5 Pengorbanan Yang Selalu Dilakukan Usahawan Untuk Berjaya

5 Pengorbanan Yang Selalu Dilakukan Usahawan Untuk Berjaya

Sememangnya dunia keusahawanan bukanlah semudah yang disangkakan. Adakalanya terasa manis, namun ada kalanya terasa pahit. Bagaimanapun, setiap yang berlaku itu menjadi pengajaran bermakna dalam mengejar misi menjadi usahawan berjaya.

Berikut merupakan pengalaman yang dikongsikan oleh pengasas BoXKnocks, Tareq Samara tentang bagaimana dia mengatasi cabaran dalam perjalanan kariernya.

1. Orang yang negatif

Hampir mustahil untuk memulakan perniagaan baru tanpa dibelenggu rasa putus asa apatah lagi bila tidak menerima sokongan daripada orang yang paling rapat dengan anda.

Namun, segalanya mulai berubah apabila anda menyedari bahawa sudah tiba masanya untuk mengutamakan semula matlamat hidup anda, dan mengetahui dengan tepat siapa yang anda mahu kekalkan di sekeliling anda atau hanya melepaskannya.

2. Sunyi bergerak solo

Adalah fakta bahawa tidak semua individu di sekeliling anda berkongsi visi yang sama dan ini akan membuatkan anda sering merasa kesunyian dalam perjalanan ini.

Ia adalah suatu momen yang mungkin sangat menyedihkan untuk dilalui namun anda boleh belajar cara mengatasinya bagi mencapai matlamat anda.

3. Kerja tanpa henti

Salah satu sebab seseorang itu memilih untuk menjadi usahawan adalah untuk melarikan diri dari kerja jam 9 pagi ke 5 petang setiap hari.

Namun, apa yang kebanyakan usahawan tidak tahu ialah mereka sebenarnya memasuki fasa baharu iaitu bekerja lebih dua kali ganda untuk berjaya dalam bisnes yang diceburi. Dunia keusahawanan bukanlah mudah dan ia pastinya bukan untuk semua orang.

4. Kekurangan sokongan kewangan

Jika anda percaya dengan idea sendiri dan benar-benar yakin dengannya, anda akan melakukan sesuatu yang mustahil untuk memastikan ia berjalan walau apapun halangannya.

Sebab itulah anda tidak kisah untuk melabur menggunakan simpanan sendiri walaupun hasilnya mungkin akan diterima dalam tempoh yang agak lewat.

5. Kurang tidur

Memandangkan bisnes anda ini seperti seorang bayi yang baru lahir, maka pastinya anda akan memikirkan tentangnya setiap masa terutama sekali pada waktu malam.

Apabila anda hendak tidur, semua fikiran positif dan negatif akan berlegar di minda dan membuatkan anda terus berfikir hingga sukar untuk lena.

Itulah sebabnya anda disyorkan untuk beriadah atau bersukan supaya anda mendapatkan rehat yang baik di malam hari.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply