Cabaran Usahawan 2020 : RichWorks Bersama Mengharungi ‘Badai’

Cabaran Usahawan 2020 : RichWorks Bersama Mengharungi 'Badai'
Cabaran Usahawan 2020 : RichWorks Bersama Mengharungi 'Badai'

Walaupun berdepan cabaran dan dugaan besar ekoran pandemik yang melanda dunia bermula Mac 2020, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) tetap bersama berdepan dengan cabaran usahawan sepanjang tahun ini.

“Selepas badai yang kuat, angin kencang berlalu, air laut akan menjadi tenang. Tapi bak kata orang tua, air tenang jangan disangka tiada buaya”

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Ramai orang teruji dan diuji, melalui pelbagai cabaran usahawan dalam tahun 2020 ini. Hampir kesemua orang terkesan dengan krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda dunia.

Jika dilihat keadaan di negara kita, lebih 800,000 telah hilang pekerjaan, banyak industri terjejas terutama pelancongan negara dengan kerugian dikatakan melebihi RM100 bilion, ada bisnes-bisnes ditutup dan mengecilkan operasi mereka dan lain-lain lagi.

Aktiviti ekonomi berkaitan industri pelancongan, seperti penginapan, pengangkutan, membeli-belah, makanan dan minuman serta penganjuran acara terpaksa berdepan dengan saat paling menyulitkan.

Tarikh 18 Mac lalu, sangat tidak boleh kita lupakan. Semuanya mula berubah, mungkin pada awalnya kita fikirkan ia hanya hal kecil, mungkin sehari dua namun bukan juga seminggu, sebulan sebaliknya berbulan-bulan hingga ke waktu ini.

Rasanya kebanyakan kita juga ‘panik’ terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama yang dikuatkuasakan. Macam mana nak kita tangani situasi yang pertama kali dilalui dalam hidup ini?

Sebab itu, seperti kata MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bahawa RichWorks telah memfokuskan kepada apa yang boleh dikawal.

Kita fokus kepada apa kita boleh control & buat vs apa yang kita tak boleh control & buat”

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Malah RichWorks pada waktu itu, membuat live dan zoom serta training setiap hari bagi memastikan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bersama RichWorks dapat beri respons dan bertindak serta menguruskan situasi mencabar dihadapi ketika itu.

Bukan itu saja, RichWorks juga memberikan fokus dengan kelas virtual yang ditaja sepenuhnya kepada usahawan-usahawan dan anggota masyarakat di luar sana untuk berdepan situasi yang tidak pernah dilalui sebelum ini.

Fokus RichWorks sangat simple dan jelas iaitu fokus online 100% disamping perkara lain yang boleh dilakukan untuk bantu usahawan.

Perubahan perlu dilakukan untuk memastikan bisnes yang dijalankan dapat beroperasi dan kekal berdaya saing serta bertahan.

Cabaran Usahawan – Langkah Luar Biasa RichWorks

Bahkan lebih daripada itu, RichWorks juga menawarkan ‘moratorium’ kepada anak-anak didik dalam Mentoring Titan dan Spire yang memerlukan bantuan dengan tak perlu membayar yuran mereka pada waktu itu.

Walaupun RichWorks bukannya bank dan agensi sebaliknya hanya syarikat biasa menyediakan bantuan berkenaan untuk memastikan bisnes-bisnes ini yang kebanyakan terdiri usahawan bumiputera dapat terus bertahan malah berkembang.

Usahawan-usahawan ini menerima sokongan setiap hari bagi berdepan dengan ‘badai’ yang melanda ketika itu supaya dapat berpegang kepada tiang kapal dengan kuat agar bersama-sama mengharunginya.

Alhamdulillah, selepas mengharungi fasa pertama sampai bulan Jun, terdapat usahawan-usahawan ini mula fokus hingga menyaksikan peningkatan dengan pecah rekod-rekod sebelum ini.

Ramai ahli Titanium menyaksikan rekod-rekod mereka sebelum ini dipecahkan pada Jun 2020, ketika Covid-19.

RichWorks Sediakan Usahawan Pada 2020

Pelbagai program latihan dan bimbingan telah diatur buat usahawan-usahawan bagi menyediakan mereka dengan ilmu, sistem ,strategi dan MenThor bagi membina bisnes yang berjaya.

Setiap bulan, dari Januari hingga Disember ini RichWorks menganjurkan program-program yang berterusan bagi memperkasakan golongan bangsa usahawan di negara bahkan luar negara.

Program-program seperti Nak Ubah Hidup, Monthly Coaching bagi usahawan dalam mentorship, Group Sales Leadership Bootcamp, Klinik Usahawan, Titan Summit, Nak Mula Berniaga, Urus Gaji, Urus Data, Urus Kos, Urus Duit, Zero To Million, Nak Ubah Business, IMKK Sekali Lagi, Kuasai Marketing 2021 dan lain-lain telah dianjurkan sepanjang tahun 2020 ini.

Lebih banyak bahan-bahan content disediakan bagi usahawan dapat belajar sesuatu disamping memberikan inspirasi dan harapan dalam tempoh sukar ini pada semua platform media sosial RichWorks terutama ketika PKP dengan engagement hampir 24 jam setiap hari.

Showcase Real People, Real Business, Real Results

Usahawan ditunjukkan dengan hasil-hasil sebenar daripada bisnes usahawan yang dijalankan pada waktu sebenar. Cabaran usahawan yang dihadapi dikongsikan, apa perkara betul yang telah dilakukan dalam waktu mencabar ini hingga mendapatkan hasil yang baik.

Usahawan-usahawan dibantu meliputi semua tahap bermula dari New Business, Startup, Growing dan Expansion. Setiap tahap bisnes mempunyai cabaran yang berbeza ditambah dengan pandemik yang menyebabkan keperluan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) bersama amalan norma baru.

Sehubungan itu, bisnes perlu menyesuaikan diri dan berubah mengikut situasi semasa ini. Jika tidak, bermakna bisnes anda akan ketinggalan dan mungkin hanyut tenggelam dibawa badai yang kuat.

Jangan biarkan bisnes anda dihanyut badai yang kuat tanpa ada hala tuju dan bimbingan untuk membina bisnes yang berjaya. Tidak ada yang mustahil, semuanya bergantung kepada diri anda sendiri, sebab buktinya sudah banyak di mana ramai usahawan-usahawan mencapai tahap lebih baik, anugerah dan pengiktirafan pada 2020 ini.

Artikel terbaru

4 Comments

Leave a Reply