
Sebenarnya, apa saja aktiviti jualan melibatkan servis atau produk adalah berniaga. Tanggungjawab utama berniaga adalah memastikan produk/servis dijual.
Peniaga selalunya mendapatkan produk dengan harga rendah lalu menjual dengan harga yang lebih tinggi. Asalkan produk/servis anda bertukar tangan dan kedua pihak mendapat manfaat, anda adalah peniaga. Kedengaran berniaga sebenarnya mudah, kan?
Sesiapa pun boleh menjadi peniaga asalkan anda ada servis atau produk untuk ditawarkan pada pengguna dan seterusnya memberi anda bayaran. Namun jika anda kurang pemahaman, pastinya berniaga mempunyai risiko yang terpaksa ditanggung.
Kami gariskan panduan untuk anda supaya anda lebih memahami dan yakin untuk berniaga.
Kandungan Artikel
1. Perbezaan Antara Usahawan Dan Peniaga
Walaupun usahawan dan peniaga adalah mereka yang menceburi bidang perniagaan namun kedua-duanya adalah berbeza dari segi fokus, sumbangan dan peranan. Bagi peniaga, fokus utama mereka adalah memastikan produk/servis dijual dan ianya lebih pada keuntungan peribadi. Manakala usahawan meliputi skop yang lebih luas.
Usahawan selalunya melibatkan perniagaan dan pelaburan besar-besaran yang melibatkan beberapa organisasi. Malah usahawan selalunya melibatkan diri dengan pengeluaran produk sendiri secara progresif. Ini berbeza dengan peniaga yang hanya melibatkan diri dengan urusan jualan sahaja.
Oleh kerana skop dan peranan usahawan ini luas, mereka perlu memikirkan keuntungan lebih besar yang melibatkan organisasi yang berada di bawahnya. Pastinya cabaran mereka pula lebih besar. Ini berbeza dengan peniaga. Mereka selalunya memiliki keuntungan jangka masa pendek dan cabaran yang selalunya tidak melibatkan banyak perkara.
Namun secara keseluruhan, peniaga dan usahawan tetap terlibat dalam urusan jual beli secara langsung atau tidak. Jadi seorang usahawan juga adalah peniaga namun seorang peniaga bukanlah seorang usahawan. Berita baiknya adalah kebanyakkan usahawan yang berjaya sekarang bermula dari menjadi seorang peniaga.
2. Peranan Pihak Berniaga

Sebagai peniaga, pastinya anda mempunyai peranan sama ada untuk diri, ekonomi dan masyarakat sendiri. Walaupun peranannya lebih kecil dari usahawan namun impak dan pengaruh peniaga adalah besar. Peniagalah yang menggerakkan ekonomi setempat dan memudahkan sesuatu kehendak pengguna dipenuhi.
Malah di zaman sekarang, peniaga sudah terbahagi pada peniaga online dan peniaga konvensional di mana ianya meluaskankan lagi pengaruh peniaga pada ekonomi dan masyarakat.
Pastinya antara peranan yang paling besar adalah peranan pada perniagaan anda sendiri. Anda perlu memastikan perniagaan anda berjalan lancar dari segi kualiti, kuantiti stok dan permintaan produk itu sendiri. Jika anda gagal memastikan semua ini berjalan lancar, ianya akan mengakibatkan anda menanggung kerugian.
3. Sumbangan Peniaga

Sumbangan peniaga adalah luas dan terbahagi pada beberapa peringkat iaitu untuk diri sendiri, masyarakat dan ekonomi. Jika anda pilih berniaga, anda pasti tahu bahawa ianya akan membantu anda menjana pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga. Ini sekaligus membantu anda meningkatkan tahap pendapatan anda dan seisi rumah.
Begitu juga dari segi masyarakat. Walaupun peniaga hanya menjual produk dan servis secara kecil-kecilan tetapi banyak pihak mendapat keuntungan dari aktiviti jual beli ini. Mereka ibarat pengantara antara permintaan pengguna dan pengeluar. Jika sesuatu aktiviti perniagaan di sesuatu tempat menjadi rancak, pastinya ia menghidupkan suasana kemasyarakatan itu sendiri.
Situasi ini meningkatkan lagi permintaan lain sekaligus menaik tarafkan tahap ekonomi setempat.
4. Cabaran Berniaga

