Azizan Osman

Datuk Wira Dr Azizan Osman

Datuk Wira Dr Azizan bin Osman adalah jurulatih keusahawanan dan pakar pemasaran yang berasal dari Malaysia. Beliau telah dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan.

Kehidupan Awal

Azizan telah bergiat dengan pelbagai aktiviti keusahawan sepanjang hidup beliau. Sejak dari usia remaja, beliau telah mula berniaga apa sahaja yang ada di tangan dari bilik asrama kolej beliau. Beliau melalui pendidikan asas di Sekolah  Jenis Kebangsaan Cina dan juga di Sekolah Agama. Keduanya menjadi teras kepada pembentukan asas perjalanan bisnes Azizan dan menjadi teras hidup beliau.

Pendidikan/ Alma Mater / Alumni

Beliau kemudiannya menyambung pembelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor dalam Diploma Analisis Pelaburan. Sebagai seorang yang cintakan ilmu, beliau terus menyambung pelajaran di sepanjang kerjaya beliau dengan meneruskan pembelajaran di dalam ijazah sarjana dan kedoktoran.

Azizan mendaftar untuk beberapa program ijazah sarjana dan kedoktoran tahun demi tahun untuk mengikuti perkembangan teknologi dan dunia perniagaan yang berkembang yang membantunya memperoleh maklumat yang luas, meningkatkan kerjaya, pengetahuan dan pengalaman profesionalnya. Beliau telah melanjutkan pelajarannya di

  • Salford Business School, University of Salford, Manchester, UK
  • Kellogg School of Management, Northwestern University, USA
  • Columbia Business School, Columbia University, New York, USA
  • Southwestern State University, Kursk, Russia
  • Asia e University, Malaysia

Hari ini, Azizan telah berjaya mendapatkan beberapa sijil bertaraf antarabangsa dan dikenali dalam bidang sains manusia, neuro-semantic dan pemograman neuro-linguistic, hypnotherapy, pakar dalam latihan, pengurusan kepimpinan, pemasaran geruila, kejurulatihan motivasi dan kehidupan yang diiktiraf.

 

Kerjaya

Sebagai pengasas dan pengerusi kepada Richworks International, beliau telah mewujudkan dan mencipta pelbagai program peningkatan diri dan latihan keusahawanan yang telah membantu jutaan peserta dari pelbagai peringkat umur sejak dari tahun 2008.

Misi dan semangat beliau untuk membantu rakyat Malaysia hadir daripada pengalaman beliau dalam mencari mentor lebih 10 tahun dahulu semasa beliau dilanda krisis kewangan dan mempunyai jumlah hutang yang sangat besar.

Sejak penubuhan Richworks International, Azizan telah menghabiskan kebanyakan masa beliau melatih dan menjadi mentor kepada usahawan di setiap seminar beliau. Sehingga hari ini, beliau telah membina ramai usahawan jutawan, di mana mereka telah berjaya menguasai ilmu untuk mencapai jualan 1 juta yang pertama dan menjadikan langkah pertama untuk mereka mencapai status bebas kewangan.

Pengalaman pertama Azizan  di dalam dunia korporat adalah di sebuah firma broker saham. Dari situ beliau telah jatuh cinta dengan pelaburan stok semasa beliau masih di universiti. Setahun kemudian, beliau telah memulakan karier sebagai seorang penjual.

Dalam usaha beliau membina semula kehidupan pada tahun 2001, beliau telah bekerja sebagai seorang eksekutif di Appco Group (UK), salah sebuah syarikat jualan dan pemasaran terbesar dan terluas di dunia. Rekodnya dalam bidang pemasaran yang memberangsangkan dan luar biasa telah membantu beliau mencapai pelbagai kejayaan di syarikat tersebut. Oleh kerana itu, beliau ditawarkan untuk menubuhkan syarikat beliau sendiri yang ditaja oleh pengurusan atasan beliau pada masa itu. Beliau telah membentuk kumpulan yang pakar dalam pemasaran dipimpin oleh beliau sendiri sebagai Pengarah Urusan & Ketua Organisasi untuk Malaysia.

Semasa beliau masih dalam bidang korporat, beliau telah memimpin 1,500 orang pekerja dengan kepakaran beliau dalam pemasaran dan pengiklanan untuk mengurus kempen pemasaran berskala besar di seluruh negara dari syarikat kecil dan sederhana (PKS) sehingga ke syarikat korporat gergasi.

Sepanjang tahun beliau berkhidmat dengan syarikat yang berpusat di London tersebut, beliau telah menerima 14 anugerah kerana prestasi yang luar biasa dan kejayaan dalam bidang kepimpinan, pengurusan, pengurusan sumber manusia, pengiklanan dan pemasaran yang mana beliau amat cintai.

Beliau kemudian dianugerahkan dengan anugerah yang tertinggi di syarikat itu iaitu ‘Chairman’s International Platinum Award’ hanya selepas 2 tahun beliau berkhidmat. Sebagai pakar pemasaran bertaraf antarabangsa, Azizan merupakan pakar pemasaran gerila beriktiraf yang dimentor oleh Jay Conrad Levinson dan 2 lagi pakar jurulatih kehidupan dan bisnes, Robin Sharma dan Tony Robbins.

Pada tahun 2008, Azizan mengambil langkah berani untuk mencapai cita-cita beliau untuk menubuhkan syarikatnya sendiri. Dengan berbekalkan pengalaman beliau yang luas dalam bidang pemasaran, beliau ingin berkongsi ilmu tersebut dengan lebih ramai orang. Pengalaman beliau dalam jatuh bangun sesebuah bisnes dan kegagalan menjadikan beliau seorang yang kental menghadapi cabaran. Beliau mula mengenalpasti apa faktor-faktor yang menentukan jatuh bangun sesebuah syarikat. Teori dan pengalaman beliau menjadikan batu loncatan kepada bisnes juta-juta beliau yang seterusnya membawa beliau kejayaan dari segi kewangan dan kehidupan.

Pencapaian & Sumbangan

Hari ini, sebagai jurulatih dan penulis jualan terbaik, Azizan telah melatih lebih 700,000 peserta sepanjang program bersemuka beliau dan lebih 800,000 peserta sepanjang program secara online beliau sepanjang 2 tahun pandemik yang membantu peserta beliau untuk meneruskan kelangsungan bisnes dengan ilmu bisnes dan kehidupanj beliau. Belaiu telah membantu banyak perniagaan kecil dan sederhana dan telah bantu mereka mencapai jutaan ringgit Malaysia. Orang ramai telah mengenali beliau sebagai Jurulatih Berjaya dan Pakar Peasaran No 1 Asia.

Sebagai penganjur program terbesar di Asia untuk seminar dan program Latihan dalam pembinaan sumber manusia dan keusahawan, pada tahun 2012, Malaysia Book of Record telah menganugerahkan Azizan and pasukan beliau pengiktirafan sebagai penganjur program dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembinaan usahawa, pemasaran dan motivasi. Pada tahun 2014, lebih dari 140,000 peserta telah menghadiri seminar lawatan jalan raya dan 11,000 peserta telah hadir ke satu program dalam satu masa menjadikan ianya rekod terbesar untuk jumplah peserta paling ramai dalam satu program pada 1 masa.

Azizan meneruskan usahanya untuk memberi inspirasi dan mewujudkan fenomena luar biasa di Malaysia dalam beliau meneruskan misi beliau untuk pembelajaran seumur hidup untuk mencapai kejayaan, kekayaan, kebahagiaan, kasih sayang, ketenangan dan kesihatan dengan membuka potensi diri dan keusahawan. Kita telah lihat beberapa tahun ini, minat rakyat Malaysia dalam menceburi bidan bisnes, pembinaan kekayaan dan peluang pelaburan yang berada di pasaran dalam dan luar negara.

Sebagai penulis yang diiktiraf, beliau telah menulis dan menulis Bersama 10 buku iaitu

  • Magnet Kekayaan & Kejayaan
  • Kuasai Pemasaran Rahsia Menarik Pelanggan
  • Kuasai Pemasaran Facebook
  • 25 Formula Hidup Luar Biasa
  • Kenapa Saya Mahu Anda Berjaya
  • Mudahnya Berniaga
  • Zero Kos Marketing
  • 100 Usahawan Jutawan – Satu Misi Bantu The Nation dan
  • Bangkit Bisnes Dari Krisis – Solusi Bisnes dan Pemasaran Digital (paling dicari dan siri jualan terbaik)

Azizan juga telah menulis Bersama Brian Tracy, sorang spekar bertaraf antarabangsa, penulis dengan rekod jualan terbaik, usahawan dan pakar kejayaan. Mereka menulis buku “ Beat The Curve” yang telah dilancarkan pada 21 Januari 2016 di Amazon.com.

Azizan juga telah menghasilkan sendiri formula konsep pemasaran dan strategi bisnes yang dinamakan “M.E.S.T.I” dimana beliau berkongsi secara terperinci dengan peserta beliau sepanjang program.

