
Usahawan atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai “entrepreneur” merupakan satu istilah yang digelarkan kepada mereka yang memikul satu tugas besar. Contohnya, mereka mengusahakan sebuah perusahaan membangun dengan kapasiti yang besar. Itu yang membezakan antara usahawan dan peniaga.
Oleh itu, sering kita lihat di luar sana bagaimana usahawan sentiasa tampil dengan produk dan idea baru secara berterusan. Itu adalah salah satu perkara luar biasa yang sering dilakukan oleh mereka untuk memastikan perusahaan yang dijalankan kekal relevan dan membawa keuntungan secara berpanjangan.
Ini antara perkongsian kami berkenaan “Usahawan”:
Kandungan Artikel
Ramai orang keliru dengan penggunaan istilah usahawan dan peniaga. Antara usahawan dan peniaga, ada perbezaannya yang anda perlu tahu. Jadi, jangan salah faham dan perlu berhati-hati dalam menggunakan istilahnya.
1. Perbezaan Antara Usahawan & Peniaga
Siapakah usahawan yang anda kagumi? Tidak kira usahawan tanah air atau usahawan luar negara. Jika mereka dapat memberikan gambaran yang baik untuk diikuti, mereka wajar dijadikan contoh. Antara usahawan luar negara yang popular sehingga sekarang adalah Oprah Winfrey, Walt Disney, Steve Jobs, Bill Gates dan ramai lagi. Banyak nilai dan pengajaran yang anda boleh belajar dari setiap individu tersebut.
Perbezaan antara usahawan dan peniaga dapat dilihat dalam pelbagai dimensi. Antaranya adalah dari segi peranan, perkembangan perniagaan serta sumbangan. Ketiga-tiga dimensi inilah yang digunakan untuk membezakan mereka.
Peranan
Usahawan amnya terlibat dengan lebih terperinci dalam proses jual beli barang, pemprosesan dan juga perkhidmatan. Usahawan juga sentiasa mengenalpasti peluang dan berinovasi bagi sentiasa menghasilkan idea baru dalam penciptaan produk.
Manakala peniaga hanya fokus kepada perniagaan dari segi promosi serta kualiti. Kebanyakan peniaga mendapatkan produk yang sedia ada di pasaran untuk dipasarkan.
Pengembangan Perniagaan
Usahawan sudah semestinya perlu ada cita-cita serta kemahuan yang tinggi kerana mereka yang bertanggungjawab memikul harapan pekerja dan pembeli di luar sana. Tengok saja berapa bilangan pekerja dan agent yang berdaftar, sudah tentu mereka perlu lebih maju kehadapan!
Sumbangan
Apabila sudah bergelar usahawan, sudah pastinya banyak sumbangan yang boleh diberikan hasil daripada keuntungan yang diperolehi. Oleh sebab itu anda dapat lihat ramai usahawan di luar sana menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Sekaligus ekonomi negara juga semakin baik dengan wujudnya ramai usahawan berjaya yang menjalankan tanggungjawab.
Peniaga juga ada tidak kurang hebatnya. Akan tetapi, peniaga lebih fokus terhadap tanggungjawab sosial dan bukan orientasi.
2. Peranan Usahawan

