Salam Kemenangan Buat

Alumni Mentoring RichWorks

Raikan Dengan Kesyukuran & 

Terus Fokus Ke Hadapan

Salam Kemenangan Buat Alumni Mentoring RichWorks Raikan Dengan Kesyukuran & Terus Fokus Ke Hadapan

Assalamualaikum wbt,

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ.

Maaf jika coretan ringkas ini sedikit mengganggu anda!

Pertama, saya doakan semoga amalan yang kita lakukan sepanjang ramadan ini diterima Allah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, kita diberi kesempatan sekali lagi untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Saya, bersama seluruh pasukan RichWorks, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh umat Islam, khususnya bangsa usahawan dan anda semua yang sentiasa menyokong serta mengikuti perjalanan kami hingga ke hari ini.

Hari Raya adalah hari kemenangan – bukan hanya kerana kita berjaya menahan lapar dan dahaga, tetapi kerana kita berjaya mendidik jiwa menjadi lebih sabar, bersyukur dan memperbaiki diri.

Dalam kegembiraan menyambut Syawal, marilah kita meraikan dengan penuh kesederhanaan, mengutamakan silaturrahim, serta berkongsi kegembiraan dengan mereka yang kurang bernasib baik.

Bagi anda, bangsa usahawan dan individu yang ada impian besar, saya ingin berpesan – nikmati cuti dan masa berkualiti bersama keluarga, tetapi jangan terlalu leka hingga melupakan matlamat besar yang ingin dicapai dalam hidup dan bisnes anda.

Raya tetap raya, tetapi jangan lupa untuk kembali fokus, susun strategi dan terus bertindak selepas cuti ini.

Kami RCG (RichWorks Consulting Group) dan RichWorks Academy sentiasa komited untuk membantu anda bangkit lebih kuat dan mencapai kejayaan yang lebih besar. InsyaAllah, perjalanan anda masih panjang dan dengan usaha serta izin Allah, kita akan terus maju ke hadapan.

Sekali lagi, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, semoga Allah memberkati kehidupan, rezeki dan perjuangan kita semua.

Salam kemenangan!

Yang Berkhidmat,

Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Presiden & Pengasas RichWorks Group of Companies