anda untuk melakukan idea pemasaran.
Product (Produk) : Produk yang berfungsi untuk memuaskan hati pelanggan dan memberi manfaat.
- Kepelbagaian pilihan produk.
- Kualiti produk.
- Rekaan produk..
- Ciri-ciri produk.
- Jenama produk.
- Pembungkusan produk.
- Saiz produk.
- Jaminan produk.
- Pulangan / faedah.
Price (Harga) : Nilai yang diletakkan ke atas produk.
- Senarai harga produk.
- Potongan harga produk.
- Kaedah bayaran.
Place (Lokasi) : Cara menyalurkan info serta produk anda kepada pelanggan.
- Saluran media.
- Lokasi premis.
Promotion (Promosi) : Cara komunikasi antara penjual dan pembeli.
- Promosi jualan.
- Pengiklanan produk.
- Jualan peribadi.
- Media.
- Bajet.
- Perhubungan awam (PR).
Dengan menguasai konsep ini, anda dapat memahami sasaran pelanggan anda dengan lebih tepat. Untuk lebih jelas berkenaan konsep pemasaran 4P, anda boleh sediakan beberapa soalan untuk memudahkan proses ini.
Antara contoh soalan yang anda boleh utarakan adalah:
Product (Produk/Perkhidmatan)
- Apa yang mereka harapkan daripada produk / perkhidmatan anda?
- Adakah produk / perkhidmatan anda dapat memenuhi kehendak mereka?
- Apakah ciri-ciri produk yang anda kurang gemari?
- Apa ciri-ciri produk yang anda ingin ketengahkan untuk penambaikan di masa akan datang?
- Apakah perbezaan produk anda dengan produk pesaing?
- Apakah kelebihan produk anda?
Place (Lokasi)
- Di mana pelanggan boleh dapatkan atau cari produk / perkhidmatan anda?
- Apakah jenis premis anda? Pasar raya? Butik? Dalam talian? Atau katalog?
- Apakah saluran yang sesuai untuk anda pasarkan produk?
- Perlukah anda membuat jualan secara langsung?
- Perlukah anda menghantar sampel kepada pengguna di luar sana?
- Apakah perkara yang pesaing anda lakukan?
- Apa yang anda boleh belajar daripada pesaing?
Price (Harga)
- Adakah harga yang anda letakkan sesuai dengan kualiti produk / perkhidmatan anda?
- Adakah pelanggan anda berpuas hati dengan harga yang anda tawarkan?
- Berapakah harga yang pelanggan mahukan?
- Bilakah anda perlu membuat potongan harga?
- Berapakah nilai potongan harga yang sesuai untuk anda buat?
- Siapakah pelanggan yang berpeluang untuk mendapatkan potongan harga tersebut?
- Adakah harga yang anda letakkan pada produk / perkhidmatan anda mampu bersaing dengan pesaing?
Promotion (Promosi)
- Di manakah platform yang akan anda gunakan untuk memasarkan iklan kepada pelanggan anda?
- Bilakah masa yang sesuai untuk anda lakukan promosi tersebut?
- Capaian target pelanggan lebih berjaya melalui pengiklanan di dalam media sosial, televisyen, radio, surat khabar, flyers atau teknik pemasaran secara langsung?
- Bagaimana pesaing mempromosikan produk / perkhidmatan mereka?
Banyak lagi soalan yang boleh anda sediakan jika anda mahukan maklumat yang tepat. Lebih banyak maklumat yang anda dapat kumpul, lebih besar potensi untuk anda sediakan pemasaran yang padu.
Oleh sebab itu, para usahawan dan peniaga sangat ditekankan untuk lebih memahami pengguna di luar sana. Teknik pemasaran 4P ini boleh digunakan untuk menguji strategi pemasaran anda yang sedia ada.
Sebagai contoh:
“Bagaimanakah jika anda keluarkan produk dengan pelbagai variasi perisa? Adakah ia dapat menyelesaikan kehendak pelanggan di luar sana? Jika anda lakukan penurunan harga terhadap produk anda, apakah cara promosi yang sesuai untuk meningkatkan jumlah pelanggan dan jualan?”
Apa yang utama, lakukan teknik ini dengan menggunakan jawapan berdasarkan fakta yang kukuh.
Bagaimana? Boleh buat?
Jika anda kuasai teknik ini, kerja anda untuk melakukan pemasaran akan menjadi lebih mudah.
Semoga dengan definisi yang kami sediakan untuk kesemua 4P ini membantu anda untuk lebih memahami tujuan pemasaran dan cara menentukannya. Pemasaran berkait rapat dengan semua bidang perniagaan, jadi penting untuk anda memahami cara menggunakan pemasaran untuk meningkatkan tahap kecekapan dan kejayaan perniagaan anda.
Semoga anda dapat bina bisnes berjaya anda sebaiknya. Dapatkan ilmu dan bimbingan berkesan berkenaan perniagaan dengan menyertai seminar Bina Bisnes Berjaya 100% percuma sekarang juga. Klik sini untuk info lanjut.