Mereka yang telah bergelar usahawan sudah semestinya mempunyai peranan yang tertentu bagi memberikan impak kepada pertumbuhan ekonomi. Mereka ini sudah tentunya menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana. Termasuk juga anda. Siapakah usahawan yang anda kagumi?
Menjadi seorang usahawan juga ada peranannya yang tersendiri, contohnya dalam sesebuah organisasi mikro. Antara peranan utama usahawan adalah mereka perlu sentiasa menyumbang idea dan melakukan pembaharuan dari masa ke semasa.
Mereka juga merupakan orang penting yang perlu merancang kejayaan sesuatu produk. Proses pengurusan, pemprosesan, pengeluaran dan pengedaran antara yang perlu diberikan perhatian.
Di samping itu, usahawan juga perlu cepat bertindak bagi menangani sesuatu masalah serta ketidakpastian yang timbul. Justeru itu, tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang usahawan perlu dibuat sehabis baik.
3. Sumbangan Usahawan
Jika seseorang usahawan itu mampu menjalankan peranannya dengan cekap dan teratur, sudah tentu hasilnya akan berganda-ganda. Oleh sebab itu, seperti yang anda dapat lihat di luar sana begitu ramai usahawan menjadi tonggak utama kepada ekonomi.
Masyarakat
Contoh yang sudah ada di depan mata, banyak sumbangan usahawan kepada masyarakat khususnya di negara kita. Antaranya adalah mereka banyak menawarkan peluang pekerjaan sekaligus mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.
Jika tidak bekerja bersama organisasi syarikat, masyarakat berpeluang mencari rezeki dengan menjalan bisnes melalui peluang yang diberikan contohnya menjadi agent dan stokist produk-produk tertentu. Dengan peluang yang diterima, ia dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Selain itu, usahawan mempunyai kelebihan untuk menggunakan harta dan keuntungan ke arah kebaikan dengan melakukan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Usaha murni seperti ini menjadikan usahawan sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat.
Negara
Tidak terkecuali, usahawan antara faktor terbesar yang menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Sumbangan usahawan antaranya mempelbagaikan ekonomi negara dengan kepelbagaian sektor yang diceburi.
Justeru itu banyak peningkatan yang berlaku antaranya dari segi pendapatan perkapita negara, produktiviti, cukai dan zakat. Lagi banyak keuntungan, lagi banyak sumbangan dapat disumbangkan. Ini sama sekali tidak akan membawa kerugian kepada mereka, malahan ianya merupakan satu bentuk keberkatan.
Sudah terang lagi bersuluh, usahawan antara individu yang banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.
4. Cabaran Sebagai Seorang Usahawan
Menjadi seorang usahawan bukanlah satu pencapaian yang mudah, sudah tentu ada cabaran tersendiri yang perlu dihadapi. Kalau tidak berani untuk berhadapan dengan cabaran, karier “usahawan” mungkin tidak sesuai untuk anda.
Berikut antara cabaran yang sering dihadapi oleh para usahawan di luar sana:
Persaingan
Dalam melakukan apa sahaja di dunia ini, ada saingannya. Sama juga seperti usahawan. Amat mencabar lagi jika pesaingnya begitu ramai. Namun, tidak semua pesaing memilih untuk bersaing secara sihat. Oleh sebab itulah usahawan perlu memainkan peranan dengan bijak.
Ilmu yang ada di dalam diri mereka untuk bersaing yang akan menentukan tahap prestasi syarikat. Oleh sebab itu lah jika mahu lebih berjaya dan berstrategi, mereka tidak boleh malu untuk sentiasa mencari ilmu dan dibimbing.
Kewangan
Ini juga antara masalah yang sering menimpa para usahawan di luar sana. Ada di antara mereka yang menghadapi cabaran kos yang tinggi, masalah ini selalunya datang tanpa diduga. Selalunya disebabkan oleh kerosakan peralatan, bayaran cukai, kos bahan serta kemungkinan-kemungkinan yang lain.
Justeru itu, sediakan payung sebelum hujan. Pastikan pengurusan kewangan anda sentiasa berada di tahap terbaik. Lagi bagus kalau ada tabung kecemasan. Baru lah tak terkejut bila masalah melanda.
Pembekal
Masalah pembekal merupakan satu cabaran yang perlu dielakkan oleh usahawan. Ia mampu menggugat prestasi serta kepercayaan pengguna dan pekerja yang bergantung rezeki bersama syarikat. Masalah ini tidak seharusnya timbul jika anda sudah bergelar usahawan.
Antara masalah yang sering dialami berkaitan pembekal adalah gagal mendapatkan bekalan bahan mentah, kualiti bahan yang tidak konsisten serta kesukaran mendapatkan tenaga kerja yang mahir. Ekoran itu, kos latihan yang tinggi perlu dikeluarkan untuk menghasilkan tenaga kerja yang mahir ekoran masalah bekalan pekerja.
Sememangnya tidak mudah untuk kekalkan momentum jika syarikat sudah semakin besar. Oleh itu, usahawan perlu tahu cara untuk mengatasi cabaran tersebut agar prestasi syarikat sentiasa berada di tahap terbaik.
5. Contoh Usahawan
Antara usahawan-usahawan yang sudah berjaya di Malaysia adalah MamaSab, Hasnuri dan Das Abdul Global. Sebut sahaja brand mereka, anda semua pasti kenal dan tahu apa yang mereka jual. Itulah yang menentukan tahap kejayaan sesebuah syarikat. Orang kenal hanya melalui brand.
Mereka juga sama seperti anda yang bermula dari bawah, dengan tindakan dan azam yang tinggi mereka sudah menjadi usahawan berjaya. Contohnya, MamaSab.
Lihat saja pencapaian jualannya pada tahun 2020, RM102.6 juta. Ini adalah hasil usaha dari kepelbagaian idea dan strategi dalam memastikan produk syarikat kekal menjadi pilihan di mata pengguna.
Usahawan juga tidak akan tergugat jika mereka bijak menghasilkan sesuatu dengan perancangan teliti. Erti kata lain, jika fikir pasal kek orang di luar sana hanya kenal brand dan produk mereka sahaja. Selain itu, perkembangan perniagan secara mendadak dan konsisten menjadi kunci kepada kejayaan mereka.
Perjalanan membina empayar MamaSab, Sabella, Das Abdul Global serta usahawan-usahawan lain wajar dicontohi. Siapa sangka dahulunya mula secara kecil-kecilan kini sudah mampu bergelar jutawan.
Antara usahawan lain yang ingin kami tonjolkan adalah Sabella dan Hasnuri. Mereka antara unsung hero usahawan baju kurung yang sangat menonjol melalui perjalanan bisnes mereka. Semangat waja dan sikap tidak mudah putus asa yang meletakkan mereka di tahap ini.
6. Bantuan Untuk Para Usahawan
Keringat sebagai seorang usahawan pasti tidak akan terhasil dengan adanya bantuan yang tersedia daripada pihak kerajaan dan institusi kewangan.
Mereka yang mahu mengembangkan perniagaan mereka secara meluas sering menggunakan manfaat ini. Idea yang inovatif dan kreatif memudahkan lagi peluang usahawan untuk menerima dana. Berikut kami kongsikan antara beberapa jenis bantuan perniagaan dan dana yang terdapat di Malaysia:
TERAJU
TERAJU merupakan sebuah perbadanan yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ia berperanan membantu dan memberi galakan kepada usahawan bumiputera di Malaysia untuk bersaing di dalam perniagaan.
Pada Jun 2018 sahaja TERAJU telah memberikan dana sebanyak RM14.8 bilion kepada para usahawan. Bantuan daripada Teraju masih berterusan sehingga kini.
TEKUN
Terdapat sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang dikenali sebagai TEKUN. Agensi ini telah banyak memberikan bantuan pembiayaan kepada syarikat dan perniagaan.
Antara skim yang TEKUN tawarkan adalah Skim Pembiayaan Tekun Niaga, Skim Pembiayaan Teman Tekun, Skim Pembiayaan Program Temannita dan Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (Spumi).
MARA
Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) juga tidak terkecuali dalam usaha membangunkan usahawan di dalam negara. Mara lebih mengutamakan pembangunan ekonomi bagi golongan bumiputera di kawasan luar bandar.
Antara skim yang ditawarkan oleh pihak MARA adalah Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM), Skim Jaminan Usahawan Mara (SJUM) dan Mara Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS). Skim-skim tersebut bernilai lebih RM250,000 hingga RM2,000,000.
Selain daripada tiga agensi di atas, banyak lagi pihak lain yang menyediakan pembiayaan serta dana buat usahawan membangunkan dan mengembangkan perniagaan. Bantuan usahawan yang diberikan perlulah digunakan dengan sebaiknya agar dapat memberi manfaat buat masyarakat dan negara.
Oleh sebab itu, untuk menjadi seorang usahawan banyak liku yang perlu dilalui. Tanggungjawab sebagai seorang usahawan amat berat untuk dipikul. Usahawan berjaya sering menjadi role model dan contoh buat mereka di luar sana.
Hanya mereka yang cekal, berpengalaman dan berilmu sahaja boleh bertahan lama.
Anda pun mahu jadi seperti mereka? Mulakan dahulu dengan bina bisnes berjaya. Tidak mustahil giliran anda pula untuk jadi usahawan berjaya pada suatu hari nanti.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Usahawan” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.
Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah.
2 Comments
Leave a Reply Cancel reply
Artikel Berkaitan Usahawan

