Case Study Site Visit
Salam & Hi Titan,
Terima kasih kerana mengesahkan penyertaan anda dalam sesi temu duga kajian kes perniagaan [Case Study Site Visit]. Kami amat gembira anda dapat menyertai peluang berharga ini.
Klik butang di bawah untuk pengesahan penyertaan serta panduan ringkas untuk bantu anda menyediakan diri untuk sesi temu duga nanti:
Sila berikan pengesahan anda 5 hari sebelum tarikh kejadian bagi memastikan perancangan dan penyediaan yang sewajarnya.
Panduan Asas untuk Temu Duga Kajian Kes Perniagaan:
1. Tarikh dan Masa: Temu duga akan diadakan pada tarikh dan masa yang telah diaturkan bersama CAM anda.
2. Format Temu Duga: Temu duga akan dijalankan dalam format 1-on-1 secara santai, relaks dan semi-formal.
3. Persediaan: Sediakan diri anda dengan maklumat latar belakang, penyataan masalah, dan sebarang sumber tambahan untuk dikongsi.
4. Penyelidikan: Lakukan penyelidikan tentang industri, syarikat, atau pasaran yang berkaitan dengan bisnes anda untuk memperoleh pemahaman yang lebih luas tentang konteks. Kenal pasti trend industri, analisis pesaing, dan strategi yang berpotensi boleh digunakan dalam temu duga.
5. Komunikasi: Sampaikan pemikiran anda dengan jelas dan ringkas. Komunikasi yang efektif adalah penting dalam menyampaikan perkongsian anda. Strukturkan jawapan anda secara logik dan sokong dengan bukti dan contoh yang relevan.
6. Kemahiran Berkolaborasi: Tunjukkan keupayaan anda untuk dengar secara aktif dan sumbang secara konstruktif dalam perbincangan.
7. Enjoy & Have Fun! Sentiasa high-energy dan berkongsi dengan gembira untuk beri inspirasi dan value.
Terima Kasih & All the best
[19:35, 03/07/2023] +60 18-396 4788: 8. Persiapan Office untuk Penggambaran Video dan Pengambilan Gambar: Sediakan office untuk penggambaran video dan pengambilan gambar. Pastikan anda telah menyediakan ruang yang sesuai dengan keperluan teknikal, seperti pencahayaan yang baik, latar belakang yang sesuai, Internet dan kelengkapan teknikal yang diperlukan.
9. Pakaian Terbaik: Sila kenakan pakaian yang terbaik untuk temu duga. Pemilihan pakaian yang sesuai dan profesional akan memberikan kesan positif. Pastikan pakaian anda kemas, sesuai dengan suasana temu duga, dan menunjukkan tahap profesionalisme anda yang tinggi.
Sila beritahu kami jika anda mempunyai sebarang soalan atau memerlukan maklumat tambahan sebelum temu duga. Kami menghargai penyertaan anda dan berharap dapat menerima pandangan dan sumbangan berharga dari anda semasa temu duga kajian kes.
Terima Kasih & Salam Hormat