Peranan dan Ciri-ciri Seorang Usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Buat mereka yang bergelar usahawan di Malaysia, peranan yang dipikul sangat besar untuk perkembangan dan kemajuan ekonomi Negara. Ciri-ciri Seorang Usahawan adalah seorang yang sanggup menanggung segala risiko yang dipertaruhkan demi kejayaan yang bakal dicipta.

Bak kata falsafah barat:

Usahawan adalah individu yang suka maksimakan peluang .” – Peter Drucker.

Semakin banyak peluang yang direbut, semakin tinggi risiko datang menghadap. Itulah yang menjadikan diri seorang usahawan lebih kental dan bertenaga memacu misi serta visi perusahaannya. Usahawan di negara kita tercipta dengan beberapa cara antaranya mereka sendiri yang mencari peluang di dalam sesebuah organisasi, penglibatan kerajaan, pergaulan melalui rakan peniaga serta bermacam-macam lagi.

richworks usahawan - Ciri-ciri Seorang Usahawan

Sudah tentu para usahawan juga mempunyai peranannya yang tersendiri, iaitu:

1. Menguruskan, Mengeluarkan, Mengedar dan Menanggung Risiko.

Senang cerita, semua yang berlaku di dalam syarikat usahawan perlu ambil tahu dan terlibat sekali secara langsung. Mereka tidak boleh hanya bergantung harap kepada pekerja sahaja untuk menjalankan kerja. Usahawan perlu terlibat daripada proses awal sehingga akhir.

Antara prosedur yang melibatkan usahawan di dalam perusahaan adalah perbincangan idea, pengurusan sumber yang melibatkan pembekal, operasi bahan serta pemprosesan produk dan pengedaran. Semua prosedur yang dinyatakan tersebut mempunyai risiko tertentu yang tidak dapat dijangka.

Usahawan yang memainkan peranan ini dengan baik dapat memberikan imej yang positif buat syarikat.

2. Menyumbang Pembaharuan Produk dan Idea.

Usahawan perlu sentiasa cergas dan pantas bagi menghasilkan idea baru demi membawa pembaharuan kepada perusahaan. Idea yang muncul juga mestilah bernas, tidak semestinya ia terlalu unik dan kompleks.

Peranan ini memerlukan usahawan untuk sentiasa berfikiran terbuka dan melakukan pemerhatian agar idea tersebut mampu menyelesaikan masalah orang di luar sana.

3. Sediakan Pilihan dan Penuhi Kehendak Pengguna.

Kita sebagai pelanggan sudah semestinya mempunyai citarasa yang tersendiri. Sudah tentu sebagai pengguna, lebih menarik jika sesebuah perusahaan itu menyediakan pilihan. Usahawan perlu kritis dalam membangunkan kepelbagaian bagi menarik hati dan perhatian pengguna.

Memang tugas seorang usahawan untuk menyediakan pilihan bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan. Jika peranan ini diberikan perhatian sebaiknya, lebih banyak pelanggan dapat ditarik.

Ciri-ciri Seorang Usahawan

Menilai daripada kejayaan yang dikecapi, boleh dirumuskan disini individu yang layak bergelar usahawan ialah mereka yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri seorang usahawan adalah seperti berikut:

1. Berilmu.

Tak mengharapkan kejayaan datang dengan sekelip mata. Untuk lebih mudah faham, duit tidak akan jatuh dari langit. Kejayaan tidak akan datang tanpa adanya tindakan. Sudah tentu semua tindakan itu melibatkan proses dan masa. Jadi, trust the process.

Dengan harapan yang tinggi serta tindakan yang betul, kejayaan akan berhasil kelak.

2. Tidak penat dalam mencari peluang.

Bila dah jadi usahawan, perkataan “penat” sudah tidak valid lagi untuk digunakan. Sebaliknya, peluang itu perlu dikejar tanpa henti. Senang cerita, mencari peluang ni kerja full time buat mereka yang bergelar usahawan.

Setiap peluang yang ada digunakan dengan sebaiknya. Mereka akan pastikan peluang itu mendatangkan hasil yang luar biasa untuk kebaikan syarikat dan pengguna.

3. Insaf dan sentiasa bersedia ambil iktibar dari setiap tindakan.

Apabila bergelar usahawan, mereka tidak boleh meninggi diri dan malu untuk mengaku kesilapan. Sebaliknya, jadikan kesilapan yang pernah mereka lakukan ketika bekerja sebagai iktibar yang mampu membawa peningkatan kepada syarikat.

4. Menyedari kepentingan sumbangannya kepada masyarakat dan negara.

Usahawan yang tidak mementingkan diri adalah usahawan yang sentiasa disenangi. Bukan sahaja oleh para pekerja di dalam organisasi, malah buat masyarakat dan negara. Tidak hanya meletakkan kepada keuntungan semata-mata, malah mereka tahu untuk menggunakannya ke arah yang lebih bermanfaat.

5. Mempunyai komitmen yang tinggi.

Bukan usahawanlah kalau komitmennya bulan-bulan rendah sahaja. Lihat sahaja pada organisasi syarikat, lebih ramai orang yang bernaung di bawahnya bermakna lebih tinggi komitmen yang perlu digalas oleh usahawan. Dengan adanya komitmen inilah yang menjadikan usahawan sangat berdaya saing dan kekal relevan di pasaran.

Ciri-ciri Seorang Usahawan yang penting untuk ada di dalam diri adalah bertanggungjawab, berkeyakinan tinggi, memiliki kerajinan serta ketekunan, inovatif, kreatif, berpandangan jauh, berwawasan dan bijak merebut dan menggunakan peluang yang ada.

Perniagaan yang diusahakan oleh usahawan bukanlah hanya untuk mengumpul harta demi kekayaan. Tetapi ianya penting agar dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan negara. Banyak aktiviti sosial dapat dilakukan bagi memastikan ramai orang mendapat faedah dari kehadiran usahawan di dalam masyarakat.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

7 Tips Hasilkan eBook

7 Tips Hasilkan eBook

Mesti anda tertanya-tanya apabila anda buka Blog atau page seseorang di laman web, akan keluar ‘pop up’ yang meminta anda mengisi maklumat seperti nama dan

9 Kesilapan Berniaga Di Media Sosial

9 Kesilapan Berniaga Di Media Sosial

Seronok berniaga secara online? Senang dan mudah untuk dilakukan terutama bagi mereka yang baru berniaga. Tapi tahukah anda ada beberapa kesilapan yang selalu peniaga lakukan