Percaya Setiap Kesusahan Ada Kesenangan. Usahawan Tak Boleh Cepat Mengalah

Percaya Setiap Kesusahan Ada Kesenangan

Kita kena yakin dan percaya terutama yang beragama Islam bahawa setiap kesusahan ada kesenangan. Tiada sesiapa yang mahu diri ditimpa kesusahan dan musibah namun ia adalah lumrah dalam kehidupan manusia.

Walau ribut badai yang menimpa, banjir dan pandemik COVID-19 yang berlaku ketika ini menyebabkan ramai terjejas dari segi kesihatan, kewangan malah kehidupan namun akan ada kesenangannya.

Cuma macam mana kita mahu melihatnya dan menguruskan dengan baik. Ujian-ujian ini adalah lumrah dalam kehidupan kita sebagai manusia.

Ia boleh hadir dalam pelbagai bentuk seperti pandemik ketika ini, kesihatan, kematian, kemalangan, kemusnahan, dan kesusahan yang luar daripada kebiasaan membuatkan diri kita berasa tidak senang dalam diri.

Soal kesusahan atau kesulitan ini jelas dinyatakan Allah SWT dalam firman-Nya:

“Kerana sesungguhnya, sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya, sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah Al-Insyirah 94:5-6).

Apa yang dapat kita simpulkan bahawa setiap kesusahan ada kesenangan!

Allah SWT yang Maha Bijaksana dan sebaik-baik Perancang maka kita sebagai hamba-Nya perlulah bersabar dan berdepan dengan keadaan ketika ini dengan lebih positif.

Kita berusaha dan mencari penyelesaian kepada masalah, kesusahan yang ada sebelum bertawakal serta berserah kepada-Nya.

Soalnya, adakah kita sudah berusaha? Sudahkah kita cari jalan macam mana nak berjaya ketika ini? Tepuk dada, tanya selera anda.

Allah SWT bersama orang-orang yang sabar. Dalam kesusahan itu, pasti ada kemanisan kelak.

Kesusahan yang dirasai ketika ini jadikan sebagai peluang untuk menguatkan jiwa kita, hubungan dengan Allah SWT, mendapatkan ilmu baru, jadikan sebagai pengalaman dan pedoaman.

Bahkan, setiap perkara berlaku ini ada hikmahnya yang tak dapat kita pelajari dari dalam kelas sebaliknya melalui pengalaman yang dilalui sendiri atau perkongsian orang lain.

Setiap Kesusahan Ada Kesenangan : 3 perkara boleh kita lakukan dalam tempoh ini :

  1. Mendekatkan diri dan hampir kepada Pencipta. Tingkatkan amal ibadat dan perbanyakan doa agar urusan dipermudahkan. Dalam situasi musibah tertentu seperti banjir, jadikan ia medan untuk menilai semula jika ia berpunca perbuatan dan kealpaan manusia.
  1. Lihat balik diri, muhasabah diri kembali. Mungkin ada benda yang tak betul dan salah kita lakukan secara tak sengaja atau sengaja. Kelalaian kita dalam berkongsikan rezeki yang ada ataupun ibadat wajib yang dilakukan tak sempurna.
  1. Bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah SWT. Dia takkan menguji hamba-Nya di luar kemampuan seseorang itu. Hal ini secara tegas dinyatakan dalam al-Quran:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya…” (Surah Al-Baqarah 2:286).

Jom bangsa usahawan bersama-sama bangkit

Sehubungan itu, bangsa usahawan di luar sana sebenarnya boleh bangkit dan bina bisnes berjaya walaupun dalam tempoh mencabar ini.

Kekangan dan halangan dirasai ketika ini hanyalah sementara. Pasti ada jalan, cuba anda lihat buktinya pada PKP tahun lalu ramai usahawan di bawah bimbingan RichWorks mencapai pencapaian yang luar biasa walaupun ketika ada banyak kekangan dan halangan.

Anda juga boleh berjaya seperti mereka ini.

Jom perbanyakan doa kita apatah lagi pada hari Jumaat ini.

Salah satu doa ma’thur diriwayatkan Abu Daud dan diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada kita agar dijauhkan daripada perasaan keluh kesah dan dukacita.

“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”

Artikel terbaru

Leave a Reply