Islam menganjurkan umatnya berusaha dan memperoleh harta secara halal bagi mencapai kesenangan di dunia dan akhirat.
Orang beriman dan bersyukur di atas segala nikmat yang diperolehnya akan membelanjakan hartanya pada jalan Allah.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Muzzammil, ayat 20 yang bermaksud: “Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”
Orang yang sentiasa bersedekah akan mendapat naungan pada hari akhirat kelak.
Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa ada tujuh golongan manusia yang mendapat naungan Arasy Allah di akhirat kelak.
Itu termasuk mereka yang bersedekah dengan tangan kanannya dan menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.
Malah, ‘buah tangan’ yang tidak seberapa itu mampu menerbitkan senyuman walaupun cuma untuk seketika.
Islam sangat menggalakkan umatnya membantu mereka yang berada dalam kesempitan.
Sebab itu, Islam sangat memuliakan orang yang sentiasa bersedekah atau menginfakkan hartanya.
Sehinggakan Rasulullah SAW mengangkat kedudukan orang yang bersedekah lebih mulia daripada orang yang menerima.
Perkara itu dijelaskan dalam satu hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya tangan di atas (yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima).” (Riwayat al-Bukhari)
Ada yang takut jadi kaya. Jangan begitu, jika anda dikurniakan kekayaan, jadilah insan yang dermawan.
Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima.
Dengan kekayaan itu, banyak manfaat yang anda boleh lakukan untuk insan tersayang, keluarga, agama, bangsa dan negara.
Jangan jadi kufur nikmat, jadilah individu yang banyak memberi manfaat.