Selamat Datang Tahun Baru 2021

Selamat Datang Tahun Baru 2021
Selamat Datang Tahun Baru 2021

Berakhirnya tahun 2020 dan bermulanya tahun baru 2021. Sudahkan anda mengambil masa untuk membuat refleksi kepada perkembangan perniagaan sepanjang tahun 2020?

Seterusnya, sudahkah anda membuat perancangan bagaimana anda nak mengembangkannya pada tahun baru ini? Adakah anda mahu menyaksikan kebangkitan dan peningkatan lagi?

Justeru itu, dalam kesempatan tahun baru ini sebuah resolusi atau matlamat perniagaan 2021 anda perlu dilakukan agar dapat mengetahui hala tuju yang jelas.

Ia juga umpama ketika kita memandu kereta. Kita menumpukan sepenuh perhatian kepada pandangan di depan dan sekali sekala akan melihat cermin belakang atau sisi bagi menukar laluan dan sebagainya.

Sama seperti resolusi tahun baru ini, kita perlu ambik masa untuk muhasabah sebelum buat tambah baik lagi. Tulis apa yang kita pelajari dan berlaku pada 2020 dan apa nak dibaiki dan capai pula pada tahun baru 2021.

Kita tidak boleh ubah sejarah, apa yang berlaku pada 2020 tapi boleh mencipta sejarah baru pada tahun 2021 ini.

Berikut kami kongsikan 7 resolusi tahun baru yang boleh anda gunakan untuk bisnes masing-masing :

  1. Jangan pernah berhenti belajar
  • Ilmu sangat penting dalam bisnes. MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menyatakan bahawa tahap ilmu anda menentukan tahap pendapatan anda.
  • Jika anda tidak upgrade ilmu dimiliki, bagaimana mahu bisnes anda berkembang ke tahap seterusnya. Copntohnya, sebahagian daripada kita di sini tidak pernah menyaksikan jualan mencecah pun RM1 juta. Jadi untuk nak mencapai ke tahap itu, kita memerlukan ilmu-ilmu berkaitan untuk bermain pada ‘game’ itu.
  1. Belajar lebih banyak untuk mengagihkan tugas
  • Mengagihkan tugas merupakan kunci bagi mendapatkan keseimbangan kerja & kehidupan yang sihat. Mungkin ada daripada kita yang terbiasa untuk membuat semua perkara yang selalu dilakukan ketika bisnes pada tahap permulaan.
  • Perkara ini menyebabkan mereka ini tidak ada masa dan kepenatan sebab melakukan semua perkara. Sebab itu, untuk terus berkembang dan melangkah ke tahap lebih tinggi perlunya pengagihan tugas dengan pembentukan team perniagaan anda.
  1. Jadi bisnes yang lebih bermanfaat
  • Bisnes yang dijalankan selain untuk menghasilkan keuntungan, berikan lebih manfaat kepada orang lain dan komuniti.
  • Bayangkan sumbangan, bantuan, sedekah kepada golongan yang memerlukan hasil daripada bisnes anda. Apa yang kita beri, anda akan mendapat lebih banyak lagi. Selain itu, teruskan memberi value kepada orang ramai melalui produk atau servis anda.

“What you give, you will get more”

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

  1. Berikan layanan terbaik kepada pelanggan
  • Memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik merupakan keperluan untuk sesebuah bisnes yang berjaya. Mungkin anda katakan perkhidmatan pelanggan ketika ini sudah baik, tapi anda tak boleh selesa dan terus berfikir, cari jalan bagaimana untuk tambah baik agar pelanggan kekal bersama anda.
  • Untuk mengekalkan pelanggan-pelanggan sedia ada lebih mudah berbanding pelanggan baru. Hal ini kerana anda sudah mempunyai hubungan dan pelanggan sedia ada sudah mempunyai pengalaman menggunakan produk atau servis ditawarkan sebelum ini.
  1. Tingkatkan marketing anda
  • Marketing merupakan oksigen kepada bisnes anda. Masa berubah dengan trend marketing juga ajan berubah. Justeru itu, usahawan perlu sentiasa up-to-date dengan perkembangan terkini dengan menukar strategi marketing sedia ada kepada yang lebih sesuai dan berkesan.
  1. Meningkatkan produktiviti
  • Kebanyakan bisnes berharap mempunyai lebih banyak masa untuk menyelesaikan kerja-kerja dan target mereka sebelum ini. Apa kata menjadikan produktiviti sebagai salah satu resolusi bisnes tahun baru 2021 ini.
  • Selain membuatkan kerja dengan lebih cepat, pekerja-pekerja yang lebih tersusun, anda juga perlu melaburkan dalam teknologi untuk proses automasi.
  • Dengan teknologi yang betul, anda boleh mempercepatkan proses gerak kerja dalam bisnes. Lakukan automasi kepada tugas-tugas yang mudah dahulu sebelum melihat kepada tugas yang lebih berat.
  1. Jangan abaikan roadblock
  • Tidak berbaloi untuk mengabaikannya. Selesaikan roadblock yang dihadapi anda dan team agar memudahkan tugas dan kerja yang dijalankan untuk mencapai goal.

Mungkin dari segi peralatan yang tertentu, kakitangan yang perlu ditambah dan lain-lain lagi.

Tahun Baru 2021 Yang Gemilang

Diharap perkongsian ini dapat membantu bisnes anda bangkit dan berkembang pada tahun baru 2021. Pastikan dalam segala tindakan yang kita lakukan mempunyai DUIT – doa, usaha, istiqamah dan tawakal kepada Allah SWT.

Dalam apa kita lakukan, semuanya atas keizinan-Nya. Kata Datuk Wira Dr. Azizan Osman, kita ini bukannya banyak amalan, maka jadikan setiap perbuatan kita sebagai amalan dengan perbaiki niat.

Artikel terbaru

Leave a Reply