Petua Bina Perniagaan Jadi Empayar

Membina perniagaan dari awal tidak mudah, lebih-lebih lagi jika tidak mempunyai apa-apa kekayaan yang diwarisi untuk bermula atau ekonomi yang menyokong.

Termasuk tiada sistem yang membolehkan perniagaan kecil berkembang.

Ada anak didik Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman memulakan perniagaan dengan modal RM500 ringgit.

Alhamdulillah, hari ini dah raih jualan jutaan ringgit dan dapat berkongsi rezeki dengan ramai orang.

1. Belajar daripada Mentor dengan hasil yang anda mahu

Langkah pertama dalam mencipta perniagaan yang berjaya tidak semestinya mencipta laluan sendiri.

Ia bermula dengan seseorang di jalan yang berjaya, belajar dan dapat bimbingan daripada mereka.

“Macam mana nak dapatkan mentor?”

Buat senarai perkara yang anda ingin capai dalam hidup dan kerjaya.

Cari individu yang mempunyai perkara tersebut pada masa ini dalam hidup mereka.

Tanpa berlengah, hantar mesej dan beritahu individu tersebut apa yang ingin anda capai dan bagaimana mentor boleh membantu untuk mendapatkannya.

Cara lain ialah dengan menghadiri seminar dan webinar yang dianjurkan jika tidak dapat menghubungi mereka secara peribadi.

2.  Berbelanja untuk mendapatkan

Jualan adalah asas kepada setiap usaha perniagaan. Setiap perniagaan dikekalkan oleh keupayaannya untuk menjana pendapatan dan melakukannya secara mampan.

Untuk menjana jualan, anda perlu belajar cara melakukannya.

Membelanjakan apa yang anda perlukan untuk mendapatkannya, dalam latihan, pemasaran, bimbingan dan membina jenama yang boleh dipercayai oleh orang ramai.

Ini juga termasuk perbelanjaan untuk melatih mereka yang bekerja dengan anda dan mendedahkan mereka kepada lebih daripada biasa.

3. Belajar dan dedahkan diri kepada perkara baharu

Ambil peluang untuk belajar dan berkembang daripada pengalaman baharu.

Contohnya, hari ini pelanggan lebih gemar urusan pembayaran secara atas talian atau tanpa tunai, mengapa perlu berkeras mahu menggunakan kaedah tradisional.

Bisnes perlu relevan dan sentiasa sesuai dengan keadaan dan kehendak semasa.

Walau setinggi mana anda, dari perniagaan kecil ke sebuah empayar jangan lupa memberi. Give back to humanity! Lebih banyak anda memberi, lebih banyak anda dapat.



7 Comments

Leave a Reply