Pentingkah Sifat Kepimpinan Ketika Berniaga?

Photo by Firdaus Roslan on Unsplash

Berniaga merupakan satu pintu rezeki utama yang sangat dialu-alukan dalam agama Islam. Dengan berniaga kita mampu membantu ramai orang mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang mereka mahukan, sekali gus meningkatkan tahap ekonomi negara akibat daripada rakyat yang berbelanja.

Berniaga juga mampu mendidik sifat kepimpinan setiap individu dan pelbagai ciri boleh didapati apabila kita menjalankan perniagaan, terutamanya secara langsung mampu menjadi seoarang ketua dalam mengembangkan perniagaan.

Selain daripada itu, apakah 5 ciri-ciri kepimpinan yang boleh dicontohi apabila bergelar usahawan:

1. Bertanggungjawab

Seorang pemimpin iaitu usahawan mestilah mempunyai sifat bertanggungjawab atas tindakan yang telah dirancang. Sifat ini sangat penting kerana ia mengajar kita untuk utamakan perkara yang penting terlebih dahulu.

Ini kerana seorang usahawan mestilah menunjukan teladan yang baik kepada pekerja, di samping pekerja dapat mencontohi sifat -sifat ini. Selain itu, mereka mampu melatih pekerja untuk menerima tanggungjawab atas segala tugasan yang telah diberikan.

2. Mempunyai visi dan matlamat

Mempunyai misi dan matlmaat yang jelas mampu memberikan sepenuh kepercayaan kepada pekerja dan syarikat untuk berkembang lebih jauh ke hadapan.

Ini kerana dengan adanya visi ini mampu menjadi panduan kepada usahawan untuk menentukan perjalanan perniagaan mereka. Dr. Azizan selalu berpesan hendak berniaga mesti ada matlamat bukan berniaga hanya sekadar suka-suka sahaja.

Adakah perniagaan kita ini mampu bertahan lagi 5 ke 10 tahun akan datang? Inilah disebabkan kenapa mempunyai visi dan matlamat sangat penting.

3. Berkomunikasi

Menjadi seorang usahawan mereka perlu bijak dalam berkomunikasi terutamanaya kepada pekerja-pekerja dan kepada rangkaian peniaga-peniga lain.

Ini membantu dari segi perjalanan perniagaan dengan lancar, sebagai contoh setiap pekerja mengetahui apakah tugasan-tugasan yang perlu dilakukan seharian di sebabkan komunikasi dari seorang ketua yang mudah difahami.

Komunikasi ini sangat penting untuk menjadikan kita tidak bersangka-sangka atas pelbagai perkara yang mambantu mempercepatkan proses jualan.

4. Mempunyai keberanian diri yang tinggi

Menjadi seorang pemimpin mestilah mempunyai sikap yang berani untuk melakukan apa sahaja tindakan, seperti melakukan promosi yang gila-gila yang dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk datang ke kedai atau beli dengan kita.

Dr. Azizan selalu memberi tip kepada pelajar-pelajarnya untuk membuat siaran langsung atau live di sosial media bagi menunjukkan kepada pelanggan bahawa produk atau perkhidmatan ini adalah anda yang punya, di samping mampu membina kepercayaan pelanggan bahawa pengasas produk ini sangat bagus di mata mereka.

5. Sentiasa ingin membantu orang lain

Menjadi seorang usahawan adalah dari sikap suka membantu orang lain, disebabkan misi utama berniaga adalah ingin memudahkan orang ramai mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Selain itu, usahawan juga mampu memberi peluang pekerjaan kepada ramai orang di luar, peluang untuk mereka mengubah ekonomi diri dan keluarga mereka.

Ini yang menjadikan mereka mampu menyumbang kembali kepada masyarakat di samping mampu mengukuhkan ekonomi dan perihatin kepada kebajikan pekerjanya.

Kesimpulannya, menjadi seorang pemimpin yang disegani adalah tidak mudah jika kita mempunyai ilmu dan mentor untuk di contohi lagi-lagi kita adalah berniaga yang memang mempunyai ramai pekerja atau stokis dan ejen.

Ia sebenarnya adalah ciri-ciri yang boleh dipupuk dan jadikan ia satu displin pada diri untuk diterapkan sepanjang kehidupan seharian hidup kita.

Artikel terbaru

Leave a Reply