3 Masalah, 3 Penyelesaian Berkaitan Inovasi

3 Masalah, 3 Penyelesaian Berkaitan Inovasi

Perniagaan yang besar dan kukuh cenderung untuk mengaut keuntungan yang tinggi, mereka kelihat stabil namun mereka juga bergelut dengan elemen pembangunan perniagaan yang asas, iaitu INOVASI.

Mengapa perniagaan cenderung tidak berubah dari segi inovasi dan apakah yang boleh dipelajari oleh pemilik perniagaan kecil daripada kesilapan perniagaan yang lebih besar?

Apakah Inovasi?

Sebelum kita menerangkan secara terperinci tentang batasan inovasi, kita perlu memahami apa itu inovasi. Dalam istilah yang paling mudah, inovasi adalah penjanaan dan pelaksanaan idea baharu.

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai jenis inovasi dan bidang di mana ia boleh berlaku.

Sebagai contoh, inovasi sistem berlaku apabila syarikat merombak sepenuhnya sistem dan proses yang mereka gunakan untuk beroperasi.

Manakala, inovasi produk berlaku apabila syarikat mencipta produk baharu atau secara asasnya mengubah kualiti atau fungsi produk sedia ada.

Syarikat juga boleh melakukan inovasi pemasaran dan pengiklanan, melancarkan strategi baharu yang membolehkan mereka memenangi lebih banyak perhatian dan jualan.

Inovasi adalah penggerak dalam pasaran bebas. Syarikat yang melakukan inovasi cenderung lebih cekap, produktif dan menarik.

Inovasi juga memberi manfaat kepada pengguna dengan mendapat produk yang lebih baik pada harga lebih murah.

Punca perniagaan sukar berinovasi

Mengapa perniagaan besar tidak melabur lebih banyak dalam inovasi? Mengapakah inovasi kelihatan semakin perlahan apabila syarikat semakin besar?

1. Tradisi

Syarikat besar biasanya syarikat yang telah lama bertapak. Syarikat besar dan berpengaruh pada era kita adalah syarikat yang telah wujud selama beberapa dekad, atau lebih lama lagi. Kecenderungan syarikat ini, masih melakukan kerja-kerja tradisi adalah tinggi. Lebih-lebih lagi, kaedah itu yang telah membuatkan syarikat tersebut berjaya sebelum ini.

2. Tenaga Kerja

Syarikat besar juga cenderung mempunyai tenaga kerja yang berasingan. Pasukan yang bekerja di California Selatan mungkin mempunyai mentaliti yang sangat berbeza daripada pasukan yang menghasilkan idea baharu di ibu pejabat korporat di Montana. Amat sukar untuk mewujudkan mentaliti bersama merentas pekerja yang datang dari latar belakang yang sangat berbeza, bekerja di beberapa lokasi dan mempunyai tugas yang berbeza-beza.

3. Birokrasi dan Jawatankuasa

Perniagaan besar cenderung didorong oleh birokrasi dan jawatankuasa. Jika anda biasa dengan ungkapan “reka bentuk mengikut jawatankuasa”, anda secara intuitif memahami bahawa apabila terlalu ramai orang terlibat, proses membuat keputusan biasanya tertangguh dan rumit. Situasi ini membuatkan tindakan tidak boleh bergerak cepat, bermakna anda tidak boleh melaksanakan idea baru dengan cepat.

4.Takut Perubahan

Sesetengah perniagaan besar hanya takut akan perubahan dan tidak mengecewakan pekerja mereka dengan mengambil risiko terhadap idea baharu.

Menyelesaikan Masalah Inovasi

Apakah yang boleh anda lakukan untuk menyelesaikan masalah inovasi? Jika anda merasakan perniagaan anda semakin perlahan dari segi inovasi apabila ia mula berkembang, pertimbangkan perkara berikut:

1. Berpecah kepada pasukan lebih kecil

Pasukan besar atau kumpulan besar mempunyai masa lebih sukar untuk menghasilkan idea baharu dan menerima idea tersebut.

Tetapi pasukan yang lebih kecil cenderung lebih lincah dan tangkas.

Berpecah kepada pasukan yang lebih kecil sambil bekerjasama dan layan syarikat besar anda sebagai syarikat kecil yang saling berkaitan.

2. Menggalakkan dan memberi ganjaran kepada idea baharu.

Anda perlu menggalakkan inovasi secara aktif jika anda ingin menyemak idea yang lebih inovatif.

Ini bermakna memperkasakan kakitangan anda untuk menghasilkan idea mereka sendiri dan memberi ganjaran kepada mereka apabila menghasilkan idea yang baik yang mengubah syarikat dalam beberapa cara yang positif.

Jangan jadi bangsa usahawan yang ketinggalan dan tidak berinovasi, ilmu perniagaan begitu pantas berkembangan. Walau syarikat anda telah beroperasi sekian lama, jangan ketinggalan dan kekal relevan dalam apa jua keadaan dan inovasi semasa. 

Artikel terbaru

1 Comment

  • 1. inovasi adalah penjanaan dan pelaksanaan idea baharu dan memnberi manfaat seperti: inovasi lebih cekap, produktif dan menarik serta produk yang menarik dan murah
    2. Halangan inovasi: Tradisi, budaya kerja, birokrasi, & takut berubah
    3. Penyelesdaian kepada inovasi: 1. bekerjasama dalam pasukan lebih kecil 2. promote and reward

Leave a Reply