Sumbangan beliau dalam kerja kebajikan sama banyak dengan tugas beliau mendidik masyarakat. Azizan sebagai pengasas RICHWELL, sebuah badan NGO yang mengumpul dana untuk membantu masyarakat yang menglamai masalah kemiskinan, kurang bernasib baik, kelebihan upaya, Wanita dan kanak-kanak dan pelbagai lagi masalah social yang memberi kesan kepada masyarakat dalam dan luar negara termasuk banjir dan mangsa peperangan.

Kejayaan Azizan telah telah didokumentasikan oleh media tempatan oleh kerana kehendak dan usaha beliau untuk membantu masyarakat dan usahawan untuk mencapai potensi sepenuhnya dalam kehidupan dan dalam industry bisnes mereka. Bantuan beliau hadir dalam bentuk ceramah, ucapan, seminat, Latihan individu, Latihan online, blog, buku dan video, interaksi harian di media social dan artikel yang kerap di dalam akhbar terkenal di Malaysia di samping kemunculan di televisyen dan radio yang kerap.

Anugerah & Pengiktirafan

Pada Oktober 2020, sempena Hari Keputeraan Ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah menerima anugerah Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran ‘Datuk Wira’.

Pada tahun 2017, Azizan mendapat pengiktirafan Master Coach Bertaraf Dunia yang berprestij oleh International Coach Guild (ICG) Australia atas pengalaman dan kerja beliau dalam latihan dan bimbingan selain kejayaannya untuk mengubah individu dan perniagaan melalui strategi hasil yang berkesan dan metodologi kejurulatihan yang inovatif.

Beliau juga menerima pengiktirafan berikut sepanjang tahun:

 

  • Nona Superhero Award – Nona Men’s Business Mentor Award 2021
  • The Brand Laureate e-Branding Brand Leadership Awards 2020
  • Top 50 Marketing & Advertising Leaders Award by MADCon Marketing and Advertising Conference 2019 in Dubai
  • Entrepreneur Influencer of the Year by Malaysia SME & Entrepreneurs Business Awards 2019
  • Master Entrepreneur Creators by Malaysia SME & Entrepreneurship Business Award 2017-2018 Premier Edition
  • The 100 Most Influential Young Entrepreneur Award by Entrepreneur Insight 2017
  • Best Business Mentorship Provider for Regional Brands by Asia Halal Brand Awards 2017

Jenama Pelanggan Yang Dibina

Dalam tempoh 14 tahun penubuhan RichWorks sejak 2008, Azizan telah membina beratus-ratus jenama dan PKS tempatan yang telah berkembang di negara ini. Berikut adalah beberapa jenama terkenal dan mapan di Malaysia.

Pencapaian, Anugerah & Pengiktirafan

Pada tahun 2012, the Malaysia Book of Records telah menganugerahkan Richworks dan Dr Azizan Osman sebagai Penganjur Acara dan Seminar Terbesar di Malaysia dalam pembangunan keusahawanan dan pemasaran. 

Pada tahun 2014, lebih daripada 140,000 ribu peserta telah hadir dan terlibat dalam program seminar Dr Azizan Osman dan hampir 8,000 ribu peserta menjadi antara rekod tertinggi bilangan peserta dalam satu acara seminar sehingga kini. 

Pada tahun 2017, Dr Azizan Osman mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai Credentialed Master Coach oleh International Coach Guild (ICG) Australia dengan pengalaman dan juga bimbingannya mengubah individu dan perniagaan melalui strategi yang berkesan dan kaedah bimbingan inovatif. 

Beliau juga menerima pengiktirafan berikut pada tahun 2017 sebagai perintis pendidikan Keusahawanan di Malaysia:

  • The 100 Most Influential Young Entrepreneurs Award
  • Master Entrepreneur Creators
  • Asia Halal Brand Awards – Best Business Mentorship Provider (Regional Brands)

Berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun dan kepakaran beliau dalam menguruskan kempen pemasaran untuk SME kepada jenama gergasi serta syarikat multinasional, Dr Azizan Osman sejak 10 tahun yang lalu telah menerajui pembangunan usahawan Malaysia terutamanya bagi kaum bumiputra. 

Beliau telah membimbing lebih 10,000 perniagaan dalam lebih 1,500 ceramah dan seminar di dalam dan di luar Malaysia. 

Lebih daripada 40 juta viewers telah mendapat manfaat menerusi sesi latihan dalam talian dan perkongsian video secara Percuma di laman Facebook beliau di Azizan Osman Official yang telah mencecah 1 juta Followers, menerusi Facebook Live Talk Show yang disiarkan secara mingguan dan juga di saluran YouTube dan Instagram Azizan Osman. 

Dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang insan, beliau turut menghulurkan derma kepada golongan yang memerlukan. Setiap bulan, beliau membantu ramai keluarga dan anak-anak menerusi Pertubuhan Kebajikan Richwell.