Walaupun berniaga kelihatan mudah tetapi ianya tidak terlepas dengan cabaran. Kenal pasti setiap cabaran agar anda bersedia dan mampu mengatasinya.
Pesaing
Pesaing pasti wujud dalam setiap perniagaan. Apa yang anda perlukan adalah memastikan produk anda kekal menjadi pilihan dari pesaing anda. Jika anda menyedari persaingan semakin sengit dan permintaan anda mula berkurangan, lakukan pelbagai strategi menarik pelanggan untuk mewujudkan persaingan yang sihat.
Kewangan
Kewangan selalu menjadi isu terutama dalam hal modal untuk menambah stok dan biaya tapak. Kerana itu ramai peniaga beralih pada perniagaan online atau menjadi ejen produk orang lain. Jika anda baru bermula, elakkan menggunakan modal besar untuk berniaga. Mulakan berniaga dengan modal kecil sehingga anda yakin dengan kehendak pasaran.
Pembekal
Peniaga selalunya mendapatkan produk dari usahawan yang menjadi pembekal mereka. Jika hubungan baik tidak terbina, pastinya ia menyukarkan urusan stok dan kepercayaan. Adakalanya perselisihan faham boleh terjadi antara pembekal sendiri. Kerana itu, adalah penting untuk peniaga mencari pembekal yang berkaliber dan mampu membimbingnya untuk memastikan produk terjual dengan baik.
5. Kemahiran asas untuk berniaga yang anda perlu ada

Walaupun berniaga pada umumnya adalah satu aktiviti jual beli, namun amatlah penting anda mempunyai kemahiran asas. Tanpa memperbaiki kemahiran ini, mungkin perniagaan anda tidak akan berkembang malah terdedah pada risiko kehilangan pembeli. Antara kemahiran asas yang perlu bagi peniaga adalah:
Komunikasi pelanggan
Tanpa pelanggan, sesuatu urusniaga tidak akan lengkap. Anda perlu tahu bagaimana ingin mengambil hati pelanggan. Kesilapan dari segi layanan dan cara anda berkomunikasi akan menutup peluang anda menarik mereka untuk membeli.
Copywriting
Copywriting adalah penulisan anda sama ada di pamplet atau di media sosial untuk tujuan meyakinkan dan mendapat kepercayaan sasaran anda. Peniaga perlu bijak menyampaikan maklumat penting tentang produk atau perniagaan anda. Jika penulisan anda mengelirukan, ianya pasti membuatkan orang tidak tertarik.
Online dan Digital
Sekarang, semua peniaga perlu mempunyai kemahiran online dan digital. Contohnya, bagaimana anda ingin menjual jika pelanggan anda selesa berurusan melalui Whatsapp tetapi anda tidak tahu pula menggunakan aplikasi itu? Begitu juga aplikasi lain. Jika anda sukar mengusai online kerana tiada ilmu, mulakan dengan aplikasi mudah dahulu. Asalkan anda berani mencuba, pasti anda akan merasai manfaatnya.
Kreativiti
Peniaga perlu asah kemahiran kreatif mereka. Tidak kisah dari segi susunan produk, dari segi dekorasi kedai mahupun dari segi pengiklanan. Semuanya mempengaruhi kelancaran promosi produk anda. Katakan anda menjual burger. Apa yang membuatkan produk anda lain dari peniaga lain? Pastinya anda mahu pelanggan nampak dan lebih tertarik dengan produk anda, bukan? Jadi dari sinilah pentingnya kreativiti di mana anda mungkin boleh memikirkan kelainan konsep gerai, pembungkusan, dan mungkin nama menu anda.
Pengurusan masa
Walaupun sebagai peniaga, anda berkuasa penuh pada masa anda tetapi anda tetap perlu berhati-hati agar ianya tidak mencampuri urusan dan tanggungjawab anda yang lain. Tanpa kecekapan pengurusan masa, anda mudah tertekan sekaligus mengakibatkan anda gagal memberikan yang terbaik untuk perniagaan anda.
Pengurusan duit
Pengurusan duit ini melibatkan wang yang keluar dan masuk. Anda perlu tahu merekodkan duit dan perbelanjaan yang ada serta keuntungan yang anda dapat. Tanpa pengurusan duit, anda berisiko terlebih belanja atau tersilap kira kos. Jadi, pastikan anda bijak mengambil kira semua pengurusan ini.
*** Di RichWorks, kami membimbing semua tahap peniaga dari peringkat mula hingga ke peringkat usahawan merangkumi semua kemahiran dalam perniagaan. Dapatkan ilmu dan bimbingan yang betul agar anda mampu mencapai sasaran dalam perniagaan yang anda inginkan.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Berniaga : Apa yang anda perlu tahu untuk berniaga?” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.
Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah.
2 Comments
Leave a Reply Cancel reply
Artikel Berkaitan Berniaga

Kru Promosi Dalam Bisnes. 3 Tanggungjawab Kru Ini
Kalau anda pergi pasaraya besar atau shopping complex, anda akan lihat mereka guna beberapa staff untuk promosi produk. Contohnya untuk promotion hour, krew promosi ini

Pesanan 48 Usahawan Jutawan PKS Untuk Mereka Yang Berniaga
Semalam berakhirnya program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Your 1st Million Summit selama 3 hari yang menampilkan 48 usahawan jutawan berjaya mencapai

TEKUN Nasional : Perkara Usahawan Perlu Tahu!
TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November

5 Kepentingan Teknologi Dalam Dunia Perniagaan Moden
Dalam era digital yang serba pantas ini, teknologi telah menjadi elemen asas yang tidak dapat dipisahkan daripada perniagaan. Dari perniagaan kecil hingga besar, teknologi memainkan

Landing Page Menarik? Ketahui 3 Tips Ini
Landing page? Apa tu? Kalau anda nak tahu, landing page ni adalah satu halaman website yang elegan dan dapat menarik perhatian pembaca pada pandangan pertama

Mengapa Anda Perlu Berniaga Di Usia Muda
Jutawan Muda! Wah…bestkan kalau kita dapat jadi jutawan muda-muda lagi. Alhamdulillah, untung jika anda berusia bawah 30-an dan dah mampu kumpul kekayaan sengan perniagaan sendiri.

Beri Pertunjukan Percuma. 3 Cara Boleh Anda Buat
Pentingnya pertunjukan percuma. Bila kita beli sesuatu barang, kadang-kadang bukan kita tahu guna pun. Masa nak guna barang tersebut, kita akan belek balik pembungkus tadi

3 Akhlak & Adab Berniaga
Dalam keghairahan menjalankan perniagaan, akhlak dan adab berniaga mesti berdasarkan kehendak agama terutama dalam mengendalikan urusan jual beli bersama pelanggan. Sebagai contoh, kunjungan umat Islam

4 Strategi Mudah Tapi Berkesan Untuk Lindungi Idea Perniagaan
Memulakan perniagaan memerlukan idea yang unik dan menarik. Ia adalah asas yang menjadi titik mula kepada semua usahawan. Namun, ia juga boleh dicuri dengan mudah,

Cara Rasulullah Berniaga
Nak tahu bagaimana cara Nabi Muhammad SAW berniaga? Jom kita ketahui dulu bagaimana Baginda bermula dalam perniagaan ini. Pengalaman perniagaan Baginda yang pertama bersama bapa

Boleh Ke Bisnes Secara Sampingan Ini? 7 Tips Bisnes Sambil Kerja
“Syoknya bisnes sampingan (part time), gaji dapat, untung bisnes pun dapat.” Dalam keadaan krisis pandemik dengan ekonomi yang tak menentu ini, ramai orang yang nak

Kembangkan kemahiran untuk perkembangan bisnes melalui 4 cara ini
Perjalanan sebagai usahawan tak sah kalau tak ada cabaran dan perlukan kemahiran. Satu perkara yang pasti, jika nak maju kita tak boleh berhenti belajar. Kemahiran

Public Relation Bisnes. Apa Anda Boleh Lakukan?
Bagi syarikat-syarikat besar, yang dah ada nama, public relations mereka adalah pihak media. Tapi bagi anda yang baru berniaga ni, apa pula public relations atau

D’Lynn Hair Salon : Sepanjang Berniaga Tak Nampak Duit
Bengang! Itulah yang dapat digambarkan Puan Lynn Sabri yang merupakan founder kepada D’Lynn Hair Salon yang telah mula buka salon di Sri Gombak, Kuala lumpur

Ramai Orang Dalam Online. 5 Sebab Perlu Ada Website Untuk Anda
“Ko berniaga, tapi tak ada website. Apa la…” Kalau anda berniaga, tapi tak ada website, ia dah macam bisnes anda ni tak wujud. Kalau anda
Assalamualaikum dan selamat malam.. Saya amat berminat dalam bidang perniangaan ,semasa masih makan gaji dengan kompani saya bercita2 ingin menjalankan perniagaan jika kelak saya resign.Tetapi keadaan tidak mengizinkan saya untuk mnruskan cita2 itu selepas sy resign tu..Tetapi skrg ,saya bersemangat kembali selapas keadaan kluarga saya sudah stabil. Skrg sy tidak mmpunyai sebarang pkerjaan tetap dan ada sedikit modal untuk mula meniaga..Saya plan untuk start meniaga kecilan sahaja iaitu menjual Air Batu campur/ Ais Kacang area tmpat sy tinggal ini..Sekarang tengah beli perkakas dan kumpul bahan untuk berniaga..Tapi perasaan negatif slalu bermain d f ikiran saya..iaitu ada kah org mau beli nannti..boleh ka dapat pulangan…Tapi hati yang positif selalu cover balik .InsyaAllah.. Ada rezeki Dari Allah yg penting kita usaha ..Yg kuat kan semangat sy lagi ..dalam bulan jun lalu saya lgsung tiada wang atau duit,tapi d kat rumah ada sepokok mangga yang berbuah lebat..saya bermula dengan menjual 2 plastik mangga dan mendapat modal dalam rm20 melalui 2 plastik mangga tersebut dan saya buat jeruk mangga Asam boi..Alhamdulillah.. Smpai buah tu habis sy berniaga.. Di situ mnguatkan semangat saya untuk mnjlankan perniagaan Doakan saya
Waalaikumsalam Tuan Azmi, kami doakan Tuan dideraskan rezeki untuk beri yang terbaik pada diri, bisnes dan keluarga ❤️
Sabar, yakin dan ikhlas akan bantu Tuan capai MORE!. Kami sentiasa doakan untuk Tuan dan whole family. Moga dipermudah segalanya untuk Tuan.