Keluarkan Artikel Dalam Newsletter

Keluarkan Artikel Dalam Newsletter

Apabila anda ada perniagaan, dah ada produk dan jenama sendiri, apa kata anda terbitkan artikel dalam bentuk newsletter untuk orang lebih tahu akan bisnes anda.

Anda boleh perkenalkan lagi bisnes anda, cerita bagaimana anda bermula, kegagalan anda sebelum berjaya, produk-produk anda dan teknik anda kekalkan kejayaan.

Berikan inspirasi pada orang ramai, khususnya yang masih tercari-cari peluang untuk mulakan bisnes. Mungkin dengan membaca kisah anda, minda mereka mula terbuka untuk berniaga dan dapat idea untuk mulakan bisnes. Amacam? Menarik kan?

Anda boleh email Newsletter ini kepada database yang anda ada dan anda juga boleh keluarkannya mungkin 1 bulan sekali atau seminggu sekali! Anda boleh masukkan banyak gambar di dalamnya, juga tawaran-tawaran yang menarik.

Apa Yang Anda Boleh Tulis Dalam Artikel Untuk Perniagaan Anda :

  1. Perkenalkan bisnes

Beritahu pembaca anda apa perniagaan yang anda sediakan contohnya, servis kereta sewa, khidmat travel, khidmat jual buku atau sebagainya. Jika tidak, mereka tidak tahu apa yang anda boleh berikan kepada mereka.

Ceritakan serba sedikit mengenai bisnes anda seperti bagaimana anda bermula, faktor yang menyebabkan anda berniaga dan pendorong anda berniaga.

  1. Masukkan gambar

Cantik ke bila newsletter anda penuh dengan tulisan? Pasti tak cantik bukan? Jadi, apa kata anda masukkan gambar supaya newsletter anda lagi menarik untuk dibaca.

Anda boleh letakkan gambar produk atau servis yang anda sediakan. Gunakan alat editing untuk jadikan gambar anda sedikit ‘hidup’, barulah orang tertarik nak baca, betul?

  1. Reka bentuk (design)

Bila anda design newsletter anda, susun atur gambar dan kandungan mestilah sesuai. Jadikan newsletter yang anda pernah dapat sebagai rujukan. Lihat cara mereka design newsletter dan susunan kandungan dalam newsletter tersebut. Ia akan memberi idea untuk anda design newsletter anda sendiri.

  1. Edar newsletter (perkhidmatan)

Jika anda ada chalet, kereta sewa atau sediakan perkhidmatan pelancongan, anda boleh letakkan newsletter tersebut di dalam chalet, kereta-kereta yang anda ingin sewakan atau letak di pusat servis anda. Bila ada pelanggan yang guna perkhidmatan anda, anda boleh berikan kepada mereka untuk dibaca.

  1. Edar newsletter (produk)

Bila anda buat newsletter secara manual, anda boleh kirimkan newsletter tersebut kepada pelanggan yang berada dalam jarak yang jauh menggunakan pos. Sekiranya anda ingin pasarkan di sekitar taman perumahan berdekatan rumah, anda boleh edar newsletter tersebut dengan masukkan ke dalam peti surat mereka atau selitkan di pagar-pagar rumah.

Jika anda buat newsletter secara online, anda boleh emelkan newsletter tersebut kepada mereka menggunakan database yang anda ada. Sebab itu, pentingnya untuk usahawan menyimpan database.

Artikel terbaru

Leave a Reply