Buat Perancangan Kewangan, Jika Tak Nak Berdepan Masalah

Buat Perancangan Kewangan, Jika Tak Nak Berdepan Masalah

Jom kita bermula awal tahun baru ini dengan membuat langkah yang betul dari awal lagi.

Tahukah anda perancangan kewangan penting bagi memastikan kita tak berbelanja berlebihan hingga duit tak sampai hujung bulan sudah tak cukup.

Daripada situ, mulalah ada yang berhutang dan kalau tak uruskan hutang itu dengan baik maka banyak lagi masalah boleh timbul seperti hubungan keluarga, rakan-rakan. Lagi teruk diisytihar muflis disebabkan tak mampu bayar hutang.

Berdasarkan statistik dari tahun 2015 hingga 2019 menunjukkan 85,000 orang yang dimufliskan ialah mereka yang berusia 25 tahun ke bawah. Adakah kita nak termasuk dalam kategori muflis?

Perancangan Kewangan Menyusahkan?

Mungkin ramai orang anggap ia menyusahkan dan menghalang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan seperti berhibur, berbelanja barang-barang berjenama dan macam-macam lagi.

Tidak sebenarnya, boleh saja anda nak berhibur atau beli barangan yang dimahukan tetapi ia perlulah mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

Anda boleh berjimat dan menyimpan duit bagi membeli barangan yang dimahukan. Bukannya berbelanja melebihi kemampuan, hingga sanggup berhutang yang jika tak diuruskan dengan baik boleh menjerat diri sendiri.

Apabila anda ada perancangan kewangan yang baik, anda akan mendapat ketenangan kerana mampu mengawal perbelanjaan mengikut keperluan dan kemampuan diri.

Sangat penting bagi kita untuk buat perancangan kewangan seawal baru mula bekerja lagi. Anda akan dapat melihat kedudukan kewangan pada masa sekarang dan jangkaan masa depan dan bagaimana untuk mencapainya dan apa perlu dilakukan.

Jelas MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bahawa cabaran ramai orang dalam kewangan apabila tidak faham matlamatnya.

Anda sendiri kena tahu apa matlamat kewangan diri sendiri. Untuk diri sendiri saja atau nak juga bantu keluarga dan orang lain?

Faham matlamat dunia dan gunakannya untuk akhirat

Datuk Wira Dr Azizan Osman

Selain itu, beliau ada memberitahu bahawa kita perlu faham fungsi duit yang merupakan alat. Jika kita gunakan alat ini dengan baik sudah tentu lebih banyak orang akan mendapat manfaat.

Salah satu caranya melalui bisnes. Bisnes antara cara paling cepat untuk bina kewangan jika anda tahu caranya. Disamping ada ilmu, sistem, strategi dan MenThor terbukti ada proven results.

Sudah tentu, dengan adanya MenThor ini anda akan lebih jelas dan bertindak dengan lebih yakin bagi mencapai matlamat masing-masing.

Bagi yang baru nak mula atau sudah pun bermula tak terlambat lagi untuk anda melakukan bisnes dengan betul dan mencapai matlamat yang dimahukan.

RichWorks bersama Pengasas dan MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang bermula dari 2008 hingga kini telah melatih lebih 1.1 juta orang dalam latihan dan bimbingan keusahawanan.

Ramai anak didik beliau berjaya mencapai RM1 juta pertama malah ada yang terus berkembang ke puluhan juta dan ratusan juta. Anda boleh baca kisah Sabella dan Mamasab yang pada tahun lalu mencapai jualan lebih RM100 juta.

Kita semua pun boleh menjadi seperti mereka dengan ilmu, sistem dan strategi bersama bimbingan MenThor disertakan tindakan yang berterusan. Semuanya terletak pada tangan anda.

Perancangan Kewangan : Moratorium & i-Sinar

Ketika ini, Kerajaan telah membenarkan tambahan 3 bulan moratorium kepada mereka yang terjejas, selain daripada kemudahan i-Sinar yang membenarkan pencarum mengeluarkan wang mereka bagi berdepan dengan situasi semasa.

Seperti kita ketahui, ramai yang terjejas – kehilangan pekerjaan, pemotongan elaun atau kerja lebih masa, cuti tanpa gaji dan sebagainya ekoran krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda dunia.

Justeru itu, itu kemudahan-kemudahan ini bagi membantu mereka yang terjejas. Bagaimanapun, mereka perlulah tahu macam mana nak menguruskan wang itu dengan betul dan sebaik-baiknya.

Kita tak mahu melihat ada yang melaburkan dalam pelbagai skim yang tak sah atau skim cepat kaya yang menjanjikan keuntungan tanpa risiko. Banyak dalam laporan berita, ada pihak tak bertanggungjawab cuba melakukan penipuan dengan panggilan-panggilan palsu hingga ada kerugian puluhan ribu malah ratusan ribu.

Duit yang diharap dapat menjana pendapatan mereka dan bantu perbelanjaan harian atau bulanan boleh lesap jika tak diuruskan dengan baik.

Justeru itu bagi peminjam, mereka perlu memahami bahawa moratorium itu hanya satu fasiliti yang diberikan kerajaan bagi meringankan beban dalam menghadapi situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Peminjam perlu mula merancang kewangan mereka seawal mungkin sebaik-baiknya sekarang.

Pada masa sama pengguna boleh mendapatkan nasihat daripada AKPK melalui Program Pengurusan Kredit (DMP) yang bertujuan membantu peminjam kembali mengawal kewangan mereka.

“Menerusi DMP AKPK, kaunselor mereka akan bekerja dengan peminjam untuk membangunkan pelan pembayaran balik pinjaman mengikut kesesuaian anda dalam rundingan dengan institusi kewangan yag terlibat. Perkhidmatan DMP ini adalah percuma kepada individu.

AKPK adalah agensi milik penuh Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan pada April 2006 untuk membantu individu mengawal kedudukan kewangan mereka termasuk memanfaatkan fasiliti kredit secara bijak.

Jangan biarkan kewangan kita menjadi parah, baru nak bertindak. Seboleh-bolehnya rancang kewangan anda termasuk dalam bisnes juga lihat matlamat dan perancangan pada 2021 ini.

Selain itu, lihat magic numbers anda bagi menyenangkan untuk nak mencapai goals anda pada tahun baru ini. Jangan tangguh-tangguh lagi, mulakan dari sekarang.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply