Bantu Usahawan Untuk Terbang Lebih Tinggi

Bantu Usahawan Untuk Terbang Lebih Tinggi

Puan Tina bangun seawal pagi, sama seperti hari-hari lepas. Tapi hari ini lain, dia bangun dengan harapan WhatsApp dan PMnya akan penuh dengan soalan-soalan daripada pelanggan yang mahu membeli produk kecantikan yang baru beliau iklankan malam tadi.

Puan Tina yakin, copywriting dibuat sudah cukup baik dan gambar-gambar yang digunakan cukup WOW! Yang paling penting dia dah ‘letakkan’ sejumlah wang yang besar untuk buat FB ADs dan Boost posting di FB malam tadi.

Puan Tina tak sabar nak tengok WhatsApp dan PMnya.

“Mesti banyak ni…habislah aku! Kena fikir siapa nak bungkus, siapa nak buat delivery…kena cek bayaran yang diterima..” bisiknya dalam hati.

Sebaik sahaja Puan Tina menghidupkan handphone dan menekan simbol hijau WhatsApp, matanya terbeliak – KOSONG! Tiada WhatsApp yang masuk.

“Takpe..takpe..mungkin ada PM atau yang tulis di ruangan komen,” pujuk kepada dirinya sendiri.

Puan Tina tengok PM, ada 1 mesej sahaja. Pn Tina tengok pula di ruangan komen – hanya ada 3 komen sahaja yang bertanyakan tentang bisnesnya. Puan Tina terduduk. Semangatnya hilang. Cita-cita nak buat jualan yang lebih banyak di bulan itu hancur musnah.

Bisik Puan Tina “Kenapa tak ada, apa yang tak kena?”

Situasi seperti ini bukan lakonan atau imaginasi penulis semata-mata. Ini adalah kenyataan yang biasa dihadapi oleh ramai usahawan. Tak kira usahawan baru atau lama, pasti pernah hadapi situasi seperti ini.

Sebenarnya, ramai usahawan membazirkan keuntungan perniagaan dengan membelanjakan sejumlah wang yang besar ke atas pengiklanan yang tak dirancang dengan betul dan salah sasaran.

Akibatnya, ianya tak berhasil atau hasil yang diperolehi adalah tidak signifikan dengan jumlah belanja yang dikeluarkan.

Sebahagian usahawan yang lain pula, tak berani langsung untuk membuat periklanan dan pemasaran kerana mereka rasakan ia memerlukan kos yang sangat tinggi. Dan paling menakutkan – mereka tak sedar tanpa sebarang marketing, bisnes mereka susah nak hidup!

Apatah lagi dengan pandemik yang masih berada dalam masyarakat malah kes makin meningkat pasti membuatkan orang ramai agak takut untuk keluar dari rumah seperti sebelum tiadanya virus COVID-19.

Bantu Usahawan Untuk Terbang Lebih Tinggi

Bantu Usahawan

Justeru itu, RichWorks bersama MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman mahu bantu usahawan, bimbing lebih ramai bangsa usahawan untuk berdepan cabaran-cabaran pada tahun baru ini.

Program Bina Bisnes Berjaya ini bagi bimbing dan bantu usahawan pada awal tahun ini yang mana akan diadakan pada 30-31 Januari 2021 ditambah bonus pada 1 Februari 2021 nanti.

RichWorks nak bantu ramai usahawan pada 2021 ini untuk membina dan membawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi walaupun dalam keadaan pandemik ini dengan kes yang semakin meningkat.

Pada tahun lalu walaupun ia merupakan kali pertama kita berdepan situasi sebegitu, 777 usahawan yang merupakan anak didik MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berjaya mencatat jualan melebihi RM2.1 bilion.

Dalam pada itu, usahawan perlu lihat apa yang boleh dilakukan untuk terus berdaya saing dan mampu bertahan buat masa ini.

Cara anda berniaga menentukan jumlah jualan yang anda dapat. Jika anda masih menggunakan cara yang sama, jualan anda tak akan mungkin semakin meningkat.

Pada tahun 2021 ini, bangsa usahawan seharusnya sedar, anda tiada masa untuk berniaga sambil lewa dan santai-santai dalam tempoh masih mencabar ini. Tiada siapa dapat bantu usahawan itu sendiri jika dia sendiri tak nak bantu diri.

Dalam pada itu, anda juga sepatutnya menggunakan konsep ‘vertical take off’ dan jadikan diri dan bisnes anda seperti roket yang terus meluncur laju ke atas membelah langit dan awan.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply