Buat Perancangan Dalam Bisnes Anda

Buat Perancangan Dalam Bisnes Anda

Rasanya biasa kita dengar bahawa jika kita gagal merancang, bermakna kita sebenarnya merancang untuk gagal. Begitu juga dalam bisnes, ia juga memerlukan perancangan bagi memastikan misi & visi serta matlamat dapat dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Setiap perkara yang dilakukan mesti mempunyai perancangan dan gerak kerja yang teratur seperti anda merancang dalam kewangan. Hal ini bagi memastikan semua kerja tersusun dan dapat berjalan dengan lancar.

Dalam pada itu, bisnes yang dijalankan kebanyakan mempunyai tujuan untuk berkembang dan berjaya. Namun jika bisnes yang dilakukan tanpa perancangan, berkemungkinan besar ia boleh jadi sia-sia.

Perkara ini sangat penting kerana manusia yang normal itu mempunyai sifat mudah lupa. Jadi, perancangan dalam bisnes anda adalah penting agar semua kerja dapat berjalan dengan baik meskipun ada cabaran dan halangan.

Ia disebabkan anda sudah ada matlamat dan hala tuju yang dirancang sebelum ini yang dapat menjadi penunjuk ke mana anda nak pergi.

Perubahan Perancangan Dalam Bisnes

Bagaimanapun, cabaran-cabaran dan perkara luar jangka akan berlaku menyebabkan usahawan perlu sentiasa ‘agile’ atau tangkas untuk membuat perubahan dan penyesuaian kepada perancangan dibuat bergantung kepada keadaan dan cabaran semasa.

Contoh yang jelas kita dapat lihat ketika mulanya penyebaran pandemik awal tahun lalu, bisnes-bisnes terpaksa ditutup hingga kebanyakan mula fokus kepada online.

Mak Cik Kiah yang dulu berniaga di tepi jalan saja, kini sudah mendapatkan perkhidmatan penghantaran makanan secara online. Muthu sudah boleh menyediakan makanan dipesan pelanggan menggunakan aplikasi khas lebih awal, sebelum mereka datang untuk mengambilnya.

Menurut MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman, sebenarnya sebagai business owner atau usahawan, benda paling mahal yang akan buat bisnes grow adalah berfikir.

Bagi beliau, bila travel dan di dalam kelas merupakan dua tempat yang akan dapat banyak idea. Sebabnya, dalam kelas beliau ada peluang untuk duduk dan fikir, review balik pada bisnes. Ketika travel pula, beliau akan mempunyai masa untuk berfikir malah dapat banyak inspirasi dan idea.

Daripada situ, anda boleh mengatur strategi dan perancangan dalam bisnes yang baru agar terus kekal di depan berbanding pesaing-pesaing yang lain.

Jom bangkit, mulakan tahun 2021 dengan membuat perancangan bagi perjalanan bisnes anda pada tahun baru ini.

Artikel terbaru

5 Comments

Leave a Reply