Kejayaan RichWorks 2020 : Melahirkan Usahawan Berjaya di Malaysia

Tahun 2020 yang semakin hampir menutup tirainya telah dan sedang menyaksikan kejayaan RichWorks International Sdn. Bhd dalam melahirkan usahawan berjaya di Malaysia.

Seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mengikuti Program Mentoring Spire & Titanium berjaya mencipta rekod baharu dengan mencatatkan nilai jualan melebihi RM2 bilion pada tahun ini saja.

Meskipun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda dunia, nilai jualan daripada PKS tersebut menyaksikan peningkatan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu.

Daripada RM2 bilion nilai jualan itu, Spire mencatatkan jualan sebanyak RM211 juta iaitu kenaikan 17.5 peratus pada tahun 2020 berbanding RM155 juta pada tahun 2019. 

Mentoring Spire selama 12 bulan ini merupakan program bimbingan usahawan untuk membantu mencapai jualan perniagaan sehingga RM1 juta dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun.

Malah direkodkan seramai 207 usahawan menyertai Spire telah pun mencapai RM1 juta pertama mereka sejak program dimulakan pada November 2018 hingga hari ini.

Bagi Titanium pula mencatatkan kenaikan 9 peratus iaitu RM1.8 bilion jualan tahun ini berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2019.

Program Mentoring Titanium juga selama 12 bulan yang mana mereka bukan saja mendapatkan ilmu dan bimbingan daripada MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman malah mendapatkan kepastian dalam membuat keputusan.

Sebagai penganjur acara dan seminar terbesar negara dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran, RichWorks sejak 2008 sehingga kini telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang untuk bergelar sebagai usahawan yang berjaya di Malaysia malah negara luar.

Lebih signifikan, sejak pandemik COVID-19 melanda di negara, RichWorks berjaya membimbing lebih 400,000 ribu usahawan dengan penganjuran program keusahawanan virtual online mengikut norma baharu yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks.

Usahawan ini dibimbing untuk selamatkan perniagaan yang terjejas disamping bagi mereka yang baru nak mula berniaga ekoran kehilangan pekerjaan.

Bahkan, RichWorks bersama anak didik MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman serta orang ramai juga menghulurkan bantuan pada Sumbangan Support Sabah melalui Tabung Kebajikan RichWell (RichWorks International) berjumlah RM353,406.35.

Sumbangan itu diserahkan kepada pihak MERCY Malaysia bagi membantu mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di Sabah.

Selain itu, RichWorks  pada 24 Julai 2020 juga menjalinkan kerjasama bersama Pertubuhan Kasih Neelofa dan berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak 151 ekor lembu yang bernilai RM795,750 bagi Majlis Pelaksanaan Ibadah Korban untuk diagihkan kepada golongan-golongan yang memerlukan.

Nak Jadi Usahawan Berjaya di Malaysia?

Dalam pada itu, RichWorks juga percaya peluang sentiasa ada untuk usahawan atau bakal usahawan di Malaysia untuk bangkit berniaga pada tahun hadapan dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul dan seterusnya dapat lonjakan jualan dan bisnes mereka berlipat ganda.

Tidakkah anda ingin menjadi seperti bisnes Sabella yang sehingga hari ini telah mencapai jualan lebih RM100 juta pada tahun ini walaupun dalam tempoh mencabar ini. Nak tahu kisah bisnes Sabella anda boleh klik di sini.

Hasil latihan dan bimbingan diberikan RichWorks bersama MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah terbukti dapat melahirkan usahawan yang berjaya. jangan terlepas untuk mengikuti program-program yang disediakan khas buat membimbing para usahawan di luar sana.

“RichWorks bersama Pengasas, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ingin terus membimbing usahawan atau bakal usahawan yang komited dalam membina bisnes yang berjaya.”

“Sehubungan itu, kami telah membangunkan platform Bina Bisnes Berjaya yang akan membantu usahawan mengikut 4 tahap berbeza iaitu New Business, Start Up, Growing dan Expansion untuk terus berkembang dan seterusnya membina bisnes yang berjaya. Bagi usahawan yang nak dibimbing, anda boleh layari www.binabisnesberjaya.com.”

Dalam pada itu, bagi persiapan untuk berdepan tahun baharu 2021, RichWorks akan mengadakan Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 – Formula Zero Kos Marketing secara percuma dan ditaja sepenuhnya oleh Richworks  mengikut terma dan syarat yang diadakan selama 3 hari (25 – 27 Disember 2020).

Program ini dianjurkan khas supaya usahawan atau bakal usahawan bangkit dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk tahun 2021 dengan lebih luar biasa. Anda boleh layari www.zerokosmarketing.com bagi keterangan lanjut.

Anda berhak menentukan kejayaan yang mahu dikecapai, jika anda buat pilihan yang betul. Dapatkan ilmu, sistem dan MenThor yang terbukti berjaya.

 

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply