Ada Banyak Duit? 7 Perkara Anda Boleh Buat

Ada banyak duit? Apa boleh anda lakukan

“Kalau aku kaya, hari-hari hari raya, bil-bil jiran keluarga, aku belanja selamba, kalau aku kaya, aku beli segalanya, bungkuskan semua…”

Anda boleh sambung sendiri ye.

Best kan kalau ada duit, banyak perkara yang anda boleh buat. Macam lirik lagu tadi, anda bukan je boleh guna untuk diri sendiri, malah berkongsi kekayaan anda dengan orang lain juga. Harta ni satu pinjaman je. Bila-bila masa je Dia boleh tarik balik. Alang-alang Allah bagi pinjam, gunalah sebaiknya.

Jangan pula bila ada duit, anda jadi sombong dan suka membazir untuk perkara yang tak perlu.

7 perkara anda boleh buat dengan duit :

  1. Penuhi Impian Anda

Inilah masanya untuk anda penuhi semua impian anda. Mungkin dulu anda pernah hidup susah, kini anda dah berjaya dengan usaha keras anda. Penuhilah impian anda yang anda tak dapat buat dulu. Contohnya anda boleh bina rumah impian anda, beli kereta idaman anda, bawa keluarga ke Tanah Suci, pergi melancong, pakai pakaian yang berjenama dan makan apa sahaja yang anda mahu.

Ia sebagai reward kepada diri anda sendiri setelah anda berjaya bina empayar anda sendiri. Bukan senang nak berjaya kerana anda perlukan pengorbanan dan bila dah berjaya, tuailah hasilnya.

  1. Bantu Keluarga Anda

Jika anda banyak duit, anda boleh bantu ahli keluarga anda. Sebelum anda bantu orang luar, anda kena tolong ahli keluarga anda dan keluarga terdekat dulu supaya tak timbul perasaan tak puas hati.

Anda boleh bantu dengan beri mereka peluang pekerjaan, berikan modal untuk buka bisnes secara kecil-kecilan, beri bantuan persekolahan untuk anak-anak mereka atau sebagainya supaya hidup mereka lebih stabil dan keluar dari kelompok kemiskinan. Dengan bantuan anda, mereka dapat bina kehidupan yang lebih stabil dan boleh bantu orang lain lagi.

  1. Tolong Masyarakat Yang Memerlukan

Selepas dah bantu keluarga anda, anda boleh tolong masyarakat yang memerlukan pula. Cuba anda lihat di sekeliling anda, berapa ramai lagi antara mereka yang tidak bernasib baik seperti anda.

Anda boleh beri bantuan berdasarkan apa yang mereka perlukan, contohnya pekerjaan, modal perniagaan, biasiswa pendidikan, bantuan keperluan asas, atau bantuan nak renovate rumah.

Anda boleh tubuhkan badan kebajikan khas untuk memantau perkembangan mereka. Seperti, jika anda beri biasiswa kepada seorang pelajar. Lihat kepada pencapaian mereka dalam peperiksaan atau aktiviti ko kurikulum.

Sekiranya pencapaian mereka semakin meningkat dan berkembang maju, ini menunjukkan mereka gunakan sepenuh kepercayaan yang anda berikan. Dan harapan itu tidak disia-siakan dengan perkara yang bukan-bukan.

  1. Berikan Derma Atau Join Volunteer Work

Nak menderma tak semestinya kena kaya. Tapi kalau anda kaya, anda boleh beri mereka sesuatu yang lebih. Jika dulu anda selalu derma RM1 je, sekarang anda boleh gandakan derma anda.

Betul ke betul?

Atau anda juga boleh join volunteer work. Anda boleh sertai mana-mana volunteer work yang sedia ada atau anda boleh wujudkan volunteer work anda sendiri. Minta staff anda join bersama dan melalui aktiviti volunteer work ini, anda boleh eratkan hubungan antara staff anda.

Ini kerana, volunteer work memerlukan anda bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Selain itu, inilah masanya anda boleh spent time dengan para pekerja tanpa memikirkan hal kerja.

  1. Buat Pelaburan

Kalau anda ada duit, anda boleh buat pelaburan. Tak kiralah pelaburan dalam bentuk mata wang, hartanah, emas atau simpanan. Melalui pelaburan ini, anda boleh tambahkan lagi asset yang sedia anda.

Ini kerana, anda bukan bina empayar untuk hari ini, tapi berterusan ke generasi yang seterusnya. Supaya mereka boleh teruskan perniagaan dan apa yang telah anda buat sekarang ke masa hadapan.

  1. Pergi Melancong

Melawat satu negara ke satu negara lain adalah impian semua orang. Anda bukan sahaja dapat rehatkan minda, malah dapat lihat budaya mereka, mencari idea bisnes, dan belajar sesuatu yang baru.

Pernah kan anda dengar, banyak berjalan luas pemandangan. So, dengan melancong, anda boleh kumpul idea-idea baru, dapat kenal orang yang berlainan budaya dan adat, dan anda dapat belajar ilmu yang baru dari mereka. Anda boleh lihat cara mereka berniaga, cara mereka approach pelancong luar dan apa perbezaan budaya mereka dengan kita.

Paling best bila anda melancong, anda boleh belajar sejarah negara mereka, lihat reka bentuk binaan bangunan dan melawat tempat-tempat yang sangat menarik.

  1. Gunakannya Untuk Bekal Akhirat

Apa kata anda gunakan duit anda yang banyak tu untuk bekalan akhirat. Anda boleh pergi ke Mekah untuk tunaikan haji dan umrah. Anda juga boleh bawa ahli keluarga dan sponsor perbelanjaan mereka di sana.

Lagi pula, ia merupakan rukun islam yang kelima bagi umat yang mampu. Dengan ni, anda dah berbuat satu amalan yang baik. Anda telah bantu ahli keluarga yang tak berkemampuan untuk selesaikan Rukun Islam ini.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply