Pesanan 48 Usahawan Jutawan PKS Untuk Mereka Yang Berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Pesanan 48 Usahawan Jutawan PKS Untuk Mereka Yang Berniaga

Semalam berakhirnya program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Your 1st Million Summit selama 3 hari yang menampilkan 48 usahawan jutawan berjaya mencapai RM1 juta pertama mereka.

Perkongsian 48 usahawan jutawan dari pelbagai industri ini mengenai perjalanan bagaimana bisnes mereka bermula dan apa yang dilakukan hingga berjaya berada pada tahap lebih baik ketika ini.

Mereka ini tidak dibayar tapi secara sukarela bersetuju untuk berkongsikan kepada para peserta tentang kisah perjalanan bisnes mereka agar dapat menjadi bukan saja inspirasi malah pengajaran agar tidak melakukan kesilapan yang sama dalam bina bisnes berjaya.

Program yang ditaja RichWorks International ini berjaya mengumpulkan hampir 16,000 pendaftaran dengan kira-kira 4,000 orang merupakan peserta baru.

Ada yang dulunya seorang suri rumah, ibu tunggal selepas kehilangan suami, kehilangan pekerjaan, seorang penjawat awam atau swasta, bekas kontraktor, pelajar dan lain-lain berjaya mengubah hidup mereka dengan capai impian yang dimahukan melalui bisnes.

Namun semua itu berlaku selepas usahawan jutawan ini mendapatkan ilmu yang betul, sistem dan bimbingan MenThor yang ada proven results.

Sebelum itu, kebanyakan mereka berdepan pelbagai masalah ketika menjalankan bisnes antaranya bisnes tidak dapat bertahan lama, kerap bertukar-tukar bisnes, buat bermacam bisnes dan produk dalam satu masa, tidak tahu macam mana nak buat marketing, tidak mendapat sokongan keluarga, ego untuk belajar, rasa diri sudah pandai, energy turun naik, tak tahu membina team dan bermacam-macam lagi.

Masalah-masalah yang dikongsikan itu merupakan situasi sebenar yang juga dihadapi usahawan yang melakukan bisnes di luar sana. Ia akan membuatkan seseorang usahawan itu tidak dapat pergi ke mana, berada pada tahap sama dan lebih teruk hingga bisnes dijalankan terpaksa ditutup.

Bukan itu saja, 48 usahawan jutawan juga memberikan saranan, pesanan, panduan dan tips kejayaan yang mereka dapati untuk berjaya dan daripada bimbingan RichWorks & MenThor kepada para peserta.

3 formula dan tips penting dari usahawan jutawan anda :

Antara formula dan tips yang sering diperkatakan ketika dikongsikan usahawan jutawan ini adalah soal pentingnya ilmu, perlunya bimbingan MenThor dan pilihan circle yang betul.

Selain 3 formula ini, ada saja perkara-perkara lain yang dikongsikan namun inilah yang sering disebut oleh 48 usahawan jutawan sepanjang program 3 hari ini.

Inilah perkongsian daripada hati ke hati mereka selepas melalui jatuh bangun, turun naik dalam bisnes dijalankan hingga berjaya capai RM1 juta pertama.

Sementara itu, MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman juga membuat penampilan khas selama hampir 2 jam pada hari Sabtu lalu. Beliau sempat memberikan panduan yang bernilai kepada para peserta tentang kunci kejayaan bagi mereka.

“Prinsipnya, man jadda wajada – siapa buat, insyaAllah dia dapat. Kalau dia tak tengok, tak buat, tak follow, lepas itu dia complaint, dia tak dapat. Simple as that, life is so simple.”

Datuk Wira Dr Azizan Osman

Beruntung kepada mereka yang dapat mengikuti program ini kerana bukan senang sebenarnya untuk dapat berjumpa dengan usahawan jutawan lain di luar sana yang bersedia meluangkan masa bersama anda dan berkongsi kisah mereka jika anda tak kenal mereka ataupun tak ada sebarang hubungan.

Jom pastikan kita terus mendapatkan ilmu dan bimbingan yang ada bersama RichWorks. Apatah lagi, setiap minggu hari Sabtu hingga Mac ini akan diadakan Program Bina Bisnes Berjaya bagi bangsa usahawan dan orang ramai yang nak mula bisnes atau kembangkan bisnes mereka meskipun ketika pandemik ini.

Jangan terus ketinggalan, layari www.BinaBisnesBerjaya.com. It’s Now or Never!

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

7 Tips Hasilkan eBook

7 Tips Hasilkan eBook

Mesti anda tertanya-tanya apabila anda buka Blog atau page seseorang di laman web, akan keluar ‘pop up’ yang meminta anda mengisi maklumat seperti nama dan

9 Kesilapan Berniaga Di Media Sosial

9 Kesilapan Berniaga Di Media Sosial

Seronok berniaga secara online? Senang dan mudah untuk dilakukan terutama bagi mereka yang baru berniaga. Tapi tahukah anda ada beberapa kesilapan yang selalu peniaga lakukan