Jangan Selesa, Tambah Ilmu Keusahawanan

Jangan Selesa, Tambah Ilmu Keusahawanan
Jangan Selesa, Tambah Ilmu Keusahawanan

Tak sampai 2 minggu lagi, kita akan memasuki tahun baharu. Tahun 2020 yang mencabar ini membuatkan kesemua orang terkesan termasuk usahawan ekoran pandemik di negara ini.

Bagaimanapun, tidak semua terjejas berikutan ada bisnes yang menyaksikan keuntungan malah peningkatan luar biasa pada tahun ini.

Apakah yang membuatkan bisnes ini dapat mengharungi tempoh mencabar pada tahun ini? Adakah semua ini disebabkan ‘takdir’, maka bisnes itu boleh mendapatkan hasil sedemikian.

Tidak sebenarnya, semua ini berikutan tindakan yang diambil berdasarkan pengalaman dan ilmu-ilmu berkaitan serta bimbingan daripada MenThor.

Tambah Ilmu Keusahawanan

Susah untuk usahawan yang kurang berilmu dapat bertahan dan bangkit kembali dalam tempoh pandemik ini. Namun bagi mereka yang ada ilmu lagi-lagi mempunyai bimbingan MenThor, lebih mudah dan terbukti berjaya mendapatkan keputusan yang lebih baik berbanding orang lain.

Apatah lagi, dengan ilmu dipelajari secara berterusan membolehkan anda untuk menjimatkan masa yang sangat berharga.

Hal ini kerana keputusan yang salah dan merugikan menyebabkan anda akan kehilangan wang dan masa. Justeru itu, keputusan yang lebih baik akan menjimatkan masa anda.

Sebenarnya banyak cara untuk kita mendapatkan ilmu seperti mengikuti program dan seminar, membaca, belajar daripada orang lain yang sudah berjaya, kesilapan sendiri, mempunyai MenThor dan sebagainya.

“Ilmu yang berkualiti tinggi hasilnya, keputusannya pun berkualiti tinggi”

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Kajian Kes

Seorang usahawan wanita ini telah berpuluh tahun berniaga namun tiada satu pun yang berjaya. Beliau pernah buka restoran, butik kecantikan, jual produk orang dan bermacam lagi.

Sebelum ini, beliau tidak ada ilmu keusahawanan menyebabkan selalu stuck disebabkan pemikiran tak berkembang. Bisnes-bisnes dilakukan sebelum ini tak boleh pergi jauh sebab hanya tahu jual beli saja malah duit pun tak cukup.

Menurut Founder DKS – King Mee Kolok, Puan Siti Rahmah, perkara betul yang dilakukan ialah dengan menuntut ilmu, konsisten belajar dan ikut apa diajar MenThor.

“Sangat-sangat penting untuk kita terus berjaya dan menunjukkan result yang baik adalah dengan mengikut kata dan bimbingan MenThor.

“Seperti di RichWorks, semua sudah lengkap,” jelasnya.

Buat pengetahuan anda, bisnes beliau ini akhirnya sudah mencapai RM1 juta pertama pada Oktober 2020 selepas menyertainya circle Spire RichWorks pada Mac 2019.

Untuk anda ketahui lebih lanjut perkongsian Puan Siti Rahmah sendiri, tonton video temu bual bersama beliau di bawah ini.

Apakah yang anda boleh dapat dalam kisah Puan Siti Rahmah di atas ini? Ilmu keusahawanan ini sangat penting bagi seseorang usahawan untuk dapat berkembang dan pergi lebih jauh lagi. Seperti kata MenThor :

“Ilmu menentukan tahap pendapatan anda”

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Sehubungan itu, sebagai usahawan anda tak boleh cepat rasa selesa. Keluar daripada zon selesa anda jika mahu terus berkembang dan pergi ke peringkat seterusnya. Dapatkan ilmu keusahawanan untuk bisnes anda terus berkembang.

Anda juga boleh menjadi seperti beliau dan usahawan-usahawan jutawan bersama RichWorks.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply