5 Idea Bisnes Semasa PKP Bagi Mereka Nak Jana Pendapatan

Idea Bisnes Semasa PKP Bagi Mereka Nak Jana Pendapatan

Jom kami kongsikan anda beberapa idea bisnes semasa PKP 2.0 ini.

Tapi bila masa sesuai nak buat bisnes ya? Sebenarnya bila-bila kita boleh mula bisnes jika tahu caranya ada ilmu, strategi, sistem dan bimbingan daripada MenThor yang ada results.

Perkara-perkara ini dapat mengelakkan kita daripada melakukan kesilapan tak patut dilakukan, melanggar tembok dan dinding yang boleh mendatangkan kerugian dari segi duit mahupun masa.

Malah risiko sangat tinggi untuk bisnes yang kita lakukan akan lingkup disebabkan diri sendiri tak ada kekuatan dan tahu macam mana nak membina bisnes yang berjaya.

Bisnes bukan hanya soal produk atau servis untuk jual saja ya, sebenarnya ada banyak benda lain yang perlu kita ketahui untuk pastikan bisnes mendatangkan hasil malah boleh berkembang.

PKP 2.0 yang sedang berlangsung di beberapa negeri ketika ini, apakah bisnes yang dilihat sesuai untuk mereka yang nak jana pendapatan terutama mereka hilang pekerjaan atau nak cari duit tambahan. Berikut beberapa idea bisnes boleh anda pertimbangkan ketika ini.

5 Idea Bisnes Semasa PKP :

  1. Makanan dan minuman

Bagi mereka yang pandai memasak atau ada resepi air yang enak bolehlah menjalankan bisnes ini dari rumah anda.

Apatah lagi ketika PKP 2.0 ini, lebih ramai orang meluangkan banyak masa di rumah mereka. Aktiviti membeli makanan menggunakan aplikasi khidmat penghantaran makanan juga meningkat ketika PKP lalu.

Ada masa orang ramai mungkin sudah ‘bosan’ dengan masakan sendiri dan mahu mencuba makanan yang ada ditawarkan menggunakan aplikasi seperti Grab Food, Food Panda dan banyak lagi.

Mengikut syarikat perkhidmatan Grab, permintaan untuk perkhidmatan seperti makanan, pasar raya dan penghantaran meningkat lebih 30% sepanjang PKP sebelum ini.

  1. Hasil seni, pertukangan dan kraftangan

Ini masanya untuk anda mengetengahkan hasil seni, pertukangan dan kraftangan yang boleh dihasilkan. Sebelum itu, buat kajian dulu dengan melayari internet untuk ketahui adakah produk itu dicari ramai orang di luar sana.

Anda boleh menjualnya secara online terutama dalam melalui laman e-dagang atau e-commerce ataupun platform online marketplace seperti Lazada, Shopee dan lain-lain.

  1. Kelas kecergasan secara online

Ketika ini ramai orang berada di rumah dan risau malah sangat ambil berat dengan tahap kesihatan diri dan keluarga. Sebab itu, kelas-kelas kecergasan seperti zumba, senaman tua, yoga dan sebagainya mendapat sambutan ketika tahun lalu.

  1. Servis runner

Ini juga boleh dijadikan bisnes dengan anda boleh bekerjasama dengan gerai-gerai di kawasan rumah anda mahupun jiran anda yang berniaga untuk menghantar pesanan mereka.

Lebih mudah, anda juga boleh menyertai syarikat penghantaran seperti Lalamove, Bungkusit, Ninja Van dan sebagainya. Ketika tempoh PKP lalu, penghantaran barangan juga meningkat dengan ramai orang sudah biasa beli secara online.

  1. Dropship atau ejen bisnes orang lain

Bisnes ini anda tidak memerlukan modal besar malah ada yang percuma. Paling penting anda perlu mempunyai keberanian dan internet untuk berkongsikan produk atau servis yang ditawarkan syarikat yang anda sertai secara online mahupun offline.

Kita tak perlu pun pegang stok dan melaburkan wang dulu untuk membeli produk itu terlebih dahulu.

Bagaimanapun, anda kenalah memilih bisnes yang betul-betul berjaya dan memberi sokongan terbaik kepada dropshipper itu. Hal ini dapat memastikan anda dapat menjana pendapatan yang dimahukan.

Ok tak idea bisnes di atas ini? Bagaimanapun nasihat kami bagi mereka yang baru bermula dan nak bermula buat bisnes agar melaburkan masa untuk mendapatkan ilmu keusahawanan yang penting.

Mungkin anda menganggap bisnes kecil-kecil ini mudah dan tak perlu nak belajar sangat. Tapi realitinya bisnes ini tak mudah dan kemungkinan untuk anda tak ada keuntungan malah mungkin rugi agak tinggi jika tak ada ilmu bisnes.

Ilmu bisnes ini boleh dapat melalui pelbagai cara seperti dari internet, video-video, buku, pengalaman orang lain dan banyak lagi. Cuma kita kena pandai-pandai tapis dan melihat mana satu yang ada proven results agar ada keyakinan tinggi untuk dilakukan.

Seperti RichWorks, sepanjang PKP 2.0 ini menyediakan banyak perkongsian-perkongsian melalui pelbagai platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Youtube – Datuk Wira Dr Azizan Osman agar dapat bantu lebih banyak bangsa usahawan dalam berdepan situasi ini.

Apatah lagi, program Bina Bisnes Berjaya akan diadakan pada hujung bulan ini bagi menyediakan bangsa usahawan pada awal tahun baru ini.

Artikel terbaru

Leave a Reply