PKP Semula Bagi 6 Negeri. 9 Perkara Usahawan Perlu Tahu!

PKP Semula Bagi 6 Negeri. 9 Perkara Usahawan Perlu Tahu!

PKP semula, bermula Rabu, 12.01 tengah malam, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasakan selama 14 hari bagi enam negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan.

Apatah lagi, tahap keupayaan perkhidmatan kesihatan di 6 negeri ini telah hampir mencapai kapasiti maksimum. Negeri terbabit ialah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, PKP berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam Rabu ini hingga 26 Januari depan. Bagi aktiviti keagamaan hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri dilaksanakan PKP dengan jumlah maksimum 5 orang.

Katanya, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi tempoh sama pula akan dikenakan terhadap 6 negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Manakala 2 negeri lagi iaitu Perlis dan Sarawak akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk tempoh sama. Hanya dua negeri ini dibenarkan aktiviti sosial tapi tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Bagi aktiviti keagamaan, hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri dilaksanakan PKP (maksimum 5 orang).

“KKM akan membuat penilaian risiko secara berterusan bagi memutuskan sama ada pelaksanaan PKP ini akan ditamatkan atau diteruskan sebelum tempoh dua minggu berkenaan tamat,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi.

9 perkara usahawan perlu tahu :

  1. Pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara selama 14 hari, bermula Rabu (13 Januari 2021).
  2. Kawasan dikenakan PKP juga tidak dibenarkan pergerakan rentas daerah. Pergerakan terhad lingkungan 10 kilometer radius sahaja bagi tujuan membeli barangan keperluan dengan HANYA DUA (2) anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan sama.
  3. Semua kedai makan dan gerai penjaja di negeri PKP dibenarkan beroperasi hanya untuk perkhidmatan bawa pulang atau delivery.
  4. Kedai makan dan gerai penjaja di negeri PKPB dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) boleh beroperasi seperti biasa mengikut SOP.
  5. Hanya 5 sektor ini – pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu (essential economic sector) dibenarkan beroperasi.

6. Hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan dibenarkan berada di pejabat. Bagi pekerja kumpulan sokongan, jumlah diperlukan pada satu-satu masa akan ditentukan oleh majikan.

7. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memperincikan jenis-jenis perkhidmatan yang disenaraikan sebagai essential economic sector. MITI dan Kementerian Kerja Raya juga akan memperincikan butiran kerja-kerja pembinaan yang dibenarkan beroperasi.

8. Bagi sektor atau perkhidmatan yang tidak disenaraikan sebagai essential services, arahan bekerja dari rumah atau work from home akan berkuatkuasa. Semua majikan mesti mematuhi arahan ini untuk mengurangkan pergerakan di dalam komuniti, terutamanya di kawasan yang berkepadatan tinggi. Hanya dengan langkah ini, kita dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di tempat kerja.

9. Pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi 2020 dan 2021 dibenarkan hadir ke sekolah, namun dengan SOP ketat.

PKP semula, PKPB dan PKPP

Langkah-langkah yang dilaksanakan Kerajaan ini bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian COVID-19.

Hal ini kerana sistem penjagaan kesihatan negara sudah capai had maksimum (breaking point) berikutan terdapat kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) untuk pesakit COVID-19 di hospital sudah pada tahap 100 peratus.

Malah terdapat lebih dari 1,450 orang anggota perubatan di hospital seluruh negara yang dijangkiti atau terpaksa menjalani arahan kuarantin tidak dapat bertugas.

Seperti kata Perdana Menteri, kita akan menerima bekalan vaksin tidak lama lagi tetapi itu bukan alasan untuk kita lalai langgar SOP dan norma baharu.

Vaksin bukan satu-satunya langkah pencegahan dan pastinya bukan untuk penyembuhan.

Pencegahan paling utama adalah dengan diri kita sendiri melakukan amalan mencuci tangan menggunakan sabun dengan kerap, gunakan hand sanitizer sekiranya tiada punca air yang berdekatan, pakai pelitup muka ketika berada di tempat-tempat awam, jaga penjarakan fizikal dan elakkan dari bersentuhan.

Dalam pada itu, bagi usahawan yang bukan di bawah sektor ekonomi perlu, mestilah buat persediaan dan pastikan team dapat bersedia untuk WFH bagi yang di kawasan PKP. Lihat kemudahan dan peralatan diperlukan agar tiada masalah untuk mereka bekerja dari rumah.

Dan bagi usahawan di negeri PKPB dan PKPP, pastikan SOP yang ketat dipatuhi termasuk mengamalkan norma baharu untuk elakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang

Jangan lupa, kekalkan pemikiran positif dengan bersama-sama circles usahawan yang baik. Dapatkan idea dan pandangan mahupun bimbingan daripada mereka sudah berjaya terutamanya MenThor bisnes anda.

Ingat, kita telah lalui PKP selama 3 bulan pada tahun lalu. Kini PKP semula dilaksanakan pada 6 negeri saja. Gunakan pengalaman, ilmu, strategi sudah terbukti dapat membantu bisnes anda. Anda boleh baca di sini bagaimana RichWorks bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman bersama-sama usahawan mengharungi PKP pertama pada Mac tahun lalu.

Ingat pesan MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman :

“Kita fokus kepada apa kita boleh control & buat vs apa yang kita tak boleh control & buat”

Kalau boleh tambah baik lagi dan terus mendapatkan ilmu dan bimbingan agar bisnes tidak berada pada tahap itu saja sebaliknya berkembang lagi. Jom kita jaga kita, let’s go.

Artikel terbaru

3 Comments

Leave a Reply