7 Idea Bisnes Untuk Mula Jana Pendapatan Tambahan

7 Idea Bisnes Untuk Mula Jana Pendapatan

Anda perlu ingat, tidak semua perniagaan bermula dengan modal yang besar. Percaya ataupun tidak, ada je yang mulakan dengan modal yang kecil. Banyak idea bisnes yang tak perlukan modal besar malah ada yang peruma pun.

Ingin kami kongsikan dengan anda idea-idea bisnes yang anda boleh mulakan dengan serendah RM500. Nak tahu apa dia?

Kami suka semua idea bisnesni, anda suka yang mana? Jangan lupa untuk baca sampai habis dan kongsikan bersama keluarga atau rakan-rakan yang ingin mulakan bisnes, tapi tak ada idea. Mungkin anda boleh gunakan idea-idea ini. Siapa tahu kan?

7 Idea Bisnes Untuk Anda Mula Menjana Pendapatan Tambahan

  1. Perniagaan Kraftangan

Sekiranya anda seorang yang kreatif dan ada banyak barangan terpakai di rumah, jangan buang kerana anda boleh gunakan untuk bisnes kraftangan. Untuk kraftangan, anda boleh gunakan barang-barang terpakai seperti kertas surat khabar, botol, tin minuman, kotak tisu atau pakaian lama yang sudah tidak digunakan.

Ia telah menjimatkan bajet anda kerana semua ini mungkin sudah ada di rumah anda. Anda boleh menggubah origami dengan pelbagai reka bentuk, kraftangan seperti bakul, pencil box dan sebagainya menggunakan barangan terpakai.

Sekiranya anda tidak ada idea, boleh research atau rujuk website tertentu yang mendapat gambaran yang jelas dan idea yang baru dengan kata kuncinya, “DIY”.

Setelah siap digubah, anda boleh upload di Facebook, Instagram atau Blog. Sebelum itu, anda boleh promosikan pada kawan-kawan dahulu, minta pendapat mereka mengenai hasil kraf anda. Sekiranya anda mendapat feedback yang bagus, mulakan jualan dan promosi kraftangan anda.

  1. Bisnes Makanan

Seperti yang kita sedia maklum, rakyat Malaysia amat suka makanan. Asal makanan tersebut sedap dan harganya berbaloi, mereka tidak akan kisah untuk mengeluarkan duit. Anda boleh buat bisnes sampingan dengan menjual burger, air, atau cupcake.

Ia tidak memerlukan modal yang banyak. Pilih tempat-tempat yang strategik seperti sekolah, pasar, karnival dan tempat-tempat tumpuan ramai. Anda boleh gunakan sos atau resepi buatan sendiri bagi mencari kelainan dan menarik tumpuan pelanggan.

Jangan sesekali berniaga di tempat yang banyak persaingan dan jual barangan yang sama. Sebelum anda mula berniaga, anda boleh meminta orang ramai mencuba makanan anda secara percuma untuk mendapat feedback.

  1. Frozen Food

Frozen food adalah antara produk makanan yang anda boleh cuba. Ia menjadi pilihan bagi kebanyakan masyarakat kita pada hari ini kerana mudah dan cepat dimasak. Anda boleh buat karipap, ais krim goreng, mini popia, roti canai, dan sebagainya.

Untuk pasarkannya, anda boleh gunakan teknik ‘direct approach’ iaitu jual secara direct dengan approach pelanggan di kedai-kedai makan, karnival atau sebagainya dengan sedikit kata-kata promosi.

Selain itu, anda boleh letakkan di kedai-kedai runcit atau minta suami atau kawan-kawan promosi di office. Anda juga boleh masukkan maklumat anda di dalam pack makanan tersebut supaya senang jika ada yang berminat untuk membeli atau membuat tempahan.

  1. Tudung atau Shawl

Anda boleh dapatkan tudung atau shawl secara borong dari pembekal. Jika anda beli secara pukal, harganya lagi murah. Pastikan pilihan tudung anda mengikut trend terkini. Anda boleh jualnya di Facebook atau Instagram.

Selain itu, harga yang anda tetapkan mestilah mengikut harga pasaran atau murah sedikit dari yang ada di pasaran. Anda juga boleh tambahkan sedikit details seperti tambah sikit labuci atau manik untuk beri kelainan.

  1. Stokis atau Ejen

Anda juga boleh menjadi stokis atau ejen bagi barangan yang sedia anda dalam perniagaan. Antara barangan yang anda boleh jual ialah wangian, pakaian, tudung, makanan, mekap dan produk kesihatan. Sekiranya anda berminat untuk menjual barangan sebegini, anda perlu gunakan segala media sosial yang ada untuk mempromosikan produk anda.

Anda juga boleh cari dan melantik ‘drop shipper’ yang boleh menjual dan mempromosikan barangan tersebut. Yang penting cari ilmu perniagaan dan pemasaran untuk bantu anda.

  1. Penulis

Anda juga boleh membuat duit dengan menulis. Pastikan idea anda fresh dan unik. Anda boleh menulis novel, manuskrip drama, menulis resepi, rencana atau novel kanak-kanak dan hantarkan ke mana-mana penerbit.

Anda tidak memerlukan modal yang banyak untuk menulis, yang penting anda suka menulis, mempunyai imaginasi yang menarik dan ada banyak idea untuk dilampirkan ke kertas putih.

Duit bonus anda boleh gunakan untuk mendaftar kelas penulisan atau untuk buat laman blog yang interaktif. Jangan sesekali menciplak idea orang lain dan publish sebagai hak anda.

  1. Kelas Tuisyen

Anda boleh buka pusat tuisyen untuk mengajar kanak-kanak belajar. Sekiranya anda mahu jimatkan duit, ia boleh sahaja dilakukan di rumah anda sendiri. Tetapi dengan meminta izin dari ahli keluarga supaya pengajaran dan pembelajaran anda tidak mengganggu ahli keluarga yang lain.

Selain itu, anda boleh mengajar subjek-subjek yang anda mahir dan fokus pada pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Sekiranya teknik pengajaran anda terbaik, secara tidak langsung akan mendapat perhatian dari ibu bapa yang lain. Anda juga boleh meminimakan had pelajar anda bagi memberi tumpuan pada kejayaan mereka.

Artikel terbaru

Leave a Reply