Kenapa Perlu Dropship? 4 Tips Dropshipping Untuk Usahawan Baru
Dropshipping membolehkan usahawan menjual barangan tanpa perlu membawa inventori. Pengilang produk mencipta, membungkus dan menghantar produk kepada pelanggan anda untuk anda menjadikannya model perniagaan penyelenggaraan

Kejayaan Bukan Datang Tak Sengaja!
YA, kejayaan datang dengan design yang kita sendiri boleh ‘lukis dan lakarkan’. Tanpa design, umpama kita melakukan sesuatu tanpa ada hala tuju yang jelas. Seperti

Empat Langkah Untuk Anda Ubah Hidup
Sejak 14 tahun lalu, saya bersama RichWorks bekerja dengan ramai orang bagi bantu mencapai impian mereka melalui bisnes yang dijalankan. Bukan seorang dua, ribuan sudah

4 Anak Muda Bangunkan Kedai Kopi Bernilai 1 Billion Di Australia
Apabila Jack Zhang dan Max Li mencari pekerjaan sampingan bagi menambah pendapatan mereka, terlintaslah idea di fikiran bagi membuka sebuah kedai kopi. Bunyinya kedengaran mudah

Rasulullah, Ikon Terbaik Usahawan Berjaya
Rasulullah SAW adalah seorang usahawan yang berjaya dalam banyak aspek kehidupannya. Baginda bukan hanya seorang pemimpin agama, tetapi juga seorang usahawan yang bijak dan berjaya.

