Pencapaian, Pengiktirafan & Anugerah RichWorks Bersama PKS 2020

Pencapaian, Pengiktirafan & Anugerah RichWorks Bersama PKS 2020

Result Matters. Hasil tindakan yang dilakukan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang dibimbing RichWorks menyaksikan pelbagai peningkatan, pencapaian malah mendapat pengiktirafan & Anugerah pada 2020 ini.

Walaupun dalam tahun sukar ini, bukan mudah bagi bisnes dan usahawan-usahawan untuk berdepan dengan situasi yang tak pernah dilalui sebelum ini.

“Kita fokus kepada apa kita boleh control dan buat vs apa yang kita tak boleh control dan buat”

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Perkara kita tak boleh control seperti Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebagainya. Tapi ada benda kita boleh kawal, seperti emosi kita, fokus dan lain-lain lagi.

Perkara ini membuatkan bisnes-bisnes dapat membuat apa yang boleh dibuat bagi memastikan bisnes bukan saja dapat bertahan malah menyaksikan peningkatan.

Alhamdulillah selepas melalui tempoh kritikal PKP, bisnes-bisnes mula fokus. Malah pada Jun menyaksikan ramai Titanium pecah rekod masing-masing.

Pencapaian PKS di bawah RichWorks :

  1. Sabella (Sabella Holding Sdn. Bhd. )

Sabella bermula bersama RichWorks dengan jualan kurang daripaa RM1 juta namun hingga kini jualan telah pun mencecah RM115 juta dengan sedang nak mencapai RM120 juta pada 31 Disember ini.

Sabella juga menerima anugerah The Brandlaureate The World’s First SME’s Bestbrands e-Branding Award 2020 kategori Ironless Women’s Modest.

2. Mamasab (Mamasab International Sdn. Bhd.)

Mamasab yang menjual pelbagai jenis kek merupakan bisnes kedua yang bermula daripada bawah RM1 juta bersama RichWorks telah berjaya mencapai jualan RM100 juta ketika ini.

3. Hasnuri (Hasnuri Sdn. Bhd.)

Bisnes Hasnuri menyaksikan peningkatan jualan sekitar 2 kali ganda iaitu RM47 juta berbanding RM21 juta pada 2019. Baju kurung yang dijual sebanyak 1 juta pasang berbanding hanya 420,000 pasang pada tahun lalu.

Mereka juga menerima anugerah – The Brandlaureate The World’s First SME’s Bestbrands e-Branding Award 2020 bagi kategori Fashion Muslimah Wear.

  1. Eskayvie (Eskayvie Sdn. Bhd.)

Bisnes Eskayvie menyaksikan peningkatan jualan kepada RM50 juta berbanding RM46 juta pada tahun lalu.

Mereka juga menerima anugerah Superbrand Malaysia’s Choice 2020.

  1. Nurraysa (Nurraysa Global Sdn. Bhd.)

Bisnes Nurraysa menyasikan peningkatan jualan lebih 2 kali ganda iaitu daripada RM13 juta pada 2019 kepada RM30 juta pada tahun ini.

Mereka juga menambah peluang pekerjaan kepada orang ramai iaitu daripada 51 staf kepada 81 orang tahun ini.

  1. Mutyara (A Klasse Essentials Shd Bhd)

Bisnes ini menyaksikan peningkatan lebih 100 peratus sebanyak RM14 juta daripada RM1.3 juta. Bahkan dahulu hanya dengan staf seramai 3 orang dan kini sudah ada 25 orang disamping mempunyai Wisma Mutyara dengan 4 tingkat pada tahun ini.

Jenama Mutyara juga menerima Anugerah The BrandLaureate SMEs BEST BRANDS e-BRANDING AWARD 2020 bagi Wellness – Health & Beauty Supplement. Selain itu, pengasasnya, Tya Arifin telah menerima anugerah sebagai Nona Most Promising Entrepreneur.

  1. Husmat Furniture (Husmat Furniture Sdn. Bhd.)

Jualan menyaksikan peningkatan dari RM4 juta tahun lalu kepada RM5.3 juta pada 2020. Rekod jualan bulanan juga berjaya dipecahkan dari RM500,000 kepada RM740,000.

  1. DAG (Das Abdul Global Sdn. Bhd.)

Rekod jualan tahun lalu dipecahkan daripada RM9.4 juta kepada RM11.5 juta pada tahun ini. Bukan itu saja, staf juga diupah 2 kali ganda kepada 46 orang daripada 20 orang.

Warehouse juga ditambah dengan kini mempunyai 2 warehouse dengen keluasaran 8,364 kaki persegi.

  1. PTTI (PTTI Group Sdn. Bhd.)

Pada 2019, PTTI hanya mempunyai 20 staf dengan 5,000 pelajar yang hadir ke seminar dianjurkan dengan jualan RM2.9 juta. Bagaimanapun, pada 2020 ini menyaksikan peningkatan dengan 51 staf tetap, pelajar yang hadir ke seminar online berjumlah 70,000 dan jualan RM4.8 juta.

Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI itu juga buat kali pertama menerima Anugerah BrandLaureate Bestbrands in Online Education Platform.

  1. Nerrys (Nerrys Enterprise)

Pada tahun lalu, hanya beroperasi dari rumah dengan jualan RM743,000. Tapi pada tahun 2020, Nerrys telah beroperasi di kedai dengan jualan RM1.46 juta. Nerrys juga telah mendaftarkan di bawah kategori syarikat Sdn. Bhd. pada tahun ini.

Ini hanyalah sebahagian daripada lebih 50 pencapaian, pengiktirafan dan anugerah pada tahun ini diterima PKS yang mengikuti Program Mentoring Titanium bersama RichWorks.

Hal ini menunjukkan bahawa latihan dan bimbingan yang diberikan RichWorks bersama Pengasas dan MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman terbukti memacu usahawan-usahawan khususnya bumiputera di negara untuk membina bisnes yang berjaya.

Dalam pada itu, pada tahun ini, RichWorks juga telah menerima The BrandLaureate SMEs BestBrands e-Branding Awards 2020 bagi kategori Training – Entrepreneurial and Business Development.

Bahkan Datuk Wira Dr. Azizan Osman pula menerima The BrandLaureate BrandLeadership 2020 Award dan penganugerahan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Bukan itu saja, Pengasas Bersama RichWorks, Datuk Zafrol Rizal Mat menerima penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk.

Bagaimanapun, bagi RichWorks pengiktirafan dan anugerah paling besar adalah melihat kejayaan-kejayaan dikecapi lebih ramai usahawan yang bersama mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=VoULX3Mxaug&t=715s

Bagaimanapun, jangan lihat kejayaan ini dari sudut negatif, PHD – penyakit hasad dengki sebaliknya lihat yang mana tidak mustahil untuk usahawan-usahawan berjaya dalam bisnes.

Jelas Datuk Wira Dr. Azizan Osman, semua orang mampu bina bisnes berjaya jika beri peluang kepada diri sendiri. Ia tidak mustahil kepada orang yang nak insyaAllah. Kalau orang itu tak nak, tak adalah benda itu.

“Jangan risau bila tengok melihat orang lain lebih jauh ke depan, risau diri kita ini adakah buat lebih baik dari semalam

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply