Allah Tak Akan Uji Hambanya Melebihi Kemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Allah Tak Akan Uji Hambanya Melebihi Kemampuan

Ingatlah bahawa Allah tak akan uji hambanya melebihi kemampuan kita sendiri. Dalam kehidupan ini, tidak selalunya indah adakala kita akan berdepan ujian-ujian, cabaran dan dugaan di luar jangkaan yang akan menguji diri anda.

Tidak kira siapa pun kita, pekerja, majikan, usahawan baru, lama, jutawan, ahli politik dan lain-lain pasti akan berdepan ujian-ujian tertentu.

Hal inilah ada masanya buatkan kita lemah dan tersungkur namun bila mempunyai kepercayaan yang kukuh bahawa setiap kejadian dan perkara itu ditentukan Allah SWT kita akan mampu bangkit untuk menanganinya.

Seperti dalam rukun iman, salah satunya yang perlu diyakini malah kewajipan setiap umat Islam adalah beriman kepada qada dan qadar. Bagi kita di Malaysia yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah sudah menetapkan pendirian bahawa manusia mempunyai ikhtiar dan ikhtiar hanya akan terhasil jika selari dengan qadar Allah.

Bukannya bermakna jika kita menerima sesuatu kesusahan atau ujian, maka hanya berserahkan kepada ‘takdir’ bahawa ini sudah ditentukan-Nya.

Sedangkan ia hanya satu bentuk alasan yang diberikan kita sendiri. Jika terasa sangat berat, ingatlah bahawa Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan orang itu.

Allah tak akan uji hambanya melebihi kemampuan kita.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Surah Al Baqarah , ayat 286).

Ayat tersebut bertujuan mengingatkan kita bahawa Allah tahu kita ada kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Kekuatan yang mungkin kita tak perasan ada dalam diri ini, menunggu sahaja untuk untuk keluarkan kekuatan itu.

Jelas bahawa Allah tidak akan membebankan, menguji, atau memberati seseorang itu apa yang orang itu terdaya dan termampu.

Maknanya bahawa segala masalah, ujian, bencana, kesakitan, kesedihan dan semua yang kita rasakan negatif menimpa diri sendiri, sebenarnya kita mampu dan boleh menghadapinya. Bangkit kembali.

Cuma bezanya lambat atau cepat saja, jangan cepat berputus asa dan percayalah setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Banyakkan bersabar dalam berdepan ujian atau musibah, dengan sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmah di sebalik musibah itu.

Tiada sesiapa yang mahu diri ditimpa musibah, kesusahan dan lain-lain. Kita juga sedaya upaya berusaha mengelakkan diri daripada rasa sedih dan berdukacita.

Salah satu doa ma’thur diriwayatkan Abu Daud dan diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada kita agar dijauhkan daripada perasaan keluh kesah dan dukacita seperti di bawah ini. Selamat beramal.

“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Join the Conversation

2 Comments

  1. terimakasih pada Dr Azizan dan team Richworks..banyak memberi inspirasi buat saya..

    1. sama sama semoga dipermudahkan semua urusn Cik Puan Maimun. Kami Team Richworks sentiasa ada untuk anda semua

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Karakter Usahawan Produktif

Karakter Usahawan Produktif

Setiap orang boleh menjadi usahawan namun jenis yang macam mana anda ingin jadi? Mahu jadi usahawan yang berjaya ataupun sebaliknya berbalik kepada keputusan dan tindakan

Anda Cipta Luck Sendiri!

Anda Cipta Luck Sendiri!

“Mereka berjaya kerana ada LUCK…,” antara ayat yang biasa anda dengar atau anda sendiri pernah menyebutnya! Luck bermaksud tuah atau nasib. Kereta lumba F1 merupakan

Tips Mula Bisnes Guna Facebook

Tips Mula Bisnes Guna Facebook

Anda mahir menggunakan Facebook untuk tujuan peribadi anda? Mengapa tidak buat duit dengan bisnes melalui Facebook? Anda boleh menggunakan Facebook sebagai alat pemasaran sepenuh masa