Sabella : Dari Sebuah Mesin Jahit, Kini Jualan Capai RM120 Juta

Sabella Jadi Penaja Bersama Bagi Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35)

Siapa sangka, bermula dari rumah menggunakan sebuah mesin jahit, dan niat nak bantu menambahkan pendapatan seisi keluarga, jenama Sabella kini mampu berdiri gah dengan pembukaan kilang seluas 30,000 kaki persegi pada 1 Januari 2020 tahun lalu.

Alhamdulillah, pembukaan tahun 2020 yang penuh makna dan menjadi sejarah buat Tuan Mohd Sufian Sulaiman dan isteri, Puan Siti Fatimah Abd Samad, pemilik Sabella Holding Sdn Bhd. Perasmian kilang baru mereka ini dirasmikan sendiri MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Kilang Sabella berlokasikan kawasan perindustrian yang kebanyakan kilangnya dimiliki oleh jenama terkenal yang ada di Malaysia, berdiri megah kilang milik ahli Titanium #AnakDidikDrAzizanOsman yang pada asalnya hadir ke Program RichWorks dengan jualan di bawah RM30,000 sebulan.

Perkongsian terbaru Sufian, pada 11 Januari 2020, Sabella berjaya beli forklift untuk memudahkan kerja-kerja mengangkat barang-barang tinggi di kilangnya.

Cerita Sufian Sulaiman, Siti Fatimah pernah berniat, “Jika Allah bantu aku hari ini, maka aku akan bantu lebih ramai orang yang susah dari aku sekarang.”

Daripada niat itu, dengan izin Allah ia berubah menjadi datangnya punca rezeki yang melimpah tanpa mereka sedar. Kini, Sabella membantu menjadi sumber pendapatan kepada ejen dan dropship dan juga kepada kakitangannya.

Mengenang perjalanan bisnesnya, Siti dulunya struggle menjahit 100 helai tempahan hingga jari bengkak, sakit dan tak boleh bergerak. Tetapi Siti tetap berusaha menyiapkan tempahan baju dan memastikan pelanggannya dapat apa yang mereka inginkan. Siti bersungguh-sungguh nak bantu Sufian menambahkan pendapatan dan beliau sendiri tak nak hidup susah.

Sufian pernah berkongsi kisah dengan kami, pendapatannya sebagai pelukis pelan dan duduk di tengah bandar membuatkan hidup mereka setakat hidup sahaja. Bukan tak bersyukur, tapi beliau mahukan kehidupan yang lebih baik dan mampu memberi kebahagiaan kepada keluarga.

This image has an empty alt attribute; its file name is sabella-33.jpg

Alhamdulillah, struggle dan susah payah di waktu awal berniaga membuahkan hasil apabila mereka mula dapat order yang makin banyak. Mereka mula mencari MenThor bisnes dan mula bertemu dengan Datuk Wira Dr. Azizan Osman serta hadir ke Program RichWorks. Asbab berMenThor dengan Datuk Wira, mereka juga boleh upgrade bisnes daripada 1 mesin jahit kepada lebih 30 mesin jahit, mula menyewa 1 kedai ‘corner lot’ dan menambah jumlah pekerja. 

Bukan itu sahaja, jika dulu sales mereka yang hanya RM1 juta setahun meningkat kepada RM24 juta pada 2019. Hanya dalam dalam tempoh 3 tahun setelah berMenThorkan Datuk Wira. Dan lebih membanggakan pembukaan kilang baru mereka tidak menggunakan pinjaman daripada bank. Semua itu hasil daripada bisnes beliau.

Tapi tidak berhenti setakat itu saja, pada tahun lalu menyaksikan sejarah tercipta dengan jualan Sabella melebihi RM100 juta iaitu hampir RM120 juta walaupun ketika banyak bisnes terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Sabella Jadi Penaja Bersama Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35)

Terkini, siapa sangka Sabella yang bermula dengan hanya sebuah mesin jahit sudah mengorak langkah untuk menjadi Penaja Bersama bagi Anugerah Juara Lagu 35 ( AJL35 ) pada 14 Mac 2021.

Meskipun sebagai PKS, mereka mampu meletakkan diri sebaris dengan syarikat multinasional atau Multinational Corporation (MNC) iaitu Celcom Xpax dan Shell.

AJL35 ini disokong oleh penaja utama, McDonald’s Malaysia, penaja-penaja bersama iaitu Celcom Xpax dan Sabella serta Shell selaku rakan penaja. Tahniah Sabella, syarikat PKS yang pastinya membanggakan kita semua.

Tidak mustahil untuk bangsa usahawan untuk berjaya seperti yang dicapai oleh Sabella dengan adanya ilmu yang betul, sistem dan pentingnya MenThor yang ada proven results.

Justeru itu, jangan terlepas untuk sertai program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Nak Ubah Hidup yang dijalankan secara PERCUMA pada 26 -28 Mac 2021.

Program yang ‘wajib’ disertai terutama bangsa usahawan yang bukan saja nak berubah malah upgrade hidup ini seterusnya bisnes mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=IjyHf1OJxKM

Artikel terbaru

9 Comments

Leave a Reply