Sudahkah Kita Bersedia Jika PKP Semula?

Sudahkah Kita Bersedia Jika PKP Semula?

Jika PKP semula dikuatkuasakan seperti yang dilakukan pada 18 Mac 2020, adakah kita semua bersedia untuk berdepan dengan pergerakan yang terbatas, sektor ekonomi ditutup dan sebagainya?

Persoalan ini mula timbul dan menjadi bualan ramai selepas kebelakangan ini, kes jangkitan pandemik dilihat semakin meningkat di negara. Beberapa negeri menyaksikan jumlah kes baru yang tinggi.

Bagaimanapun, menurut beberapa pandangan pakar dan ahli akademik, tindakan kawalan bersasar dilihat lebih bersesuaian berbanding pelaksanaan PKP pertama sebelum ini bagi mengawal peningkatan kes COVID-19 yang masuk gelombang keempat masa ini.

Kerajaan terpaksa melihat bukan saja pertimbangan soal kesihatan rakyat saja malah ekonomi negara. Hal ini kerana sejak PKP dilaksanakan pada Mac, negara mengalami kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari jelas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Apa-apapun, kita sudah pasti menantikan pengumuman pada Isnin depan iaitu 11 Januari 2020 yang mana Perdana Menteri akan mengumumkan langkah-langkah yang akan diambil berikutan kes positif yang semakin tinggi di negara.

PKP Semula : Perkembangan kes pandemik di negara

Negara kini menyaksikan pertambahan kes positif harian yang tinggi hingga melepasi paras 2,000 kes. Apatah lagi, pada 7 Januari lalu saja, kita menyaksikan rekod tertinggi iaitu 3,027 positif.

Bukan itu saja, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes jangkitan berkemungkinan meruncing dengan unjuran 8,000 kes sehari seawal minggu ketiga Mac depan, sekiranya nilai kebolehjangkitan (RO) melepasi kadar 1.2.

Sehubungan itu, beliau menegaskan adalah penting RO diturunkan kepada nilai atau kurang daripada 0.5 untuk mengawal jangkitan sepenuhnya.

Sehingga 8 Januari 2020, RO COVID-19 di negara ini berada pada paras 1.12.

Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia terutama usahawan dalam pengoperasian bisnes perlulah pastikan mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan amalan norma baharu seperti penjarakan fizikal, pemakaian topeng muka, tiada bersalaman dan lain-lain lagi.

Kita pastinya tidak mahu PKP semula dilaksanakan seperti Mac tahun lalu hingga sektor ekonomi perlu ditutup dan beroperasi dari rumah.

Berikut 6 saranan untuk usahawan dan bisnes untuk halang penyebaran pandemik COVID-19 :

  1. Memakai pelitup muka

Pemakaian pelitup muka di tempat awam sudah dijadikan peraturan di mana kesalahan ini menyebabkan pelaku boleh didenda RM1,000.

Sebolehnya pakailah di kawasan yang sibuk, kedai makan, tempat kerja apatah lagi jika kita tidak sihat – demam, batuk atau selsema perlu segera membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

Selain itu, jangan pula menggunakan pelitup muka ini berulang kali, sebaiknya kita perlulah menukarnya dari semasa ke semasa.

  1. Penjarakan fizikal 1 meter

Pastikan ada penjarakan fizikal di tempat kerja dan premis anda. Perkara ini dapat membantu agar virus tidak dapat tersebar kepada orang lain.

Selain itu, ia juga dapat mengelakkan sentuhan. Sebolehnya bersalaman hendaklah dielakkan buat masa ini.

  1. Jaga kebersihan diri dan kawasan pejabat serta rumah

Tingkatkan kebersihan diri dan kawasan pejabat serta rumah anda. Kerap mencuci tangan dengan betul menggunakan sabun atau menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) dan kerap mandi.

Selain itu, disinfeksi kawasan pejabat serta rumah dari semasa ke semasa agar memastikan ia bebas daripada virus dan kuman.

Bukan itu saja, jangan lupa untuk disinfeksi tempat yang selalu kita sentuh seperti telefon bimbit, tombol pintu, suis lampu dan sebagainya.

  1. Buat saringan COVID-19

Sekiranya anda ada bajet, buatkan saringan bukan saja kepada diri malah team anda. Hal ini dapat memastikan team anda benar-benar sihat dan dapat melakukan kerja dengan rasa selamat dan meyakinkan.

Bukan itu saja, perkara ini dapat membuatkan team anda lebih rasa bertanggungjawab untuk memastikan diri tak terdedah kepada pandemik ini.

  1. Elakkan keluar rumah jika tidak ada keperluan

Perkara ini dapat menghindarkan diri kita daripada dijangkit virus ini dari luar. Kita tak boleh lihat virus itu di mana, maka dengan mengurangkan waktu di luar dapat membantu menghalang penyebaran COVID-19.

Apatah lagi, kalau dapat buat masa ini tidaklah balik kampung atau pergi menziarahi rumah saudara dan rakan-rakan anda untuk pastikan kita tak menyebarkan virus ini.

  1. Jaga kesihatan diri

Jangan abaikan penjagaan kesihatan dengan baik seperti makan makanan yang seimbang dan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayuran, mengambil suplemen disamping melakukan senaman dari semasa ke semasa.

Tindakan kita

Setiap daripada kita perlu memainkan peranan masing-masing dalam memastikan amalan norma baharu dan pematuhan SOP yang baik agar menghalang penyebaran pandemik.

Mulakan dengan diri sendiri dan keluarga anda. Walaupun sukar, tak boleh bersalaman dan sebagainya, ia perlu dilakukan untuk pastikan kita tidak secara tanpa sedar menyebarkan pandemik ini kepada orang lain.

Sebagai usahawan, kita juga bersedia dengan pelan alternatif dan langkah-langgkah yang boleh dibuat sekiranya tidak boleh beroperasi kelak di kawasan ini berikutan kes meningkat. Seperti kata Datuk Wira Dr. Azizan Osman :

Kita fokus kepada apa kita boleh control & buat VS apa yang kita tak boleh control & buat”

Jom #KitaJagaKita.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply