Apa Dipelajari 2020, Perjuangan RichWorks 2021

Apa Dipelajari 2020, Perjuangan RichWorks 2021
Apa Dipelajari 2020, Perjuangan RichWorks 2021

Perjuangan bagi tahun 2020 tinggal beberapa jam lagi untuk berakhir. Ini merupakan tempoh penghujung pada 2020. Mari kita mulakan langkah dengan lebih berani, bersemangat malah ‘gila-gila’ bagi mencapai matlamat masing-masing.

Kalau kita boleh melalui tempoh sukar ini ketika krisis kesihatan & ekonomi dan sekarang diberi peluang untuk jalankan bisnes semula. Kenapa perlu nak buang masa?

“Inilah masanya, tidak ada masa lebih baik kecuali sekarang. Kalau anda nak buat sesuatu luar biasa!”

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Ya, tahun ini kita berdepan tempoh sukar dan mencabar namun ramai usahawan terutama yang bersama dengan RichWorks dapat mengharungi dengan betul.

Pesan Pengasas RichWorks dan MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman, bahawa semua orang ada pilihan tahap mana yang dia nak bawa diri dan bisnes.

Kita yang tentukan, Allah SWT berikan kita pilihan itu untuk berjaya.

“Saya bersyukur Allah beri peluang menjadi sebahagian dalam perjalanan anda, dapat bersama anda dalam keadaan ‘panik’ (ekoran pandemik) yang kita tak pernah alami sebelum ini.”

“Tapi saya bersyukur juga banyak kemahiran menyelesaikan masalah yang dipelajari bertahun lamanya, menyebabkan dapat bantu sama-sama kita untuk berdepan proses itu, insyaAllah dan alhamdulillah bagi 2020.”

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Kenapa ada usahawan-usahawan berjaya 2020

Menurut pemerhatian Datuk Wira Dr. Azizan Osman, usahawan-usahawan dibawah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ini yang menyaksikan peningkatan luar biasa sebenarnya macam benda biasa saja yang boleh dilakukan semua orang.

Tapi kenapa mereka berjaya sampai ke tahap itu? Selain ada ilmu, strategi, ‘unfair advantage’ bagi ahli Titanium dengan MenThor yang ada akses kepada banyak strategi yang lebih advance atau jelas untuk dilakukan.

Hal ini disebabkan usahawan-usahawan ini mempunyai 5 kunci penting yang membuatkan seseorang itu boleh pergi jauh dalam bisnes malah hidup dan kerjaya.

Perjuangan RichWorks – 5 kunci utama untuk seseorang berjaya :

  1. Dia ada impian ataupun tahu kenapa dia buat sesuatu itu.
  2. Sebab dan impian dia itu cukup besar.
  3. Dia ada kemahuan yang tinggi kerana impian saja tak cukup.
  4. Dia perlukan ‘vehicle’ atau alat. Contoh bisnes adalah alat untuk mencapai matlamat ke mana nak dituju. Kalau anda gunakan bisnes untuk capai dunia capailah dunia saja, tapi kalau guna untuk capai dunia & akhirat, insyaAllah capai dunia & akhirat kelak.
  5. Tidak pernah berhenti belajar. Kata Datuk Wira Dr. Azizan Osman bahawa pada hari anda berhenti belajar, pada hari itulah anda akan berhenti berkembang.

Ilmu ini datang dalam pelbagai bentuk, anda boleh belajar daripada video-video perkongsian RichWorks, program yang dianjurkan, baca buku, internet dan sebagainya tapi asalkan ia adalah betul dan ada results.

Banyak cara untuk anda belajar, cuma bagi ilmu yang berbayar ini berbezalah dia punya outcome. Mungkin lebih ia lebih pantas dan jelas untuk anda bertindak dan sebagainya.

Umpama dalam sebuah perjalanan, ia akan berbeza outcome bila ada orang yang guide atau bimbing dengan perjalanan yang tak ada guide.

Perjuangan RichWorks 2021

Pada tempoh PKP saja, RichWorks telah memberikan latihan dan bimbingan kepada sekitar 400,000 orang dengan jumlah keseluruhan dari tahun 2008 hingga 2020 berjumlah 1.1 juta orang.

RichWorks memang nak bagi lebih sokongan sebanyak yang boleh supaya lebih ramai orang memulakan perniagaan yang berjaya.

“Tapi 90 peratus daripada mereka tak berniaga dengan strategi yang betul disebabkan tak ada ilmu.”

Datuk Wira Dr. Azizan Osman mahu membantu lebih ramai orang dan kita semua termasuk bisnes dengan memberikan peluang pekerjaan, perniagaan, meneruskan kehidupan malah menyumbang lagi banyak kepada golongan yang memerlukan.

Bahkan platform Bina Bisnes Berjaya telah dibangunkan khususnya bagi 2021 untuk menyokong semua tahap usahawan iaitu dari New Business, Startup, Growing dan Expansion.

Setiap tahap bisnes ini mempunyai cabaran yang berbeza dan memerlukan ilmu-ilmu berkaitan bagi berdepan dengan cabaran berkenaan.

Kita mahukan lebih ramai bangsa usahawan yang berjaya bukan setakat RM1 juta malah lebih daripada itu lagi.

Bagaimanapun, ini semuanya terletak pada pilihan anda sendiri. Jom lihat kejayaan usahawan-usahawan ini dan mendengar pesanan daripada Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply