Marketing Adalah Oksigen Untuk Bisnes

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Datuk Wira Dr. Azizan Osman selalu kata, “Marketing adalah oksigen untuk bisnes, takde oksigen bisnes pun boleh meninggal.”

Tapi, ramai orang ada  fikiran yang salah tentang marketing. Mereka fikir marketing ini macam orang buat sales – yang paksa orang untuk beli, selagi tak beli dia akan ikut saja ke mana kita pergi. Malah dia akan duduk saja, tunggu sampailah kita beli. Pernah kena macam ini kan?

Yang sebenarnya, marketing adalah sangat penting dalam bisnes, sama penting macam oksigen dalam hidup. Tak ada oksigen, mula-mula kita akan lemas, sesak nafas kemudian terus mati.

Tanpa marketing serupa macam anda tak buat bisnes.  Tanpa marketing orang tak nampak bisnes anda, orang tak nampak bagaimana anda boleh bantu mereka, orang tak tahu apa masalah mereka yang anda boleh selesaikan, orang tak nampak kat mana anda berada, dan macam mana mereka boleh dapatkan bisnes anda.

Marketing Adalah Macam Oksigen Untuk Bisnes Anda Bernafas! Cer Bayangkan Kalau Hidup Tanpa Oksigen?

Kalau anda tengok bisnes anda tak buat duit sangat, stok tak habis, orang masih tak tahu anda ini berniaga apa. Itu tanda-tanda anda tak buat marketing dan yang paling penting anda tak buat marketing yang betul.

Marketing yang betul maknanya marketing yang membuahkan hasil, sales masuk, pelangga makin banyak, pelanggan lama masih kekal bersama anda itu tandanya anda sudah buat marketing yang betul.

Lagi teruk rasanya bila anda dah habiskan duit yang banyak untuk marketing, kos yang besar dah dikeluarkan tapi masih tak ada sales masuk!

Anda perlu ada ilmu macam mana nak buat marketing yang betul, macam mana nak jadikannya berhasil, apa nak dicakap, kepada SIAPA nak dicakapkan atau memasarkannya.

Kami yakin anda nak lonjakkan perniagaan dan tingkatkan pendapatan anda. Jadi untuk usahawan, kami yakin sangat anda nak tahu macam mana nak memulakan perniagaan dengan marketing yang betul.

Pergi belajar, dapatkan ilmu marketing yang terbukti berjaya. Marketing ini pun bukannya memerlukan kos yang besar kepada yang baru buat bisnes. Anda boleh saja membuat marketing tanpa sebarang kos, hanya perlukan ilmu, teknik dan dibuat secara konsisten.

“Marketing ialah buat orang nampak bisnes kau.”

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Join the Conversation

2 Comments

  1. Marketing adalah nyawa bagi bisnes. Tanpa mrktg orang tidak tahu bisnes yang kita buat atau tidak kenal brand produk bisnes kita. Mesti ada Menthor supaya dapat guide kita utk cara yg betul utk bisnes mrktg bagi mengelak drp kos yang membazir dr cara mrktg yg salah.

  2. Marketing adalah nyawa bagi bisnes. Tanpa mrktg orang tidak tahu bisnes yang kita buat atau tidak kenal brand produk bisnes kita. Mesti ada Menthor supaya dapat guide kita utk cara yg betul utk mrktg bagi mengelak drp kos yang membazir dr cara mrktg yg salah dan akibatnya sales kita terus merudum.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Etika dan Bisnes

Etika dan Bisnes

Apa pandangan anda bila anda lihat orang-orang tak beretika disekeliling anda? Mesti rasa macam nak bagi nasihat je kan? Sebelum anda bagi nasihat pada orang

PUNB - Apa Usahawan Boleh Perolehi?

PUNB – Apa Usahawan Boleh Perolehi?

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyediakan kemudahan bagi usahawan bagi pembiayaan perniagaan dan sokongan perniagaan untuk bantu operasi dan pengurusan perniagaan. Jika anda dalam bidang

Kisah Inspirasi Pengasas WhatsApp

Kisah Inspirasi Pengasas WhatsApp

Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita, malah di dunia pasti ada menggunakan aplikasi, WhatsApp bagi berhubung antara satu sama lain. Tahukah anda, jumlah pengguna WhatsApp aktif

Agresif – Fast Action, Fast Result

Agresif – Fast Action, Fast Result

‘Fast action, fast result’.Jika anda nak berjaya dengan cepat, itu yang patut anda buat, betul? Jika anda main-main, nanti-nantilah, dan ingat-ingat lupa je apa yang