5 Benda Untuk Lihat Bisnes Pergi Jauh

5 Benda Untuk Lihat Bisnes Pergi Jauh

Nak bisnes pergi jauh? Adat peniaga tegar, mereka tak mudah puas hati dengan apa yang mereka ada. Setiap tahun mereka akan mulakan awal tahun dengan impian baru. Mereka adalah orang yang sentiasa fokus kepada mencapai matlamat jangka panjang bisnes yang sangat jelas.

Tak mudah untuk sesebuah perniagaan untuk bertahan melepasi setahun yang pertama. Makin susah untuk kekalkannya untuk sampai ke tahun ketiga dan untuk capai ke tahun kesepuluh, berbagai cabaran yang besar, yang tak diduga terpaksa mereka tempuhi.

Dan untuk kekal relevan selepas mereka mencapai 10 tahun supaya terus wujud dalam pasaran lebih lama, usahawan perlu lihat kembali kepada asas bisnes masing-masing.

Seperti sebuah bangunan tinggi, untuk mula membinanya adalah sukar. Perlu ada asas yang betul, tapaknya mesti kukuh. Kemudian untuk membinanya akan ada banyak cabaran, makin tinggi makin besar cabarannya.

Bila ianya sudah siap, dan untuk pastikan ianya terus utuh banyak perkara perlu diperiksa semula seperti pendawaiannya, ‘leakage’, ‘sinking’, keretakan, hiasan dalaman, warna cat di bahagian luar dan banyak lagi.

Jika anda usahawan yang telah berniaga di antara 3 hingga 5 tahun, anda mungkin perlu pastikan bisnes anda ada 5 perkara utama ini supaya tidak statik atau stuck sebaliknya bisnes pergi jauh.

5 Benda Untuk Lihat Bisnes Pergi Jauh

5 Benda Utama Untuk Bisnes Pergi Jauh

  1. Siapa

Anda tak akan dapat berkembang lebih jauh jika anda tak ada ‘manusia’ yang membantu anda melakukan semuanya. Anda tak akan dapat buka banyak cawangan jika semuanya cawangan hanya akan diuruskan oleh anda sendiri.

Lihat kepada mereka yang ada bersama anda dari awal bisnes anda bermula sehingga sekarang, berapa orang yang masih kekal? Berapa orang yang dah agak lama dan berapa orang yang masih baru?

Cari cara untuk kekalkan mereka bersama anda.  Fikirkan, adakah itu lebih mudah atau cari yang baru yang lebih pandai itu lebih baik.

  1. Proses

Adakah proses dalam setiap operasi bisnes anda adalah yang terbaik? Pernahkah anda cabar proses anda sendiri dan pastikannya berlaku dalam keadaan terbaik? Pernahkah anda buat sedikit kajian dan lihat proses peniaga lain atau pesaing?

Proses adalah sesuatu yang perlu didokumenkan supaya ianya mudah diduplikasi oleh pasukan anda. Contoh, proses dalam anda mengeluarkan satu-satu produk perlu direkodkan supaya jadi panduan kepada cawangan lain atau team lain.

Bukan semuanya hanya ada dalam otak anda sendiri dan bila anda tak dapat hadir ke dalam bisnes anda, proses akan jadi huru hara kerana hanya anda seorang yang tahu caranya.

  1. Sistem/Teknologi dan Inovasi

Ramai usahawan terlepas pandang tentang ini. Sistem atau teknologi dan inovasi sentiasa berubah.  Perubahan memang tidak mudah tapi jika ianya boleh bantu anda berniaga dengan lebih baik dan membuahkan hasil yang lebih menguntungkan, kenapa tidak?

Untuk bisnes anda berkembang, anda perlu ada ‘check and balance’. Anda perlu tahu adakah sistem atau teknologi dan inovasi yang ada sekarang kekal relevan dan masih cara yang terbaik untuk digunakan bila perniagaan anda dah menjadi besar.

Contoh mudah, jika anda masih menggunakan cara manual untuk rekodkan stok anda, ketika anda ada 1 cawangan sahaja, adakah sistem itu masih boleh digunakan dan memberikan hasil lebih baik sekiranya anda ada 5 cawangan?

  1. Ukuran Keberkesanan

Anda perlu ukur dan nilaikan keberkesanan setiap aspek dalam bisnes anda dengan cara yang lebih baik. Jika dulu anda mengukur keberkesanan bisnes anda hanya berdasarkan kepuasan hati pelanggan, tetapi bila anda mahu menjadi lebih besar, anda perlu ukurnya dari proses yang lebih awal dan bukan sahaja di pihak pelanggan tapi juga melalui mereka yang bekerja untuk anda.

Anda perlu mula fikir tentang mekanisma ‘measurement’ yang lebih baik dan bukan setia menggunakan cara anda uji dan ukur yang sedia ada. Syarikat besar selalu memperbaiki cara mereka ‘test and measure’ apa saja tindakan mereka dalam bisnes supaya ianya selari dengan tindakan dan apa yang mereka nak capai.

Jika tindakan sudah besar, target pun dah tinggi tetapi masih menggunakan teknik ‘test and measure’ yang lama, ianya mungkin tak sesuai dan tak mencabar.

  1. Aliran Tunai Dan Keuntungan

Berniaga anda untuk buat duit dan untung. Tapi jangan tak tahu, ramai usahawan yang berbisnes sehingga lebih dari 3 tahun tapi tak buat untung. Kami pernah jumpa usahawan yang dah berniaga 20 tahun tapi hanya mampu urus satu cawangan dan jualannya statik. 

Kami juga pernah jumpa usahawan yang kononnya ada 7 cawangan tapi setiap satu cawangan tidak menghasilkan untung, ada banyak masalah sistem dan pengurusan serta sangat membebankan.

Bila anda mahu membesarkan perniagaan, anda perlu pastikan perkara ini sangat kuat dan ada sistem pengurusannya yang kukuh supaya ianya mencapai sasaran jualan dan keuntungan tahunan.

Membuka sesebuah perniagaan memang mudah, menguruskan dan mengembangkannya adalah satu cabaran, untuk bertahan bertahun-tahun juga akan ada cabarannya sendiri bila anda tak bersedia dan tak ada ilmu untuk menghadapinya.

Jangan mudah selesa, usahawan perlu sentiasa tingkatkan ilmu yang ada untuk terus berkembang dan pergi ke tahap seterusnya.

Artikel terbaru

Leave a Reply