DARI SEBUAH MESIN JAHIT, KINI JUALAN RM100 JUTA

Siapa sangka, bermula dari rumah menggunakan sebuah mesin jahit, dan niat nak bantu menambahkan pendapatan seisi keluarga, jenama Sabella kini mampu berdiri gah dengan pembukaan kilang seluas 30,000 kaki persegi pada 1 Januari 2020 baru-baru ini.

Alhamdulillah, pembukaan tahun baru 2020 yang penuh makna dan menjadi sejarah buat Tuan Mohd Sufian Sulaiman dan isteri, Puan Siti Fatimah Abd Samad, pemilik Sabella Holding Sdn Bhd. Perasmian kilang baru mereka ini dirasmikan MenThor mereka, Dr Azizan Osman.

Berlokasikan kawasan perindustrian yang kebanyakan kilangnya dimiliki oleh jenama terkenal yang ada di Malaysia, berdiri megah kilang milik ahli Titanium #AnakDidikDrAzizanOsman yang pada asalnya hadir ke Program RichWorks dengan jualan di bawah RM30,000 sebulan.

Perkongsian terbaru Sufian, pada 11 Januari 2020, Sabella berjaya beli Forklift untuk memudahkan kerja-kerja mengangkat barang-barang tinggi di kilangnya.

Cerita Sufian Sulaiman, Siti Fatimah pernah berniat, “Jika Allah bantu aku hari ini, maka aku akan bantu lebih ramai orang yang susah dari aku sekarang.”

Daripada niat itu, dengan izin Allah ia berubah menjadi datangnya punca rezeki yang melimpah tanpa mereka sedar. Kini, Sabella membantu menjadi sumber pendapatan kepada ejen dan dropship dan juga kepada kakitangannya.

Mengenang perjalanan bisnesnya, Siti dulunya struggle menjahit 100 helai tempahan hingga jari bengkak, sakit dan tak boleh bergerak. Tetapi Siti tetap berusaha menyiapkan tempahan baju dan memastikan pelanggannya dapat apa yang mereka inginkan. Siti  bersungguh-sungguh nak bantu Sufian menambahkan pendapatan dan beliau sendiri tak nak hidup susah.

Sufian pernah berkongsi kisah dengan kami, pendapatannya sebagai pelukis pelan dan duduk di tengah bandar membuatkan hidup mereka setakat hidup sahaja. Bukan tak bersyukur, tapi beliau mahukan kehidupan yang lebih baik dan mampu memberi kebahagiaan kepada keluarga.

This image has an empty alt attribute; its file name is sabella-33.jpg

Alhamdulillah, struggle dan susah payah di waktu awal berniaga membuahkan hasil apabila mereka mula dapat order yang makin banyak. Mereka mula mencari MenThor bisnes dan mula bertemu dengan Datuk Wira Dr. Azizan Osman serta hadir ke Program RichWorks. Asbab berMenThor dengan Datuk Wira, mereka juga boleh upgrade bisnes daripada 1 mesin jahit kepada lebih 30 mesin jahit, mula menyewa 1 kedai ‘corner lot’ dan menambah jumlah pekerja. 

Bukan itu sahaja, jika dulu sales mereka yang hanya RM1 juta setahun meningkat kepada RM24 juta pada 2019. Hanya dalam dalam tempoh 3 tahun setelah berMenThorkan Datuk Wira. Dan lebih membanggakan pembukaan kilang baru mereka tidak menggunakan pinjaman daripada bank. Semua itu hasil daripada bisnes beliau.

Tapi tidak berhenti setakat itu saja, pada tahun 2020 ini menyaksikan sejarah tercipta dengan jualan Sabella mencecah RM100 juta walaupun banyak bisnes terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts