Ada Persatuan? 4 Kelebihan Iklan Di Dalamnya

Ada persatuan

Encik Amirul ada bisnes makanan sejuk beku. Tapi, beliau tak ada idea macam mana nak promosikan produk sejuk bekunya.

Walau bagaimanapun, beliau ni orang yang aktif dalam persatuan di pejabat tempatnya bekerja. Sebut je nama Amirul, semua staff kenal.

Yang masalahnya sekarang, Encik Amirul tak pandai nak guna kelebihan yang beliau ada untuk promosi produk makanan tersebut.

Sekiranya anda aktif dalam persatuan yang anda join, ‘ambil kesempatan’ peluang ni untuk marketkan produk anda. Kami akan kongsikan dengan anda manfaat yang akan anda dapat bila iklan dengan persatuan.

4 kelebihan iklan dalam persatuan:

  1. Membentuk keyakinan diri

Anda akan kenal setiap ahli dalam persatuan tersebut bila anda pergi dan approach mereka.

Bukan tu sahaja, ia akan bangitkan rasa yakin dalam diri bila anda promote produk anda. Anda boleh bercakap dengan yakin dan beritahu mereka ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam produk anda.

Bila anda yakin, pelanggan juga akan lebih yakin dengan anda. Lebih-lebih lagi, bila mereka dah kenal anda dan tahu siapa anda.

  1. Lebih kenal pelanggan

Jika sebelum ni anda hanya kenal separuh sahaja ahli persatuan, tapi bila anda approach mereka dengan tujuan nak promosi barangan, anda akan kenal lebih ramai lagi.

Anda boleh lebarkan sayap bisnes anda dengan bina ikatan yang lebih dekat dengan pelanggan. Anda boleh jual pada mereka dengan harga promosi sebagai langkah perkenalan. Atau anda boleh beri mereka tester dahulu.

Jika dapat feedback yang bagus, anda boleh guna langkah yang lebih advance lagi dengan perkenalkan produk yang selanjutnya.

  1. Tonjolkan diri anda

Bila anda berniaga, secara tak langsung anda akan perkenalkan diri anda secara terbuka di khalayak ramai.

Kalau anda nak jaga reputasi diri dan bisnes, anda boleh buat event seperti gotong royong, ziarah rumah anak-anak yatim, beri makan golongan gelandangan dan buat kebajikan dengan beri bekalan asas untuk pihak-pihak yang terpilih.

Anda juga boleh jadi penyumbang dana terbesar dalam persatuan tersebut. Cara ini akan buatkan anda lebih menonjol dan dikenali dalam kalangan ahli persatuan sebagai seorang yang aktif dan dermawan.

  1. Cipta pengaruh yang positif

Anda juga boleh cipta pengaruh yang positif dalam persatuan tersebut. Anda boleh jadi ahli yang aktif dengan pegang salah satu jawatan dalam persatuan, seorang yang ringan tulang, mudah dibawa berbincang dan join semua aktiviti yang melibatkan persatuan. Ini akan beri pandangan yang positif kepada ahli persatuan yang lain. Ia akan jadikan anda seorang yang mudah didekati dan senang untuk diajak berkawan. Dengan cara ini, anda akan mudah nak promosikan barangan anda pada ahli persatuan.

Amacam? Bila anda berniaga, anda kena gunakan peluang yang sedia ada untuk pasarkan produk anda.

Jika ada cara yang tak perlukan kos, kenapa anda mesti hiraukan cara tersebut. Betul ke betul?

Artikel terbaru

Leave a Reply