Faham Perlu Ada Dalam Diri Usahawan
Berniaga bukan sekadar ikut-ikutan. Anda kena betul-betul faham dalam sesebuah perniagaan itu. “Eh! Dia berniaga tudung, nak jual tudung jugak lah..” “E…e…! Dia buat cup
Bajet 2024: Apa Ada Buat Usahawan?
Pada Jumaat lalu (13 Oktober 2023), Bajet 2024 yang bertemakan Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat dengan tiga tumpuan utama iaitu tatakelola terbaik demi ketangkasan perkhidmatan, penstrukturan

Pemenang Olimpik, Lindsey Vonn Guna Strategi Sukan Bagi Capai Kejayaan Bisnes
“Untuk berjaya, saya perlu menjadi lebih daripada pelumba ski,” kata Lindsey Vonn, pemenang empat kejuaraan keseluruhan Piala Dunia dan pingat emas menuruni bukit pada Sukan

Sukan Olimpik – Apa Usahawan Boleh Belajar?
Demam Sukan Olimpik sudah bermula, dalam masa beberapa minggu ini ribuan mata akan di kaca mata televisyen bagi melihat persaingan antara atlet dunia. Dalam temasya

Realiti Dihadapi Seorang Usahawan
Kerjaya sebagai seorang usahawan boleh dilihat sebagai sangat glamor daripada pandangan orang luar. Mereka melihat seseorang usahawan itu terutamanya founder melakukan perkara yang disukai hingga

Wanita Bangkit Berniaga Buat Anda. Apa Peserta Akan Dapat?
‘Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia’ Lebih 30 usahawan jutawan bakal bergabung tenaga dan berkongsi resepi kejayaan masing-masing dalam program Wanita Bangkit Berniaga (WBB)

Dalam Krisis Pasti Akan Ada Peluang
ALHAMDULILLAH, saya nak kongsikan kesyukuran dan rasa teruja bila dapat bersama kumpulan kecil sekitar 200 usahawan di Jakarta pada akhir Julai lalu. Program sehari dari

3 Peranan Usahawan Dalam Kemajuan Ekonomi Negara
Buat mereka yang bergelar usahawan di Malaysia, peranan yang dipikul sangat besar untuk perkembangan dan kemajuan ekonomi negara. Ciri-ciri seorang usahawan adalah seorang yang sanggup

5 Selebriti Indonesia Yang Bergelar Usahawan Berjaya di Usia Muda
Berjaya membina perniagaan pada usia muda sememangnya menjadi idaman ramai individu yang bergelar usahawan. Kata orang, muda-muda lagi dah berjaya! Ramai juga artis muda Indonesia

Perniagaan Jenama Mewah
Selama berabad-abad, jenama mewah menjadi simbol status, kuasa, kelas dan gaya. Jenama seperti Armani, Gucci, Rolls Royce, Mercedes dan Ferrari telah digunakan oleh maharaja, taikun

4 Mindset Yang Perlu Ada Pada Usahawan Baru
Sebagai usahawan, anda pastinya ada matlamat yang ingin dicapai dalam dunia perniagaan. Semestinya anda mahu berjaya namun kadangkala matlamat yang anda impikan itu melangkaui dunia

7 Idea Jana Pendapatan Sampingan Di Majlis Perkahwinan
Kompang dipalu, pengantin baru. Duduk bersanding, tersimpul malu. Begitulah senikata lagu Kompang Dipalu, yang sering dimainkan di majlis-majlis persandingan orang Melayu. Namun jauh lebih awal

Walau Buta, Puan Mashy Tetap Bertenaga Kongsi Pengalaman & Nasihat Buat Bangsa Usahawan di Johor
Alhamdulillah, 10X Bina Bisnes Berjaya di Johor Bahru telah melabuhkan tirainya pada Sabtu dan Ahad lalu (25 & 26 November 2023). Terima kasih atas diri
Unsung Hero, Usahawan Baju Kurung Berjaya Ubah Hidup
Sungguh menakjubkan. Itu antara kata yang boleh diungkapkan untuk menggambarkan betapa kagumnya kami terhadap para peniaga bergelar usahawan. Mereka mampu untuk mengejar impian yang tidak

5 Pengorbanan Yang Selalu Dilakukan Usahawan Untuk Berjaya
Sememangnya dunia keusahawanan bukanlah semudah yang disangkakan. Adakalanya terasa manis, namun ada kalanya terasa pahit. Bagaimanapun, setiap yang berlaku itu menjadi pengajaran bermakna dalam mengejar
saya dapat belajar dari artikel usahawan ..namun saya masih banyak kelemahan sebab saya sendiri menguruskan perniagaan..dan perniagan saya 3 kali dah tutup buka ..namun masih lagi bisnes sama…seorang tukang gunting rambut…
Terima kasih atas perkongsian. Semoga bermanfaat. Jika ada pertanyaan tentang bisnes, boleh hubungi pegawai kami di talian 0192442244.
Anda Kaya dan Berjaya!