Cara Bina Pendapatan Sebagai Konsultan

Cara Bina Pendapatan Sebagai Konsultan

Anda tau tak, jika anda ada pengalaman dalam sesuatu bidang, anda boleh buat duit sebagai seorang perunding. Tugas konsultan atau perunding ialah memberi khidmat nasihat dalam bidang yang anda pakar dan tahu kepada orang yang memerlukan. Terdapat pelbagai jenis konsultan contohnya, perunding kewangan, kesihatan, hartanah dan sebagainya.

Banyak manfaat anda akan peroleh sebagai seorang konsultan. Anda boleh kenakan bayaran berdasarkan purata jam yang pelanggan gunakan kerana semakin ramai orang datang untuk dapatkan rundingan dari anda, anda akan semakin berjaya dan nama anda semakin naik.

Perkara yang anda perlu lakukan jika anda seorang konsultan

1) PERKENALKAN DIRI MELALUI SEMINAR ATAU PROGRAM

Sebagai seorang konsultan atau perunding, anda harus hebat dalam bidang yang anda ceburi. Sekiranya anda perunding kewangan, anda harus tahu selok belok kewangan samada informasi tersebut kecil atau besar. Jika anda perunding hartanah, anda kena mahir dan pakar dalam bidang hartanah.

Anda boleh tanya diri anda, apa khidmat yang anda boleh sediakan pada orang ramai. Jadikan kepakaran ini sebagai kerjaya anda dan cari target pelanggan yang memerlukan perkhidmatan dari anda.

Tapi, sehebat manapun anda, tak akan ada gunanya jika orang ramai tak tahu tentang anda. Anda boleh mulakan dengan mengadakan seminar kecil-kecilan atau seminar online dengan tujuan untuk memperkenalkan diri dan kepakaran anda kepada orang ramai.

Anda juga boleh mulakan dengan sesi seminar percuma atau dengan bayaran yang sangat minima. Ini bertujuan untuk mengajak orang ramai datang supaya anda boleh bina keyakinan mereka tentang kepakaran anda.

2) FOKUS MEMASARKAN SERVIS

Gunakan rangkaian rakan-rakan atau orang-orang disekeliling anda yang berpengaruh di mana anda telah kenal mereka sebelum ini.

Rangkaian peribadi dan profesional yang boleh menjamin kerjaya anda sebagai perunding dengan memperkenalkan kepakaran anda kepada klien mereka. Pastikan anda boleh sediakan kepakaran dan sumber-sumber yang diperlukan dengan keputusan dan hasil yang mantap.

Selain itu, anda boleh iklankan servis konsultan anda secara online dan offline marketing. Sesuai dengan consultation yang anda berikan.

3) TETAPKAN HARGA MENGIKUT JAM

Dengan perkhidmatan perundingan, anda memberikan servis dan kepakaran anda kepada mereka dengan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Contohnya, jika anda perunding hartanah, anda menasihati pembeli rumah atau orang yang nak beli hartanah yang datang untuk dapatkan harga, contoh hartanah yang patut mereka beli, rate harga yang sesuai dan sebagainya.

Untuk memudahkan anda, anda boleh kenakan bayaran kepada mereka mengikut jam konsultasi mereka dengan anda. Sekiranya anda memberi rundingan selama tiga jam, jadi mereka perlu bayar untuk tiga jam tersebut.

Jika bisnes anda baru bermula, anda boleh berikan servis secara percuma. Bila dah di approve dan diyakini berkesan, anda boleh mula letakkan harga sesuai dengan kepakaran anda.

4) TAWARKAN PERKHIDMATAN LENGKAP

Apabila anda berada dalam kejurulatihan, anda secara automatik cenderung untuk dapat banyak idea berdasarkan pengalaman unik yang telah anda perolehi.

Dengan pengalaman-pengalaman ini, anda boleh terbitkan buku atau hasilkan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada orang dengan jadikan ia satu perkongsian.

Hasilnya, anda boleh dapatkan side income selain dari memberi perkhidmatan coaching. Bukan itu sahaja, anda juga boleh beri servis menggunakan live video di media sosial dan penonton hanya perlu subscribe channel anda sahaja, boleh?

5) BINA HUBUNGAN YANG KEKAL LAMA

Bila anda melibatkan diri dalam perkhidmatan ini, elok sekiranya anda dapat bina hubungan yang mampu bertahan lama. Jadikan mereka pelanggan tetap anda dan sediakan servis yang jadikan mereka berpuas hati apabila menggunakan perkhidmatan anda.

Bila mereka berpuas hati, mereka akan datang banyak kali untuk dapatkan rundingan dari anda. Mereka juga akan perkenalkan khidmat anda kepada rakan-rakan mereka juga.

Sekiranya anda terlibat dalam bidang pemasaran atau seminar, anda boleh tawarkan perkhidmatan susulan seperti personal coaching, latihan, mentoring dan sebagainya, faham?

Artikel terbaru

Leave a Reply