Keusahawanan Bermula Dengan Permintaan? 3 Soalan Perlu Anda Tanya Sebelum Berniaga

Keusahawanan Bermula Dengan Permintaan

Ramai orang yang mulakan perniagaan dengan cara ini – pertamanya datang dengan penyelesaiaan atau apa yang difikirkan dapat bantu selesaikan penyelesaian orang lain.

Mereka cuba meyakinkan orang lain untuk membelinya, berharap orang itu akan dapat melihat nilai yang ada dalam penyelesaian disediakan itu.

Langkah ini adakalanya berkesan terutama bagi mereka yang ‘pandai’ marketing dan mempunyai peruntukan besar untuk marketing bagi mewujudkan ‘demand’ atau permintaan.

Bagi peniaga kecil atau mikro langkah di atas bukan langkah yang tepat sebaliknya perlu melihat bukti di mana terdapat demand yang tulen daripada apa yang hendak ditawarkan dan dijual nanti.

Banyak perniagaan yang hebat membuat pelancaran produk atau servis kerana kenal pasti masalah yang ada atau demand bagi penyelesaian atau penambahbaikan dan mereka menemui cara untuk memenuhi permintaan itu sebaiknya.

Apabila anda melakukan perniagaan yang mempunyai banyak permintaan daripada penawaran, maka anda tak perlu sangat untuk banyak membuat marketing.

Justeru itu, jika anda ingin melakukan perniagaan yang mapan, sangat penting untuk ambil perhatian tentang permintaan.

3 soalan perlu ditanya tentang permintaan:

  1. Apa yang orang mahukan dan perlukan?
  2. Apa masalah yang sedang dihadapi?
  3. Apa bentuk pertolongan yaang mereka cari?

Anda sebagai usahawan perlu tanya soalan ini terlebih dahulu, kebanyakan daripada kita lakukan apa yang kita suka tetapi orang lain tidak.

Sebab itu, bagi mewujudkan bisnes mapan, lihat dulu bukti-bukti permintaan yang mana kita juga seronok dengan perkhidmatan itu nanti.

Hal ini boleh buatkan marketing perniagaan itu lebih mudah berbanding yang tidak jelas permintaannya lagi.

Marketing adalah untuk membuatkan orang nampak bahawa anda mempunyai penyelesaian kepada masalah mereka.

Tapi jika demand itu sedikit atau tiada, maka banyak mana marketing dibuat sukar untuk menarik perhatian orang apatah lagi jika bajet anda yang tidak besar.

Jika anda rasa sales yang dibuat tidak berkembang, cuba lihat perkara ini.

Mungkinkah anda menyediakan penyelesaian yang tidak dimahukan ramai orang?

Artikel terbaru

2 Comments

  • 1. orang suka dgn cara sy gembirakn hati mereka.memahami apa permasalahan mereka..sentuh an emosi mereka
    2.mneyelesaikn mslh mereka dan beri perkhidmatan yang tiptop utk mereka.
    3..yang mmbuatkan mereka suka dan repeat berulang2 dan bawa kluarga dan rakan2 yang lain pd kita.

    • Team RichWorks

      bagus puan, kerana sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada yang lain. Terima kasih atas perkongsian cik puan, semoga cik puan peroleh ilmu yang bermanfaat. Sekiranya cik puan mempunyai sebarang soalan berkenaan program kami boleh hubungi kami di hotline: 0192442244

Leave a Reply