Adakah orang tahu bisnes anda? Kalau jiran sebelah rumah atau keluarga sendiri tidak tahu bisnes anda? Adakah semua orang tahu kewujudan bisnes anda?
Jangan cakap tak ada orang nak beli sebab anda sendiri malas nak letak banner, malas nak buat signboard malas nak buat posting atau live di Facebook. Kalau orang masuk di media sosial anda seperti Instagram dan Facebook ada orang akan tertanya-tanya apa yang anda lakukan sebab mereka tak perasan kewujudan bisnes anda.
Dalam sosial media adakah anda boleh buat orang nampak?
Ramai yang masih tidak tahu cara menggunakan media sosial dengan betul khusunya jika anda seorang usahawan. Banyak manfaat dan kegunaan di media sosial untuk mengembangkan lagi bisnes anda antaranya untuk tarik pelanggan.
Adakah anda tahu apakah kaedah yang tepat untuk menarik pelanggan di media sosial? Engagement juga perlu dilakukan bagi dapat mewujudkan interaksi dan perkongsian daripada pelanggan anda.
Kesilapan ramai usahawan apabila mereka cuba untuk membuat marketing di media sosial tanpa memikirkan kesan positif mahupun negatif kepada bisnes mereka.
Terdapat empat perkara yang menyebabkan susah untuk individu yang bernama usahawan untuk menarik pelanggan di media sosial.
4 perkara sebabkan usahawan susah tarik pelanggan :
1. Tidak menjual nilai produk
Kesalahan yang jelas kita dapat lihat apabila menjual produk adalah dengan menyatakan bahan-bahan utama dan keberkesanan produk. Anda terlalu fokus untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh sasaran dan anda juga yang menggunakan ”personal attact” sebagai bahan yang boleh menarik pelanggan.
Namun begitu ia akan menjadi lebih serius jika anda berterusan menggunakan teknik ini kerana isu yang terlalu sensitif. Jika anda menggunakan ”Personal attact” orang kan jauhkan diri daripada kita, bagi tahu value dan apa yang anda selesaikan.
Kalau anda nak beritahu fakta kena bagi tahu selepas value. Perasan tak apa yang akan anda lakukan sekiranya anda membeli barang atau produk? Ada orang dia rasa nak buka kotak itu dahulu. Ada orang yang nak tahu apa yang ada dalam kotak tersebut. Biasanya kita akan gunakan tester. Betul betul?
Kesilapan ramai orang adalah kalau dalam sosial media biasa orang akan tunjuk gambar sahaja dan tak nak tunjuk apa yang ada dalam kotak tersebut dan menyebabkan orang tak cukup yakin untuk membeli produk anda.
Contoh jual baju, kasut, foundation dan lain lain, anda perlu tunjuk rasa, review supaya orang tahu apa yang ada dalam produk anda dan value yang anda nak fokuskan.
2. Beri Jalan Penyelesaian Tanpa Menyatakan Masalah Yang Mereka Hadapi
Anda ada produk, tapi anda tidak menyatakan produk ini untuk siapa. Nampaknya sasaran anda adalah tidak jelas. Sebagai contoh, ”vitamin ini boleh meningkatkan tahap energy.”
Seakan-akan anda nak bagi tahu dia adalah masalah, kita tahu dia ada masalah. Bagaimana reaksi anda apabila ada orang ingin menjual produk kepada anda secara tiba-tiba tanpa mengetahui apa masalah yang anda hadapi.
3. Dalam Penulisan Poster dan Video Perlu Nyatakan Value
Tidak kira sama ada penulisan poster atau video anda wajib nyatakan nilai atau value produk anda. Sebagai contoh, anda menjual produk untuk kurus dan anda boleh menyatakan nilai produk anda seperti apabila anda kurus anda akan nampak lebih berkeyakinan, cantik menawan, dan sentiasa dalam keadaan yang selesa.
Berbanding dengan jika anda terus memberi penulisan atau video yang terus menjual. Orang kata tak ada hujan tak ada ribut, tiba-tiba muncul. mana yang anda akan pilih?
4. Dalam Sosial Media Tiada Call To Action
Ibaratnya anda cuba untuk memberi tahu ada sesuatu yang istimewa tetapi anda tidak memberitahu bagaimana untuk dapatkannya. Anda berjaya berikan nilai atau value kepada ramai orang tetapi ianya terhenti setakat itu.
Anda rasa apa yang potensi pelanggan anda akan lakukan? Ramai usahawan buka kedai online hanya sekadar wujud tetapi tidak menguruskan dengan betul. Sayangnya, jika anda tahu cara yang betul , kaedah yang betul anda tidak akan rugi masa dan rugi kewangan .