Public Relation Bisnes. Apa Anda Boleh Lakukan?

public relation bisnes anda

Bagi syarikat-syarikat besar, yang dah ada nama, public relations mereka adalah pihak media. Tapi bagi anda yang baru berniaga ni, apa pula public relations atau PR anda yang menghubungkan antara anda dengan pelanggan?

Jangan risau, anda yang baru berniaga pun perlu ada PR untuk bisnes. Kalau tak ada, macam mana orang nak lebih kenal bisnes anda. Nak ada perhubungan dengan anda?

3 perkara boleh anda lakukan dalam public relation:

  1. Public Relations ni apa?

Public relations ialah, anda ada perhubungan dengan database anda. Contohnya, anda bagi mereka eBook. Tak kiralah anda beri percuma atau jual dengan kos yang rendah. Jadi, dengan beri eBook percuma ni, anda ada engagement dengan customer anda. Hubungan anda dengan customer anda akan terhasil dengan cepat. Kalau tak nak bagi eBook pun tak apa, bagi je buku yang anda hasilkan kepada mereka. Tulis teknik-teknik nak jadi perniaga yang berjaya dan sebagainya.

  1. Menyediakan maklumat

Public relations juga, anda menyediakan maklumat yang berinformasi kepada pelanggan anda. Contohnya anda hasilkan buku, video atau eBook dan berikan secara percuma atau anda jual dengan harga yang rendah. Dalam buku atau video tersebut, anda sediakan maklumat berkaitan produk atau servis yang anda sediakan.

Contohnya, anda agen pelancongan ke luar negara. Anda boleh sediakan info berkaitan tempat pelancongan yang menarik, destinasi bajet yang anda boleh pergi dengan keluarga atau tips keselamatan ketika melancong. Bila pelanggan anda baca eBook, buku atau tonton video anda, mereka akan dapat maklumat tersebut dan boleh praktiknya ketika melancong.

  1. Identiti peniaga

EBook yang anda hasilkan boleh dijadikan identiti kepada bisnes anda. Anda boleh hasilkan eBook berkaitan tips marketing, teknik nak mulakan perniagaan dengan modal yang rendah, tips nak berjaya dan sebagainya. Cara ini sudah cukup untuk menghubungkan anda dengan pelanggan selain anda bergiat aktif di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Blog.

Jika anda berniaga produk kesihatan, anda boleh tulis berkaitan tips kesihatan. Jadi, bila pelanggan lihat je eBook atau buku yang anda hasilkan, mereka sudah tahu yang ia kepunyaan anda.

  1. Kos yang murah

Kalau anda gunakan pihak media, mungkin akan memakan belanja yang besar. Tapi, dengan eBook, kos yang perlukan sangat rendah. Nak buat eBook, tak perlukan page yang banyak pun. Cukup dengan 10 muka surat. Anda hanya perlu taip di Microsoft word dan simpan dalam PDF. Dah siap anda tulis, emelkan kepada pelanggan yang ada dalam database. Mudah ke mudah?

Ini sebahagian manfaat kalau anda ada public relations dalam bisnes. Tak perlu fikir nak cari media untuk buat coverage, nak buat press release, guna je eBook. Bukan je murah, nak buat pun senang. Pelanggan pula boleh download je di website anda.

Artikel terbaru

Leave a Reply